Deepavali semasa epidemik Covid-19 perlu menjadi peluang untuk berpegang semula kepada harapan baharu, di mana cahaya dan keterangan menang melawan kegelapan, dan di mana kebenaran menang melawan kepalsuan
Kita bakal menyambut perayaan Deepavali dalam masa di mana wabak membawa maut yang dikatakan muncul “sekali dalam seabad” Covid-19 telah menjangkiti lebih daripada 53 juta orang dan mengorbankan hampir 1.3 juta nyawa di seluruh dunia , dengan sepuluh negara mencatatkan lebih daripada sejuta kes Covid-19; Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Rusia, Sepanyol, United Kingdom, Argentina, Colombia, dan Itali.
Kita agak bertuah kerana semasa wabak ini terus menular pantas di seluruh dunia, Malaysia masih berada di tempat ke-86 dari segi jumlah jangkitan dan di tempat ke-99 dari segi jumlah korban nyawa terkumpul.
Namun, masih terdapat banyak perkara yang perlu dan boleh dilakukan untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan di Malaysia dalam berhadapan dengan wabak ini.
Deepavali adalah satu hari untuk meraikan kemenangan cahaya melawan kegelapan, dan kebenaran melawan penipuan dalam kitaran kehidupan, tanpa mengira betapa sukar cabaran yang dihadapi.
Saya harap Deepavali tahun ini akan menghidupkan impian baharu, harapan baharu, dan laluan baharu untuk menyatupadukan masyarakat majmuk pelbagai kaum, kepercayaan, budaya, dan tamadun di Malaysia dan dunia.
Saya ucapkan, selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat malaysia!