Adakah akan ada pemimpin UMNO yang akan bangkit untuk mengembalikan UMNO ke dekad penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujuran yang tidak dapat dipertikaikan yang mengiktiraf hakikat bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk?
Satu persoalan yang sering berlegaran di fikiran saya adalah adakah akan ada pemimpin UMNO yang akan bangkit untuk mengembalikan UMNO ke dekad penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujuran yang tidak dapat dipertikaikan yang mengiktiraf hakikat bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk?
Adakah episod hebat dan penuh inspirasi ketika Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman menjual rumahnya di Pulau Pinang untuk membiayai UMNO, ketika Perdana Menteri kedua, Tun Razak, memberi anak-anaknya nasihat mengenai integriti dan kejujuran apabila mereka meminta agar kolam renang dibina di kediaman Perdana Menteri di Sri Taman, dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn, yang integriti dan kejujurannya menjadi legenda, kini hanya kelihatan seperti satu kisah dongeng masa lalu yang tidak dapat dilihat lagi di Malaysia?
Tidak mungkin, kerana Islam yang menjadi agama rasmi -- seperti semua agama utama di seluruh dunia -- mengajar tentang kepentingan integriti dan kejujuran.
Baru-baru ini pada bulan ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah, dalam upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baharu, bertitah mengenai kepentingan integriti dan kejujuran penjawat awam.
Sultan Nazrin bertitah bahawa kedudukan mereka dianugerahkan oleh Allah dan seseorang tidak boleh menggunakan rasuah untuk mendapatkan kuasa.
Baginda bertitah: "Adalah mutlak bahawa semua kekuatan yang dimiliki datang dari Allah. Oleh itu, (seorang pemimpin) harus menyerahkan kesetiaannya kepada Tuhan yang satu. Dia (seorang pemimpin) akan gigih menegakkan apa yang benar dan akan menentang apa yang salah. Kekuatannya, perlindungan ke atas dirinya dan benteng ketahanan kepada diri datang dari Allah.
“Dia tidak perlu menawarkan sogokan atau imbuhan untuk mendapat sokongan yang belum terjamin berkembar dengan kesetiaan; begitu juga, dia tidak perlu melakukan ugutan atau ancaman untuk membina kekuatan diri, kerana kekuatan yang diperoleh secara demikian, teramat rapuh sifatnya,” titah baginda.
Malaysia telah menghasilkan cendekiawan yang unggul yang mengkaji tentang rasuah secara mendalam iaitu Syed Hussein Alatas, bekas Naib Canselor Universiti Malaya.
Baru-baru ini, saya terjumpa dengan sebuah artikel oleh Dr. Mohamed Rafick Khan yang berjudul "Pandemik vs Endemik" di mana beliau mengatakan bahawa beliau lebih prihatin bimbang tentang rasuah daripada pandemik Covid-19, kerana “rasuah sangat buruk sehingga terjadi pada setiap tahap masyarakat.”
Beliau berkata: “Sukar untuk memahami bahawa seseorang yang memberi salam, memuji Tuhan, dan sembahyang lima kali sehari tidak rasa bersalah terlibat dalam rasuah.
"Bagaimana seseorang menjelaskan ketika individu yang mempunyai kedudukan disabitkan dengan tuduhan rasuah masih dipuja-puja dan kini dilayan seperti selebriti?"
Adakah Dr. Rafick benar dalam hal ini?
Persoalannya apakah akan ada pemimpin UMNO yang akan bangkit untuk mengembalikan UMNO ke dekad penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujuran yang tidak dapat dipertikaikan yang mengiktiraf hakikat bahawa Malaysia adalah masyarakat majmuk mesti diajukan.
Apakah prinsip Rukun Negara kelima tentang “kesopanan dan kesusilaan” tidak mempunyai erti sama sekali sehingga kita mendapat Menteri yang secara terbuka menolaknya?
Adakah pemimpin UMNO akan menjawab persoalan ini?
Saya telah menyatakan sebelum ini bahawa skandal 1MDB tidak akan pernah berlaku di bawah pengawasan Tunku, Tun Razak atau Tun Hussein Onn. Beranikah mana-mana pemimpin dalam UMNO menyangkal kenyataan ini?
Bahawasanya Malaysia adalah masyarakat majmuk adalah kenyataan yang termaktub dalam Perlembagaan Merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia 1963, Rukun Negara 1970 dan Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991.
Namun hari ini, ada individu yang berada di puncak kuasa menganggap kenyataan yang menegakkan Malaysia sebagai masyarakat berbilang kaum, pelbagai bahasa, pelbagai agama dan budaya dan bahawa semua kaum dan kumpulan di negara ini harus diberi layan yang sama di bawah naungan Malaysia sebagai berbahaya dan subversif.
Adakah kita akan maju atau mundur ke belakang?
Mampukah Malaysia tetap menjadi negara hebat bertaraf dunia atau kita dikecam dengan takdir dan cemuhan kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal, yang akan ditewaskan oleh negara-negara lain dalam pelbagai bidang pencapaian manusia?