Parlimen Malaysia perlu bertindak ke atas Barometer Rasuah Global Asia 2020 yang diterbitkan oleh Transparency International semalam yang melaporkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menganggap Ahli Parlimen mereka sebagai korup berbanding rakyat-rakyat di tujuh negara Asia yang lain -- Bangladesh, Taiwan, Myanmar, Filipina, China, Kemboja dan Vietnam

Parlimen Malaysia perlu bertindak ke atas Barometer Rasuah Global Asia 2020 yang diterbitkan oleh Transparency International semalam yang melaporkan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menganggap Ahli Parlimen mereka sebagai korup berbanding rakyat-rakyat di tujuh negara Asia yang lain -- Bangladesh, Taiwan, Myanmar, Filipina, China, Kemboja dan Vietnam.

Transparency International melaporkan bahawa 36% rakyat Malaysia yang ditinjau berpendapat bahawa Ahli Parlimen mereka korup, berbanding dengan kadar 18% di Bangladesh, 17% di Taiwan, 14% di Myanmar, 12% di Filipina, 11% di China, dan 6% di Kemboja dan Vietnam.

Manakala sembilan negara lain mencatatkan peratusan lebih tinggi berbanding dengan Malaysia dalam kalangan rakyat mereka yang menganggap Ahli Parlimen mereka sebagai korup, dengan 39% untuk Thailand, 42% untuk Jepun dan India, 43% untuk Nepal, 44% untuk Sri Lanka, 50% untuk Maldives, 51% untuk Indonesia, 56% untuk Mongolia dan 65% untuk Korea Selatan -- namun perkara ini tidaklah sepatutnya menjadi satu perkara yang menyenangkan kepada Ahli-ahli Parlimen di Malaysia.

Ahli Parlimen di Malaysia perlu berasa malu kerana 36% rakyat Malaysia yang ditinjau kajiselidik ini menganggap mereka sebagai korup.

Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, saya mahukan Parlimen untuk bertindak pantas bagi memulihkan maruah dan integriti dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen kita.

Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Rasuah dan Integriti perlu ditubuhkan oleh Dewan Rakyat yang mempunyai terma rujukan yang menyeluruh, untuk meningkatkan integriti awam di Malaysia, menjadikan negara kita di antara 30 negara teratas di dunia. Dengan tugas pertamanya untuk mengkaji Barometer Rasuah Global Asia 2020 dan persoalan mengenai integriti Ahli-ahli Parlimen Malaysia.

Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Rasuah dan Integriti ini juga perlu melihat ke dalam aspek lain dalam Barometer Rasuah Global Asia 2020 -- di mana 72% rakyat Malaysia merasakan yang masalah rasuah dalam kerajaan adalah satu perkara yang besar dan 39% rakyat Malaysia percaya bahawa masalah rasuah sedang meningkat.

Dengan penerbitan Barometer Rasuah Global Asia 2020 ini, kerisauan saya sebelum ini, bahawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2020, yang akan diterbitkan dalam tempoh dua bulan yang akan datang, akan melihat penurunan dalam kedua-dua skor dan kedudukan negara kita dalam TI CPI, di mana bahawa semua usaha murni kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan integriti awam dimusnahkan dengan sembilan bulan pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional.

Adakah kita dapat melihat dalam Belanjawan 2021 komitmen yang lebih besar untuk memerangi rasuah dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu daripada 30 negara teratas di dunia dalam integriti awam sebelum 2030?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri