Prorogasi Parlimen bukanlah penyelesaian kepada kebuntuan politik negara semasa memandangkan ia akan dicabar di mahkamah sebagai satu cubaan untuk merendahkan Perlembagaan dan sebagai satu cubaan untuk memanjangkan hayat sebuah kerajaan pintu belakang yang tidak sah
Saya katakan tiga hari yang lepas, yang kita sedang berada dalam satu ketidaktentuan politik dan dalam tempoh enam minggu yang akan datang, kita akan dapat melihat pelbagai plot, komplot, plot berbalas yang bakal muncul dari pelbagai sudut mengenai bentuk dan rupa kerajaan Malaysia -- memandangkan kerajaan Muhyiddin sedia ada ini, yang muncul daripada konspirasi rumit Langkah Sheraton tidak memunyai keabsahan, kebolehan, dan sumber untuk menjadi sebuah kerajaan yang berkesan.
Tempoh tiga hari yang lepas telah menunjukkan yang jangkaan saya ini tepat, kerana telah terdapat pelbagai bentuk plot, komplot, dan plot balas yang mengelirukan rakyat Malaysia, yang sedang risau mengenai memenangi perang melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia dan meletakkan ekonomi negara ke arah pemulihan.
Media sosial di Malaysia tidak pernah menjadi seaktif ini dalam memperlihatkan plot, komplot, dan plot balas ini.
Terdapat satu senarai Kabinet baharu, yang kononnya akan diumumkan pada hari Selasa, di mana individu yang memegang rekod dengan mempunyai jumlah tuduhan rasuah tertinggi dalam negara mengetuai senarai ini sebagai Timbalan Perdana Menteri, manakala terdapat satu lagi senarai yang diketuai oleh seorang calon yang berimpian abadi menjadi Perdana Menteri.
Terdapat juga satu cadangan aneh untuk menyelesaikan masalah kebuntuan politik negara kita dengan memprorog Parlimen di bawah artikel 55(2) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan: “ Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.”
Penyokong solusi ini mengatakan, dalam negara berhadapan dengan wabak Covid-19, “prorogasi Parlimen yang bermakna penggantungan Parlimen, dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengekalkan keamanan awam, kesihatan ekonomi, dan kestabilan politik”.
Presiden MIC yang juga merupakan mantan Presiden Dewan Negara, SA Vigneswaran, adalah antara yang pertama yang mencadangkan idea ini, beliau menulis:
“Semasa pelaksanaan prorogasi, persidangan Parlimen akan ditangguhkan dan hal ehwal negara akan terus diuruskan oleh kerajaan semasa. Perkara ini akan memastikan kelancaran operasi dalam negara memandangkan tidak akan ada sebarang peningkatan kes pandemik mahupun sebarang pergolakan politik akan muncul.
“Prorogasi Parlimen ini akan berakhir apabila dapat disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berkenaan yang pandemik ini telah berada dalam keadaan yang stabil dan menurun, atau dalam kata lain, keadaan yang selamat untuk mengadakan pilihan raya umum.”
Perkara ini adalah satu tanggapan yang salah dan juga satu pembacaan Perlembagaan yang tidak tepat, dan Vigneswaran telah silap kerana mendakwa bahawa “ini adalah kali pertama Parlimen diprorog di negara kita”, memandangkan prorogasi Parlimen ini dilaksanakan setiap tahun, menandakan berakhirnya sesi Parlimen, dengan pembukaan sidang tahun hadapan Parlimen yang dimulakan dengan penyampaian Titah Diraja oleh Yang di Pertuan Agong -- kecuali semasa Parlimen digantung selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Prorogasi Parlimen ini bukanlah penyelesaian kepada kebuntuan politik negara kita, memandangkan ia akan dicabar di mahkamah sebagai satu cubaan untuk merendahkan Perlembagaan dan sebagai satu cubaan untuk memanjangkan hayat kerajaan sebuah kerajaan pintu belakang yang tidak sah.
Keputusan Mahkamah Agung United Kingdom pada September lepas mengenai prorogasi Parlimen oleh Perdana Menteri Boris Johnson yang didapati tidak sah patut menjadi amaran kepada penyokong idea ini.
Mahkamah Agung UK tersebut memberikan penghakiman kepada dua persoalan berkenaan satu Arahan untuk memprorog Parlimen UK. Pertamanya, adakah perkara ini boleh diputuskan dalam mahkamah: dalam kata lain, adakah keputusan prorogasi ini boleh disemak oleh pihak mahkamah? Kedua, adakah ia sah?
Mahkamah mendapati yang mereka mempunyai kuasa untuk membuat penghakiman ke atas persoalan ini. Kemudiannya, mahkamah mendapati yang keputusan kerajaan untuk memprorog Parlimen selama lima minggu ini sebagai tidak sah, dan Parlimen sebenarnya tidak diprorog semasa tempoh ini.
Mahkamah Agung UK mengatakan “kedaulatan Parlimen sebagai prinsip asas perlembagaan UK akan direndahkan jika pihak eksekutif boleh, melalui penggunaan kuasa prerogatifnya, menghalang Parlimen daripada menjalankan tugas legislatifnya selama mana yang ia perlu”.
Perkara ini juga menimbulkan kerisauan yang pentadbiran bertanggungjawab akan terabai dan digantikan dengan sebuah “kerajaan yang tidak bertanggungjawab” jika Parlimen dihalang oleh pihak eksekutif daripada menjalankan tugasnya untuk meneliti tindakan pihak eksekutif.
DAP kekal komited menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia, tetapi jika perkara ini dihalang oleh plot, komplot dan plot balas pelbagai pihak, prorogasi Parlimen masihlah bukan satu penyelesaian untuk kepada kebuntuan politik dalam negara kita semasa kita berhadapan dengan gelombang ketiga wabak Covid-19.