Kerajaan perlu mempertimbangkan semula keputusannya untuk melaksanakan PKPB di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, dan Terengganu untuk memastikan terdapat keseimbangan di antara menyelamatkan nyawa dan menyelamatkan punca kehidupan

Kerajaan perlu mempertimbangkan semula keputusannya untuk melaksanakan PKPB di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, dan Terengganu dengan mengambil kira pengajaran yang kita telah berjaya kumpul selama sepuluh bulan yang lalu untuk melawan wabak Covid-19 dengan satu cara yang lebih fleksibel yang membenarkan rakyat untuk hidup bersama wabak ini tanpa memusnahkan punca pendapatan dan harapan pemulihan ekonomi nasional.

Perlu terdapat keseimbangan di antara usaha penyelamatan nyawa dan kehidupan.

Di Johor, terdapat tiga daerah hijau (daerah dengan sifar kes Covid-19), iaitu Batu Pahat, Mersing, dan Segamat, manakala terdapat enam daerah yang berada dalam zon kuning (dengan 1 ke 14 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas) iaitu Kluang, Kulai, Tangkak, Kota Tinggi, Pontian, dan Muar. Hanya satu daerah di Johor yang berada dalam zon merah yang mencatatkan lebih daripada 40 kes dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Kita memerlukan fleksibiliti dalam mengawal pergerakan, di mana terdapat kawalan yang lebih meluas di Johor Bahru, tanpa mengenakan sekatan yang sama kepada ketiga-tiga daerah zon hijau, Batu Pahat, Mersing, dan Segamat yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu Covid-19, ataupun ketujuh-tujuh daerah Kluang, Kulai, Tangkak, Kota Tinggi, Pontian, dan Muar yang berada dalam zon kuning.

Di Perak, hanya Kuala Kangsar sahaja yang berada di zon merah dengan lebih daripada 40 kes, manakala tiga daerah, Kinta, Kerian, dan Larut Matang berada dalam zon jingga dengan di antara 21 ke 40 kes, empat daerah, Batang Padang, Manjung, Bagan Datuk, dan Muallim kini berada di zon kuning dengan 1 ke 20 kes, dan empat daerah, Hulu Perak, Kampar, Hilir Perak, dan Perak Tengah masih berada dalam zon hijau dengan sifar kes dicatatkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Di Melaka, tidak ada sebarang daerah dalam zon merah ataupun jingga, tiga daerah, Melaka Tengah, Alor Gajah, dan Jasin berada dalam zon kuning untuk tempoh 14 hari yang lepas.

Di Negeri Sembilan pula, Seremban adalah satu-satunya daerah zon merah, tidak ada sebarang daerah berada di dalam zon jingga, lima daerah, Port Dickson, Rembau, Jempol, Kuala Pilah, dan Jelebu berada dalam zon kuning dan Tampin masih berada dalam zon hijau.

Di Kedah pula, hanya terdapat satu zon merah di daerah Kota Setar, satu zon kuning di daerah Kulim, lima zon kuning di Kubang Pasu, Bandar Baharu, SIk, Kuala Muda dan Langkawi, dan empat zon hijau,m Yan, Padang Terap, Baling, dan Pendang.

Di Terengganu, tidak ada daerah berada dalam zon merah, hanya Dungun berada dalam zon jingga, satu daerah di Marang dalam zon kuning, dan enam daerah dalam zon hijau, iaitu Setiu, Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, dan Kuala Terengganu.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri