Pentas telah tersedia untuk sebuah pertunjukkan daripada Muhyiddin sebagai seorang Perdana Menteri selepas tamatnya Pilihan Raya Negeri Sabah pada Sabtu depan
Pentas telah tersedia untuk sebuah pertunjukkan daripada Muhyiddin sebagai seorang Perdana Menteri selepas tamatnya Pilihan Raya Negeri Sabah pada Sabtu depan.
Muhyiddin telah menjadikan Pilihan Raya Negeri Sabah sebagai permulaan Pilihan Raya Umum ke-15 apabila beliau mengatakan di Kota Belud semalam yang jika gabungan Perikatan Nasional (PN)-BN-PBS menang dalam pilihan raya ini, pilihan raya mengejut untuk seluruh negara mungkin akan berlaku tidak lama lagi.
Pilihan Raya Negeri Sabah ini berlaku akibat satu komplot gagal daripada Bersatu, di mana “katak-katak” politik cuba untuk merampas kerajaan negeri Sabah dengan menyokong mantan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, dan bukannya untuk berhadapan dengan sebuah pilihan raya umum.
Tetapi, pemimpin Warisan, Shafie Apdal telah kehadapan satu langkah lagi berbanding dengan Musa Aman dan kini kita berhadapan dengan satu pilihan raya negeri.
Namun, dalam proses berhadapan dengan pilihan raya ini, segala perbalahan dan pertelingkahan dalam kerajaan Perikatan Nasional telah semakin menguat, membawa kepada penubuhan gabungan dalam gabungan, yang menyebabkan kesukaran untuk mereka menentukan siapakah kawan dan lawan mereka dalam gabungan PN-BN-PBS di Sabah.
Muhyiddin mahukan Hajiji Noor untuk menjadi Ketua Menteri Sabah, tetapi cadangan ini tidak disokong oleh UMNO yang mahukan Bung Moktar untuk menjadi Ketua Menteri.
Permusuhan UMNO terhadap Muhyiddin dan Bersatu dapat dilihat di dalam satu temubual bersama pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dengan The Malaysian Insight hari ini.
Tengku Razaleigh terus menekan supaya Parlimen dibubarkan untuk membuka jalan bagi mengadakan satu pilihan raya mengejut.
Dengan menggelarkan kerajaan Muhyiddin sebagai “tidak sah”, Tengku Razaleigh menyalahkan Bersatu sebagai punca kejatuhan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan mengatakan yang Muafakat Nasional tidak sepatutnya menerima Bersatu sebagai ahli.
Tengku Razaleigh mengatakan yang Bersatu ini adalah seekor “ular lidi” yang mahu berkawan dengan “ular sawa” (UMNO).
Beliau berkata: “Bersatu sepatutnya sedar diri. Mereka adalah ular kecil yang cuba mendekati seekor ular sawa.”
“Cukup untuk UMNO dan PAS berkerjasama.”
Tengku Razaleigh juga mengatakan yang UMNO patut bertanding di Pagoh dan Langkawi, dua kerusi yang dimenangi oleh Muhyiddin dan Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata:
“UMNO akan mengambil semula semua kerusi yang kalah sebelum ini -- termasuklah Pagoh dan Langkawi -- itu adalah kerusi UMNO. Kerusi ini milik UMNO.”
Mengenai cadangan daripada sesetengah pihak untuk Muhyiddin kembali menyertai UMNO dan terus menjadi Perdana Menteri, Tengku Razaleigh menjawab:
“Siapa kata kita akan terima dia?”
Permusuhan dan keengganan UMNO untuk menerima Muhyiddin sebagai Perdana Menteri akan menjadi sebab UMNO tidak boleh menerima Hajiji Noor sebagai calon tunggal Ketua Menteri Sabah. Perkara ini akan membawa kepada pertembungan di antara calon-calon Ketua Menteri ini dalam gabungan PN-BN-PBS dan kerana inilah Muhyiddin adalah Perdana Menteri pertama yang sebegitu kuat berkempen dalam pilihan raya ini.
Sebaliknya, Warisan Plus pula kekal teguh dan bersatu padu dalam memohon rakyat Sabah untuk memberikan sokongan teguh kepada Shafie Apdal untuk meneruskan mandat beliau sebagai Ketua Menteri Sabah dan menyokong penuh cogan kata beliau, “Pada Tuhan Kita Yakin, Berpadu Kita Mesti”!
Muhyiddin telah menjadikan pilihan raya negeri ini sebuah acara yang penting di peringkat kebangsaan, kerana persoalan sama ada beliau akan terus memimpin sebagai Perdana Menteri selepas 26 September ini, dan untuk berapa lama lagi, segalanya bergantung kepada keputusan hari Sabtu depan.