Tidak pernah lagi dalam 63 tahun sejarah negara kita di mana terdapat sangat banyak mesej-mesej negatif yang bertentangan dengan semangat tema “Malaysia Prihatin” sambutan Hari Kebangsaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara

Sambutan bertiga keraian Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, dan Jubli Emas Rukun Negara tahun dimulakan dengan permulaan yang agak buruk.

Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah mengatakan yang Rukun Negara merangkumi jiwa, semangat, dan perpaduan negara. Tetapi tidak pernah lagi dalam sejarah 63 tahun negara kita, kita berada di dalam satu situasi di mana kita berasa murung, kecewa, dan tidak bersatu padu selepas pelbagai kejadian menunjukkan perjuangan untuk memastikan semangat Malaysia ini menang dalam melawan kempen buruk “Malu Apa” ini tidaklah mudah -- baik sama ada Langkah Sheraton yang telah membentuk kerajaan “pintu belakang”, Pilihan Raya Kecil Slim, ataupun rancangan buruk di kawasan kebun durian di Pahang yang cuba menafikan keadilan kepada para pekebun durian dan cuba untuk menggambarkan mereka seakan-akan menentang prinsip kedua Rukun Negara, Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Sementara Yang Dipertuan Agong menekankan yang kelima-lima prinsip Rukun Negara ini membentuk satu formula untuk membolehkan pelbagai kaum, agama, budaya, dan bahasa untuk mengatasi perbezaan di antara satu sama lain untuk hidup bersama dalam keadaan yang aman dan harmoni, terdapat suara-suara sumbang yang berlawanan dengan ajaran agama dan moral yang kini semakin kuat yang cuba mengatakan walaupun perbuatan rasuah itu buruk dan perlu dijauhi, seorang pemimpin beragama Islam yang terlibat dengan rasuah perlu disokong berbanding dengan pemimpin bukan Islam yang bersih dan jujur.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan Hari Kebangsaan ke-63 beliau mengatakan yang kerajaan akan menjadikan “Prihatin Rakyat” sebagai panduan utama kerajaan dalam menjaga dan mengutamakan hal ehwal kebajikan rakyat.

Namun begitu, tidak ada sesiapa pun, baik Perdana Menteri sendiri ataupun mana-mana daripada enam orang menteri atau timbalan menteri beliau yang telah menunjukkan yang mereka peduli terhadap ketidakadilan yang dihadapi di kawasan kebun durian di Pahang, di mana terdapat satu rancangan jahat yang mencuba untuk menafikan para pekebun durian ini daripada menikmati hasil titik peluh mereka selama berdekad dan lebih teruk lagi, satu cubaan untuk menggambarkan pekebun-pekebun ini sebagai golongan yang melawan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Dengan satu carian pantas di laman web Google, kita dapat mengetahui perkataan “Royal” adalah salah satu perkataan yang tidak dibenarkan untuk digunakan dalam nama sesebuah syarikat di bawah arahan Menteri yang bertanggungjawab menjaga Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Persoalan yang kini timbul adalah, kenapa penggunaan perkataan “Royal” ini dibenarkan oleh syarikat yang terlibat dalam pertikaian di kebun durian di Pahang ini.

Perdana Menteri telah menggesa semua rakyat untuk menjadi tauladan yang baik yang mengamalkan kelima-lima prinsip Rukun Negara ini, namun amat malang sekali apa bila barisan hadapan penghina Rukun Negara ini terdiri daripada kalangan Menteri Kabinet sendiri, sama ada dengan mengingkari SOP kuarantin Covid-19 ataupun dengan mengeluarkan “penipuan patuh syariah”.

Adakah mengejutkan apabila kita mempunyai seorang Menteri Kabinet yang mencatatkan rekod apabila lebih daripada 51,000 rakyat Malaysia telah menandatangani petisyen menuntut beliau meletak jawatan?

Seorang Ahli Parlimen PAS telah mengeluarkan kritikan tidak berasas terhadap agama Kristian dan kemudiannya enggan untuk memohon maaf di atas perbuatan beliau yang menghina Rukun Negara di ambang sambutan Jubli Emasnya itu, dan pada masa yang sama, seorang ahli politik muda Bersatu pula telah mencabuli prinsip Rukun Negara apabila beliau menyeru supaya sekolah vernakular dimansuhkan -- dengan harapan seruan beliau ini boleh menjadi satu jalan pintas untuk mendapatkan pangkat dan populariti politik.

Lalu datanglah pelbagai mesej-mesej negatif sebagai tindak balas, satu perkara yang tidak pernah dilihat dalam sambutan Hari Kebangsaan/Hari Malaysia sebelum ini.

Penulis Steve Oh di dalam artikel beliau[1] di MalaysiaKini menulis:

“Sambutan hari Merdeka hilang maknanya apabila kerajaan hari ini dilihat sebagai korup, tidak adil, dan diktatorial. Arwah Tunku Abdul Rahman -- Bapa Merdeka -- sendiri merupakan seorang yang amat kritikal terhadap pentadbiran yang tidak adil, tidak bersih, dan tidak demokratik. Beliau meninggalkan kita dalam keadaan kecewa, melihat apa yang telah terjadi terhadap impian Merdeka beliau.

“Legasi kekecewaan tersebut, ibarat sebatang sungai yang tercemar, masih mengalir di seluruh negara, mencemarkan segala benda yang berada di laluannya. Kabus berpanjangan ini adalah peringatan kepada satu kawasan yang telah disumpah dengan korupsi. Kita menuai hasil yang bukan ditanam kita, apabila meraka yang korup berjaya.

“Imej pokok durian Musang King yang tinggi ditebang ini menjadi simbol kejatuhan punca pendapatan rakyat dalam melawan tindakan sehala kerajaan yang dilihat sebagai tidak adil. Hari ini, pokok durian, bagaimana dengan esok?”

Selain Steve Oh, Francis Paul Siah[2] dan wartawan bersara Philip Rodrigues[3] juga menyumbangkan pandangan mereka mengenai kejadian yang berlaku dalam tempoh beberapa hari yang lepas ini.

Hati saya berasa tenang membaca semula puisi Alwi Jantan: “Rejoice My Beloved Country” yang dipena semasa rakyat Malaysia berjaya menenangi peluang kedua untuk membina semula negara dengan kemenangan yang tidak dijangka dalam Piihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018:

REJOICE MY BELOVED COUNTRY

Rejoice o rejoice, victory is ours.
Let’s rebuild our beloved country.
The pride of our founding fathers,
For the benefit of all and sundry.

Let’s cleanse the administration
Of the corrupt and greedy.
Let’s rid of racial discrimination
And religious bigotry.

Let’s reestablish good governance
And remanage the economy.
Let’s reinforce law and order maintenance
And an independent judiciary.

Let there be freedom again
Of expression and assembly.
Only then will we regain
The fruits of our victory.

Amat berpatutan untuk semua rakyat Malaysia, untuk tanya diri sendiri sama ada peluang untuk membina semula negara ini telah hilang, dan jika tidak, apakah yang perlu dilakukan untuk mendapatkannya semula, supaya kita semua dapat bangga menjadi rakyat Malaysia.

[1] Steve Oh, “Merdeka means liberation”, MalaysiaKini, 31 August 2020; https://www.malaysiakini.com/columns/540731

[2] Francis Paul Siah, “Prophets of doom bring gloom upon our auspicious dates”, MalaysiaKini, 31 August 2020, https://www.malaysiakini.com/columns/540777

[3] Philip Rodrigues, “63 years later down the road - whither goes Malaysia?”, MalaysiaKini, 31 August 2020; https://www.malaysiakini.com/columns/540734

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri