Dapatan kajian Emir Research yang mengatakan orang Cina memlih UMNO berbanding DAP sememangnya tidak masuk akal dan kelakar, tetapi apa lebih menarik perhatian adalah dapatan mengatakan UMNO mendapat lebih dari dua kali ganda sokongan berbanding MCA
Dapatan kajian Emir Research yang mengatakan orang Cina memlih UMNO berbanding DAP sememangnya tidak masuk akal dan kelakar, tetapi apa lebih menarik perhatian adalah dapatan mengatakan UMNO mendapat lebih dari dua kali ganda sokongan berbanding MCA.
Apakah kesannya kepada MCA?
Hanya mendapat serdak?
Orang yang terbaik untuk menjawab persoalan ini adalah para pemimpin MCA sendiri dan saya tidak berani untuk cuba menjawabnya.
Malah, beranikah mereka untuk menjawab persoalan ini?
Dapatan kajian Emir Research ini muncul pada masa terdapat banyak perbincangan mengenai "Grand Coalition" atau “Gabungan Besar”.
Tetapi yang menyedihkan, mereka yang membicarakan "Gabungan Besar" ini tidak lain dan tidak bukan daripada kalangan pengamal politik perkauman dan keagamaan yang beracun dan ekstremis yang melupakan lima prinsip Rukun Negara sebagai asas untuk membina negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya di Malaysia di mana identiti bangsa Malaysia lebih penting daripada identiti-identiti lain.
Adakah idea "Gabungan Besar" ini memenuhi aspirasi Hari Merdeka Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 untuk menjadikan negara kita satu "sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu" dan impian semua rakyat Malaysia untuk Malaysia menjadi sebuah negara berkelas dunia yang memanfaatkan nilai-nilai terbaik dari semua peradaban hebat yang bertemu di Malaysia -- dan bukannya menjadi sebuah negara yang gagal, sebuah kleptokrasi dan kakistokrasi?
Segala idea Gabungan Besar untuk mempertahankan kleptokrasi dan kakistokrasi pastinya akan gagal, kerana seperti yang dipenakan dalam puisi oleh William B Yeats, “The Second Coming”,
“Things fall apart; the centre cannot hold;
“Mere anarchy is loosed upon the world,
“The blood-dimmed tide is loosed, and everywhere
“The ceremony of innocence is drowned;
“The best lack all conviction, while the worst
“Are full of passionate intensity.”