Mengapakah pihak pentadbiran Parlimen tidak membuat sebarang persediaan untuk persidangan Parlimen secara maya dalam gelombang ketiga wabak Covid-19 ini?

Mengapakah pihak pentadbiran Parlimen tidak membuat sebarang persediaan untuk persidangan Parlimen secara maya dalam gelombang ketiga wabak Covid-19 ini?

Adakah kerana kerajaan Perikatan Nasional tidak memberikan kebenaran kepada pihak Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan secara maya, memandangkan tumpuan utama mereka adalah bagaimana untuk menggantung persidangan Parlimen dan mengecualikan pentadbiran mereka daripada akauntabiliti dan penelitian daripada Parlimen dengan menggunakan Covid-19 sebab alasan?

Sebenarnya, persoalan sama ada Parlimen boleh bersidang secara maya atau pun tidak bergantung sepenuhnya kepada keputusan Tuan Yang di Pertua dan Jawatankuasa Dewan, jika doktrin pemisahan kuasa di antara pihak eksekutif, legislatif, dan kehakiman dipatuhi di negara kita.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku.

Saya menyeru kepada mesyuarat khas Kabinet pagi ini untuk memaklumkan kepada Parlimen yang mereka tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap Parlimen untuk mengadakan persidangan secara maya dan untuk membenarkan pihak Parlimen untuk mengambil apa-apa persediaan yang diperlukan untuk mengadakan persidangan secara maya ini.

Parlimen patut diberikan jaminan yang Kabinet akan meluluskan cadangan belanjawan untuk mengadakan persidangan secara maya.

Jika persidangan secara maya ini diadakan, tidak perlulah ahli-ahli Parlimen daripada Sabah dikuarantin di bilik hotel selama 14 hari di Kuala Lumpur, sebelum mereka dapat menjalani ujian saringan Covid-19 untuk menghadiri persidangan belanjawan yang akan berlangsung selama 27 hari bermula pada 2 November ini, memandangkan ahli-ahli Parlimen Sabah ini seakan-akan menjalani “tahanan perseorangan” selama 14 hari di bilik hotel mereka di Kuala Lumpur.

Pengalaman ahli-ahli Parlimen Sabah yang perlu menjalankan “kuarantin berasingan” di bilik hotel ini seakan-akan serupa dengan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan secara bersendirian selama 60 hari pertama mereka sebelum akta ini dimansuhkan.

Laporan Covid-19 semalam yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan yang kita belum lagi mencapai kemuncak gelombang ketiga wabak inimemandangkan terdapat peningkatan jumlah kes harian berbanding dengan tempoh 24 jam sebelumnya, walaupun hari sebelum mencatatkan seditkit penurunan.

Peningkatan harian kes Covid-19 dalam negara untuk tempoh tujuh hari yang lepas adalah: 847, 732, 862, 865, 871, 869 dan 629 kes – dengan purata 810.7 setiap hari untuk sepanjang minggu yang lepas.

Kita perlu lakukan apa sahaja boleh dilakukan untuk mengelakkan peningkatan harian dalam julat empat digit.

Korea Selatan, yang dianggap sebagai salah satu pusat penularan utama wabak ini semasa wabak ini mula merebak, tidak pernah mencapai kadar peningkatan harian empat digit, memandangkan peningkatan kes harian tertinggi negara tersebut dicatatkan pada 3 Mac dengan 851 kes.

Mesyuararat Khas Kabinet hari ini perlu fokus kepada isu wabak Covid-19 memandangkan kerajaan telah lalai dengan membiarkan gelombang ketiga ini untuk berlaku, dengan kini lebih daripada 1,000 pelajar sekolah dijangkiti wabak Covid-19.

Kabinet juga perlu menyalurkan semua sumber yang ada untuk melawan wabak ini di Sabah, memandangkan daripada 8,183 kes aktif, 6,243 kes adalah daripada Sabah, sejumlah 76% peratus daripada semua kes!

Masanya telah tiba untuk Kabinet bertanggungjawab terhadap kes yang melonjak tinggi di Sabah, daripada sejumlah 426 kes dan lapan kematian pada 1 September, kepada 9,868 dan 76 kematian pada 21 Oktober.

Perdana Menteri perlu menanamkan semangat melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” kepada semua menteri Kabinet jika kita mahu menang dalam melawan wabak Covid-19 ini di Malaysia.

Berikut adalah contoh tindakan sabotaj terhadap usaha melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” yang dilakukan oleh para menteri yang perlu dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat khas Kabinet memandangkan banyak pengajaran penting yang dapat dipelajari:

  1. Layan berbeza dalam kes pelanggaran SOP kuarantin Covid-19 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Khairuddin Aman Razali, yang diputuskan tidak memerlukan tindakan lanjut oleh Pejabat Pendakwa Raya.
  2. Ketiadaan Menteri Kesihatan di Sabah untuk memimpin usaha melawan Covid-19.
  3. Pencetusan gelombang ketiga Covid-19 dengan cubaan gagal untuk merampas kerajaan negeri Sabah yang telah menyebabkan berlakunya PRN Sabah.
  4. Sabah ditinggalkan untuk membela nasibnya bersendirian sedangkan negeri tersebut merupakan pusat penularan utama gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.
  5. Diskriminasi terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan, yang dikecualikan daripada mesyuarat penting Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 dan keengganan kerajaan Persekutuan untuk berkongsi data terperinci berkenaan kes Covid-19 dengan Selangor Task Force for Covid-19 (STFC).
  6. Arahan yang mengelirukan, separa siap, dan kucar kacir yang diumumkan semasa negara berhadapan dengan wabak Covid-19, seperti arahan berkerja dari rumah yang dibuat tanpa proses libat urus dengan pemegang taruh seperti kumpulan majikan dan wakil-wakil pekerja.

Mesyuarat Khas Kabinet ini sepatutnya melancarkan satu kempen penglibatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk menghentikan penularan gelombang ketiga wabak Covid-19 dan memastikan peningkatan harian kes ini tidak mencapai empat angka.

Siapakah yang boleh memimpin negara kita dengan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan Covid-19 ini?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri