Raja berpelembagaan terus kekal sebagai benteng utama mempertahankan demokrasi berparlimen di Malaysia

Rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang berterima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah kerana memutuskan untuk tidak mengisytiharkan darurat selepas mesyuarat khas Majlis Raja-Raja hari ini.

Sistem raja berpelembagaan kita terbukti sebagai satu benteng utama mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Semua rakyat Malaysia, terutamanya 221 Ahli Parlimen, perlu bersatu padu untuk membentuk usaha yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk memerangi gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.

Laporan terkini menunjukkan penurunan 465 kes jangkitan Covid-19 (sejumlah 823 kes untuk hari ini berbanding dengan 1,288 kes semalam) yang sepatutnya menjadi berita yang memberansangkan terutamanya para petugas barisan hadapan, dan seluruh rakyat Malaysia, untuk menggandakan usaha kita semua dalam mendatarkan lekuk penularan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.

Perhatian khusus perlu diberikan kepada Sabah yang kini menjadi pusat penularan utama wabak ini.

Semua Ahli-ahli Parlimen perlu fokus kepada usaha untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan dalam berhadapan dengan bencana wabak Covid-19 “sekali dalam seabad” ini.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri