Cabaran kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk menyatakan bahawa tujuan menghidupkan kembali JASA adalah untuk memperbetulkan semula perbuatan lampaunya yang memfitnah DAP dan cuba membersihkan skandal 1MDB Najib, dan jika tidak, adakah beliau akan menentang cadangan penubuhan semula JASA ini secara terbuka
Saya cabar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk menyatakan bahawa tujuan menghidupkan kembali JASA adalah untuk memperbetulkan semula perbuatan lampaunya yang memfitnah DAP dan cuba membersihkan skandal 1MDB Najib, dan jika tidak, adakah beliau akan menentang cadangan penubuhan semula JASA ini secara terbuka?
Semasa Mohd Puad Zarkashi menjadi ketua pengarah JASA, gaji beliau adalah lebih tinggi daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu walaupun JASA diletakkan di bawah di bawah Kementerian tersebut, Puad tidak bertanggungjawab kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia sebaliknya beliau melapor secara langsung kepada Perdana Menteri.
Belanjawan 2021 perlu memastikan bahawa penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri yang begitu besar tidak berulang dan keadaan yang tidak masuk akal di mana seorang pemegang jawatan di mana-mana Kementerian menikmati gaji yang lebih tinggi daripada Menteri -- seolah-olah beliau adalah seorang super-menteri, yang tidak bertanggung jawab kepada menteri di mana agensi tersebut tertubuh sebaliknya melaporkan secara langsung kepada Perdana Menteri.
Bolehkah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan kepada negara bahawa keadaan yang mengejutkan dan tidak menyenangkan seperti ini tidak akan berulang dalam Belanjawan 2021?
Semasa tempoh Puad sebagai ketua pengarah JASA, peruntukan kepada JASA adalah seperti berikut:
2015 - RM20.7 juta
2016 - RM22.8 juta
2017 - RM22.9 juta
2018 - RM30.0 juta
Jumlah - RM97.4 juta
Seperti yang telah saya nyatakan, Puad telah membelanjakan kira-kira RM100 juta peruntukan kepada JASA ini dari tahun 2015 ke 2018 bagi kempen dua cabang beliau untuk memfitnah DAP dan menyesatkan pelajar dan pelajar Malaysia di dalam dan di luar negara dengan cubaan “membersihkan” skandal 1MDB.
Puad harus memberikan penjelasan penuh bagaimana beliau membelanjakan sejumlah RM100 juta dalam tempoh empat tahun sebagai ketua pengarah JASA dalam kempen dua cabangnya untuk memfitnah DAP dan “membersihkan” skandal 1MDB -- termasuklah senarai negara-negara yang beliau lawati untuk menyesatkan pelajar Malaysia di luar negara dengan maklumat yang salah dan kempen penipuan beliau.
Kita bernasib baik kerana kempen Puad yang menyalahgunakan kira-kira RM100 juta wang rakyat ini menjadi sebuah kegagalan besar, seperti dibuktikan dalam pilihan raya umum ke-14, jika tidak, Najib akan terus berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak akan disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam siri pertama pendakwaan berkaitan 1MDB mengenai rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
Seperti yang telah dijelaskan oleh Mandeep Singh, mantan pegawai tugas-tugas khas kepada mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Jabatan Penerangan mempunyai staf, kepakaran, peralatan dan jangkauan yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat dan polisi pendtabiran ke peringkat akar-umbi untuk mempromosikan semangat patriotisme dan perpaduan dan juga untuk mengekang kekeliruan maklumat yang berkaitan dengan wabak Covid-19.
Bolehkah Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah kemudian menjelaskan mengapa perlunya ditubuhkan sebuah agensi lain dengan mengembalikan semula JASA?
Saifuddin tidak membantah laporan lima hari yang lalu bahawa beliau tidak tahu bahawa JASA dihidupkan semula dengan peruntukan besar sebanyak RM85.5 juta.
Sekiranya Saifuddin bukanlah orang yang akan bertanggungjawab dan mengendalikan JASA, siapakah yang akan memegang JASA ini?
Apa jenis tadbir urus yang kita miliki di Malaysia jika seorang Menteri tidak bertanggungjawab dan mengendalikan agensi di Kementeriannya sendiri?
Apakah lagi contoh di mana seseorang Menteri bukan merupakan autoriti tertinggi bagi sesebuah agensi di Kementeriannya yang ada dalam Belanjawan 2021 ini?
Walaupun kedatangan semula JASA ini sedang menunggu lampu hijau dari Parlimen melalui Belanjawan 2021, para propagandis dan tentera siber pra-JASA sudah pun mula berusaha keras untuk menyasarkan pengkritik kebangkitan semula JASA.
Di antara hujah yang digunakan oleh para propagandis dan tentera siber pra-JASA ini adalah -- “Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion. Peruntukan yang dicadangkan kepada Jasa hanyalah RM81 juta, atau 0.025 peratus dari keseluruhan Belanjawan. Berhentilah bermain politik dengan Belanjawan dan bantu mengutamakan negara. "
Propagandis dan tentera siber pra-JASA seperti ini -- yang mungkin akan menuntut bayaran untuk kerja-kerja pra-pengembalian JASA di media sosial daripada JASA setelah agensi tersebut dihidupkan semula -- teramatlah salah, kerana meletakkan kepentingan negara di tempat tertinggilah kita semua membantah pengembalian JASA yang merupakan penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat di dalam waktu di mana setiap ringgit yang ada perlu digunakan dalam usaha untuk melawan wabak Covid-19, sama ada untuk membantu para petugas barisan hadapan, ataupun untuk tindakan-tindakan yang lain.