Adham Baba perlu menjelaskan kepada Parlimen pada hari Khamis ini mengapa Kementerian Kesihatan mengabaikan nasihat WHO untuk melaksanakan respons dan pendekatan yang melibatkan 'keseluruhan kerajaan' dan 'keseluruhan masyarakat' dalam melawan wabak Covid-19 sehinggakan 7,000 doktor am terasa dipinggirkan

Menteri Kesihatan, Adham Baba perlu menjelaskan kepada Parlimen dalam ucapan penggulungan Belanjawan 2021beliau pada hari Khamis ini mengenai sebab Kementerian Kesihatan mengabaikan saranan Kesatuan Kesihatan Dunia (WHO) kepada semua kerajaan untuk menerapkan pendekatan melibatkan "keseluruhan kerajaan" dan "keseluruhan masyarakat” dalam usaha melawan wabak Covid-19 sehingga 7,000 doktor am di negara kita terasa dipinggirkan.

Contohnya, pada bulan April yang lepas Pengarah WHO Wilayah Asia Tenggara, Dr. Poonam Khetrapal Singh telah mengatakan: “Pendekatan yang lebih komprehensif diperlukan, dengan pendekatan yang berpusatkan kepada masyarakat. Yang paling penting sekali, masyarakat perlu dilibatkan dan diperkasakan untuk mengambil keputusan dan langkah yang bersesuaian. Tanggungjawab mesti ada pada setiap individu. Pada tahap semasa, setiap orang perlu menyumbang untuk meminimumkan impak kepada kesihatan dan juga kesan sosio-ekonomi wabak ini."

Tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia selepas sebelas bulan dilanda wabak Covid-19. Bukan sahaja kita mempunyai Menteri Kesihatan yang halimunan, tetapi 7,000 orang doktor am merasakan bahawa mereka tidak diberikan peranan dalam memerangi wabak Covid-19.

Ini adalah perkara yang perlu ditambahbaik oleh Adham Baba untuk meningkatkan usaha memerangi wabak Covid-19.

Beberapa perkara yang boleh ditambahbaik oleh Adham adalah outsourcing perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kepada doktor am untuk mengurangkan kesesakan di hospital awam dan klinik kesihatan KKM -- seperti perkhidmatan imunisasi, perkhidmatan x-ray, pengurusan luka, pengedaran ubat-ubatan jangka panjang, pemeriksaan kesihatan, ujian darah rutin untuk warga emas dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, kolesterol, obesiti, barah dll, rawatan Metadon dan tindakan lanjut untuk para penagih dadah dan pemeriksaan antenatal dengan ultrasound.

Dalam penggulungannya di Parlimen, Adham Baba juga perlu memberikan penjelasan kepada kepada persoalan-persoalan seperti berikut untuk untuk menunjukkan sejauh mana kerajaan telah berusaha untuk memanfaatkan doktor am dalam usaha memerangi wabak Covid-19:

  • Jumlah klinik am yang ditutup di seluruh negara kerana Covid-19;
  • Berapa ramai doktor am dan kakitangan mereka yang dijangkiti Covid-19 -- berapa ramai terjangkit secara langsung di klinik;
  • Berapa ramai doktor yang diperintahkan untuk menjalani kuarantin kerana "terdedah" kepada Covid-19; dan
  • Apa tindakan yang diambil oleh KKM untuk mengurangkan jangkitan di kalangan pekerja kesihatan di sektor swasta, jika ada.

Akhirnya, Adham Baba harus menyedari yang bahawa Jeffrey Kitingan telah hadir ke Parlimen -- di mana beliau telah memasuki Dewan Rakyat kurang daripada 14 hari menjalani kuarantin menurut SOP Covid-19 -- yang kemudiannya diikuti dengan pengumuman oleh Kementerian Kesihatan mengenai tidak perlu lagi kuarantin wajib selama 14 hari untuk semua orang yang tiba dari Sabah, dan hakikat di mana perkara ini menjadi di antara sebab wujudnya apa yang dikatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah masalah "defisit kepercayaan" dalam kalangan sesetengah rakyat -- di mana sebilangan rakyat menentang pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan dalam berhadapan dengan wabak Covid-19.

Bolehkah Adham Baba menjelaskan langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah "defisit kepercayaan" ini dalam melawan wabak Covid-19?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri