Pilihan Raya Negeri Sabah adalah satu peristiwa penyebar super Covid-19 di Malaysia, tetapi rakyat Malaysia perlu menunjukkan perpaduan dan disiplin untuk membuktikan salah jangkaan ahli akademik yang mengatakan akan terdapat 15,000 kes aktif menjelang 8 November

Perkembangan terkini pilihan raya presiden Amerika Syarikat amatlah pelik.

Malaysia sedang berusaha untuk mengelakkan peningkatan harian empat angka, walaupun kita gagal dua kali pada 24 dan 26 Oktober apabila kita mencatatkan 1,228 dan 1,240 kes baharu.

Namun, Amerika Syarikat kelihatan seperti tidak berusaha untuk mengelakkan peningkatan harian empat angka, tetapi sedang mencuba untuk mengelakkan peningkatan harian tujuh angka, mencatatkan lebih daripada 84,000 kes baharu Covid-19 pada hari Jumaat lepas -- lebih kurang tiga kali ganda jumlah kes terkumpul di Malaysia selepas sembilan berhadapan dengan wabak ini, iaitu 29,441 kes.

Semalam, dalam masa sehari sahaja, 1,038 rakyat Amerika terkorban akibat wabak ini, kira-kira empat kali ganda jumlah korban terkumpul di Malaysia.

Semalam adalah satu hari yang mencatatkan banyak rekod suram Covid-19 di seluruh dunia. Buat pertama kalinya, jumlah kes baharu harian dunia melepasi paras setengah juta, lama web World-o-meter mencatatkan peningkatan harian sebanyak 500,764 kes.

Wabak ini mengambil masa 13 minggu untuk mencatatkan sejuta kes pertamanya, tetapi peningkatan mendadak wabak Covid-19 ini telah mencapai satu tahap di mana wabak ini hanya mengambil masa dua hari untuk mencatatkan peningkatan sejuta kes.

Rekod suram kedua adalah Amerika Syarikat yang telah melepasi paras sembilan juta kes Covid-19, bersama dengan sejumlah lebih daripada 230,000 kematian akibat Covid-19. India, negara kedua dengan jumlah kes tertinggi telah melepasi paras lapan juta kes, manakala terdapat lapan negara dengan lebih daripada sejuta kes, selepas Amerika Syarikat dan India; Brazil, Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina dan Colombia.

Namun begitu, kita dapat lihat Donald Trump yang menutup kempen pemilihan semula beliau dengan merayu kepada para pengundi untuk mengabaikan bukti-bukti bencana yang sedang berlaku di hadapan mata mereka sendiri dan untuk percaya kepada beliau yang ancaman terhadap kesihatan dan ekonomi yang dibawa oleh wabak ini sedang menurun.

Jika Trump kalah dalam pilihan raya presiden AS pada minggu hadapan, seperti yang dijangkakan oleh ramai penganalisis politik, beliau bukannya akan dikalahkan oleh Joe Biden, tetapi dikalahkan oleh wabak Covid-19.

Amerika Syarikat dan Eropah bukanlah satu contoh yang baik untuk diikuti oleh rakyat Malaysia dalam perang melawan wabak Covid-19.

Kita sudahpun mempunyai Pilihan Raya Negeri Sabah yang baru sahaja berlangsung sebagai kejadian penyebaran super.

Rakyat Malaysia perlu menunjukkan perpaduan dan disiplin untuk membentuk satu usaha yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19 dan membuktikan salah, jangkaan ahli akademik yang menjangkakan negara kita akan mencatatkan 15,000 kes aktif menjelang 8 November ini.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri