Adakah Bung Moktar menentang prinsip Rukun Negara dalam kempen pilihan rayanya apabila bila mempersoalkan slogan “Pada Tuhan Kita Yakin, Berpadu Kita Mesti” yang digunakan dalam papan tanda kempen Shafie Apdal?

Semalam saya telah mengatakan, isu-isu seperti MA63 dan Batu Sumpah Keningau yang telah dilupakan selama berpuluh tahun sebelum ini telah pun kembali dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Saya mengatakan, buat pertama kalinya dalam sejarah 57 tahun Malaysia, seorang Perdana Menteri datang memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Batu Sumpah Keningau.

Saya menanyakan, sama ada Muhyiddin bersedia untuk membentangkan intipati dan tiga janji Batu Sumpah Keningau ini -- “Ugama Bebas Dalam Sabah”, “Tanah Tanah dalam Sabah di kuasai oleh Kerajaan Sabah” dan “Adat Istiadat anak rayat Sabah dihormatkan dan dipelihara oleh Kerajaan” -- ke dalam Parlimen bersama dengan satu usul yang mengisytiharkan pengiktirafan dan pengotaan janji-janji ini oleh pihak kerajaan?

Hanya selepas saya mengeluarkan kenyataan media ini, saya mendapati yang saya tersilap, Muhyiddin tidak menghadiri sebarang acara sambutan Hari Malaysia di Batu Sumpah, Keningau sebagai penceramah jemputan dengan tema “Demi Mempertahankan Hak Kita”. Sebaliknya, beliau berada di Sibu untuk satu acara Hari Malaysia.

Oleh itu, saya ingin bertanyakan kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan, Dr Jeffrey Kitingan yang telah menganjurkan sambutan Hari Malaysia di Batu Sumpah ini, sama ada beliau telah mendapat kebenaran Perdana Menteri untuk menaikkan kain rentang mengenai acara ini yang mengumumkan kehadiran Muhyiddin sebagai penceramah jemputan, satu perkara yang jelas menyiratkan yang Perdana Menteri akan mengiktiraf janji-janji Batu Sumpah Keningau ini selepas 57 tahun penubuhan Malaysia.

Atau, adakah kain rentang ini hanya dinaikkan untuk menarik lebih ramai hadirin ke majlis ini sedangkan Muhyiddin tidak pernah pun bersetuju untuk menghadirinya?

Jika kain rentang ini hanya dinaikkan untuk menarik perhatian orang ramai, maka Jeffrey telah melakukan sesuatu perkara yang amat tidak jujur, mengambil kesempatan ke atas komuniti KDM di Sabah, dan menimbulkan tanda tanya mengenai kejujuran, kebolehpercayaan, dan kredibiliti para Menteri dan Timbalan Menteri sedia ada.

Jeffrey mengatakan dalam ucapan beliau di Keningau yang beliau akan menghantar memorandum daripada ketua-ketua masyarakat KDM kepada Perdana Menteri untuk memberikan penghormatan dan pengiktirafan kepada Batu Sumpah Keningau dan ketiga-tiga janji untuk menjamin kebebasan beragama, hak berkaitan tanah, dan hal ehwal adat pada Hari Malaysia atau selewat-lewatnya keesokan harinya.

Sudahkah beliau berbuat demikian, atau ini hanyalah satu lagi penipuan beliau terhadap masyarakat KDM?

Di Sibu, Muhyiddin telah mengumumkan yang kerajaan Perikatan Nasional kekal komited dalam memastikan hak rakyat Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dipelihara.

Beliau juga mengumumkan yang pada 9 September yang lalu, Kabinet telah bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Khas berkenaan MA63 untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perkara tersebut.

Namun, buat pertama kali dalam sejarah negara kita, keahlian dalam sebuah jawatankuasa yang baru ditubuhkan ini tidak diumumkan -- menunjukkan yang penubuhan jawatankuasa ini hanyalah satu wayang politik dan menunjukkan yang Perdana Menteri sendiri tidak serius dengan jawatankuasa ini.

Bolehkah Jeffrey memberikan jaminan, yang Batu Sumpah Keningau ini akan menjadi salah satu isu yang akan dibincangkan dan diputuskan dalam Jawatankuasa Khas MA63 ini?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri