Rakyat Malaysia memerlukan konsensus nasional baharu enam dekad usaha pembinaan negara bangsa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia dan untuk bersedia memulihkan ekonomi negara selepas wabak Covid-19 reda

Kesenangan atau kepuasan bukanlah sesuatu yang saya rasakan selepas saya secara tepat meramalkan yang Malaysia akan mengatasi China dalam kes terkumpul positif Covid-19 atau meramalkan yang Malaysia akan merekodkan lebih 100,000 kes terkumpul positif Covid-19 menjelang perayaan Krismas esok kerana ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.

Dengan kadar purata 2,000 kes baru positif Covid-19 dicatatkan di Malaysia setiap hari, jumlah terkumpul kes wabak tersebut di negara ini berkemungkinan meningkat kepada 175,000, 230,000 dan 300,000 masing-masing pada Januari, Februari dan Mac.

Kadar ini jauh lebih rendah berbanding apa yang diramalkan Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Amerika Syarikat (IHME) baru-baru ini di mana agensi tersebut meramalkan akan berlaku peningkatan berterusan kes Covid-19 di Malaysia sehingga pertengahan Mac 2021, dengan lebih daripada 5,000 jangkitan setiap hari bermula dari 25 Februari 2021.

Model IHME meramalkan bahawa 2,987 kes Covid-19 akan direkodkan di Malaysia pada 1 Januari, meningkat kepada 4,176 kes pada 1 Februari, dan 5,130 kes pada 1 Mac. Trend ini diramalkan berterusan hingga 21 Mac dengan 5,379 jangkitan, dan menurun kepada 5,301 kes pada 1 April.

Menurut model IHME, jumlah kes Covid-19 yang terkumpul di Malaysia pada akhir bulan Mac adalah diramalkan sekitar 400,000 kes, yang mana akan menempatkan Malaysia dalam kelompok 30-40 negara teratas di dunia dengan jumlah kes terkumpul terbesar di dunia.

Mujurlah, unjuran model IHME itu tidak menjadi kenyataan, pun begitu rakyat Malaysia masih perlu sentiasa berwaspada.

Pada 1 Jun tahun ini, indeks “Jumlah kes per sejuta penduduk” di Malaysia adalah sebanyak 243. Hari ini, ia meningkat 12 kali lebih tinggi, iaitu 3,032 berbanding China, yang indeks “Jumlah kes per 1 juta penduduk” adalah 58 pada 1 Jun dan kini meningkat sedikit kepada 60.

Sebenarnya, Malaysia mempunyai indeks “Jumlah kes per sejuta penduduk” yang lebih tinggi daripada kebanyakan negara di Asia dan ASEAN, selain Singapura (9,959) dan Filipina (4,208). Di Asia, kita mempunyai indeks yang lebih tinggi daripada Jepun (1,608), Korea Selatan (1,025) dan Taiwan (33). Di Asean, kita bahkan lebih tinggi dari Indonesia (2,494). Indeks di negara-negara ASEAN lain adalah Thailand (82), Vietnam (15), Kemboja (22) dan Laos (6).

Negara dengan indeks “Jumlah kes per 1 juta penduduk” tertinggi adalah Luxembourg (71,667), Czech (60,298), Amerika Syarikat (56,990), Belgium (54,169), Georgia (53,914), Bahrain (52,518), Qatar (50,733 ) dan Panama (49,965).

Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin sekiranya benar dakwaan beliau bahawa Malaysia mendapatkan vaksin Pfixer Covid-19 dengan harga lebih murah berbanding Belgium. Pun begitu, berdasarkan jadual penghantaran bekalan vaksin pertama ke Malaysia, harapan untuk melihat kes Covid-19 di Malaysia menurun pada suku pertama atau suku kedua tahun depan adalah tidak menyakinkan.

Adalah sangat penting untuk kerajaan Muhyiddin akhirnya mengakui dan mengguna pakai strategi dan pendekatan "keseluruhan kerajaan" dan "keseluruhan masyarakat" dalam perang melawan pandemki Covid-19 di Malaysia.

Rakyat Malaysia memerlukan konsensus nasional baharu enam dekad usaha pembinaan negara bangsa untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia dan untuk bersedia memulihkan ekonomi negara selepas wabak Covid-19 reda.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri