Seruan kepada semua Menteri untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kelima-lima prinsip Rukun Negara, ataupun mengosongkan kedudukan Kabinet mereka jika tidak bersedia berbuat demikian
Hari ini, saya berhasrat untuk membuat satu cadangan untuk memberikan makna dan tujuan kepada sambutan Hari Malaysia dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu-padu yang terdiri daripada berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Saya menyeru kepada semua Menteri Kabinet dalam kerajaan Muhyiddin untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kelima-lima prinsip Rukun Negara, dan supaya mereka mengosongkan kedudukan mereka jika tidak bersedia untuk berbuat demikian.
Saya tidak pasti jika semua Menteri Kabinet Muhyiddin bersedia untuk berbuat demikian, tetapi apa yang pasti ialah, Kabinet Muhyiddin ini kelihatan seakan-akan Kabinet yang paling lemah sokongannya terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ini. Perkara ini adalah satu kecacatan terbesar Kabinet beliau.
Deklarasi seperti ini amatlah bermakna di atas dua sebab: pertamanya kerana berlaku pada hari sambutan Hari Malaysia 2020 dan keduanya kerana memberikan sambutan Jubli Emas Rukun Negara makna yang istimewa.
Tidak ada gunanya untuk para pelajar kita menghafal kelima-lima prinsip Rukun Negara ini jika para Menteri Kabinet sendiri tidak bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka secara terbuka kepada prinsip-prinsip ini.
Bola kini berada di dalam gelanggang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Adakah perkara ini akan dibangkitkan dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet?