Adakah Kabinet akan mengembalikan persidangan penuh Parlimen pada 18 Mei memandangkan PKPB telahpun menggantikan PKP sehingga 12 Mei?

Satu penjelasan yang memalukan!

Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang menganggap ugutan Menteri Kanan Azmi Ali berkenaan kemungkinan sembilan kerajaan negeri berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana keengganan mereka untuk mematuhi perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebagai hanya satu peringatan?

Tidak ada langsung -- baik dari kalangan sembilan kerajaan negeri ini mahupun rakyat Malaysia.

Jelas sekali kepada kita semua, Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa ini mempunyai satu cara yang amat pelik untuk memberikan peringatan.

Keadaan kucar-kacir yang telah beliau cetuskan dengan PKPB ini, bersama dengan seruan daripada Menteri Kewangan pada 3 Mei untuk rakyat memberikan cadangan mereka kepada rancangan pemulihan ekonomi kebangsaan adalah bukti jelas yang kerajaan masih belum mempunyai sebarang rancangan yang terbaik untuk negara kita di dalam perjuangan melawan Covid-19 ini yang mungkin berlanjutan sehingga setahun atau dua tahun.

Azmin perlu menyedari kepentingan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan juga pendekatan penglibatan “keseluruhan masyarakat” untuk menggembeleng kekuatan dan sumber kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan bagi memenangi peperangan melawan wabak ini, yang tidak bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa, tetapi juga punca kehidupan dan ekonomi negara.

Walaupun Azmin menyatakan yang keputusan untuk membuka semula ekonomi negara ini adalah berasaskan data dan kaji selidik yang dijalankan oleh pelbagai pihak, beliau gagal untuk menjelaskan mengapa beliau terus memaksa pelaksanaan PKPB tanpa memastikan persetujuan kerajaan negeri dapat dicapai terlebih dahulu.

Azmin telah menjejaskan hubungan di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dengan penjelasan beliau yang memalukan -- kononnya beliau hanyalah memberikan peringatan dan bukanlah memberikan ugutan tindakan undang-undang.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin harus masuk campur dan mengadakan satu mesyuarat bersama dengan semua kerajaan negeri untuk memastikan kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berada di satu tahap pemahaman yang sama mengenai peperangan melawan wabak Covid-19 ini, terutamanya dalam usaha mengekang penularan virus ini dan dalam usaha-usaha menggerakkan semula ekonomi negara.

Persoalannya sekarang, adakah Kabinet akan mengembalikan persidangan penuh Parlimen bermula 18 Mei yang telah dipendekkan kepada sehari memandangkan PKP dengan pun digantikan dengan PKPB sehingga 12 Mei?

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri