Sedih dan mengejutkan mendengari yang Ketua Menteri Sabah telah didapati positif Covid-19 -- semoga janji 26 tahun beliau untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin dan menghapuskan rasuah di Sabah dan mengurangkan kadar kemiskinan dan buta huruf menjadi agenda utama Kabinet beliau

Saya berasa sedih dan terkejut selepas mendengari yang Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor telah disahkan positif dengan Covid-19, menjadi ketua kerajaan negeri pertama dalam negara yang dijangkiti wabak ini.

Pegawai perhubungan awam beliau, Effendi Mohamed Sunoh mengata Hajiji, 65, kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dan berada dalam keadaan yang baik dan stabil.

Effendi mengatakan walaupun Hajiji sedang menerima rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau di tempat rawatan melalui panggilan telefon dan persidangan video dan kerajaan negeri masih berfungsi seperti biasa.

Selepas sembilan bulan, wabak Covid-19 ini kelihatan telah mencapai satu puncak baharu, sehingga mengancam fungsi-fungsi kerajaan.

Di Malaysia, seorang menteri telah disahkan positif, Kabinet dilumpuhkah, dengan Perdana Menteri dan hampir setengah ahli jemaah Kabinet menjalani kuarantin dari rumah selama 14 hari.

Di Amerika Syarikat, yang mendahului dengan jumlah kes Covid-19 yang tertinggi di dunia, dengan sejumlah 7.9 juta kes Covid-19 dan lebih daripada 218,000 kematian, wabak ini telah menjadi White House sebagai pusat penularan utama, menjangkiti Presiden AS, Donald Trump, dan para pegawai kanan beliau.

Sabah kini sedang berhadapan gelombang terburuk Covid-19 dalam sejarah negara.

Beberapa daerah di pantai timur dan barat kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat untuk mencuba mengawal penularan wabak ini.

Kementerian Kesihatan mencatatkan 274 kes baharu di Sabah (daripada sejumlah 354 kes baharu di seluruh negara) semalam. Enam orang daripada negeri tersebut, kesemuanya rakyat, telah terkorban semalam.

Lewat malam semalam, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan penutupan semua sekolah di Sabah untuk tempoh dua minggu, bermula daripada 10 Oktober sehingga 25 Oktober.

Para guru diminta menjalankan program pengarajan dan pembelajaran melalui bilik darjah maya, kata kementerian tersebut.

Perkara ini sekali lagi menonjolkan masalah jurang digital di Sabah dan kerajaan kakistokratik di mana Perdana Menteri mahupun mana-mana menteri Kabinet berani untuk mendisiplinkan dua orang timbalan menteri yang telah membuat pertuduhan salah terhadap Veveonah Mosibin -- gadis yang merakamkan pengalaman beliau berada di atas pokok selama 24 jam di Youtube yang telah ditonton lebih daripada 840,000 kali -- dan keluarganya daripada Pitas, Sabah.

Memandangkan Hajiji sedang menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Menteri melalui panggilan telefon dan persidangan video, harap beliau akan memberitahu para menteri beliau yang agenda utama Kabinet Hajiji ini adalah untuk memenuhi janji selama 26 tahun beliau semasa beliau pertama kali bertanding sebagai calon UMNO pada tahun 1994 untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin, menghapuskan rasuah di Sabah, dan mengurangkan kadar kemiskinan dan kadar buta huruf di Sabah kepada sifar -- dan untuk mengarahkan Kabinet beliau untuk membentangkan satu laporan bagaimana keempat-empat objektif ini boleh dicapai.

Dalam masa di mana Sabah kini menjadi tumpuan utama Covid-19 di Malaysia, agak pelik apabila jawatan Menteri Kesihatan Sabah dihapuskan.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri