Beranikah Khairy untuk mengatakan yang Malaysia berjaya memperolehi vaksin ini hanya pada harga 10 kali ganda yang lebih mahal berbanding dengan harga perolehan yang dibayar oleh Belgium? Atau pun lebih baik lagi, adakah Malaysia berjaya memperolehi vaksin ini pada suatu harga yang lebih rendah berbanding yang dibayar oleh Belgium?
Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengatakan bahawa salah untuk saya mendakwa yang Belgium membayar 20 kali ganda lebih murah untuk vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh Pfizer berbanding dengan harga yang dibayar oleh Malaysia.
Beranikah Khairy untuk mengatakan yang Malaysia berjaya memperolehi vaksin ini hanya pada harga 10 kali ganda yang lebih mahal berbanding dengan harga perolehan yang dibayar oleh Belgium? Atau pun lebih baik lagi, jika Malaysia berjaya memperolehi vaksin ini pada suatu harga yang lebih rendah berbanding yang dibayar oleh Belgium.
Pastinya, rakyat Malaysia berhak untuk mendapatkan maklumat seperti ini untuk membuat perbandingan, dan maklumat ini tidak sepatutnya terikat dengan perjanjian kerahsiaan yang dipersetujui oleh kerajaan dengan pengilang vaksin Covid-19 tersebut.
Pengiraan saya menunjukkan yang Malaysia membayar kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi, berdasarkan laporan akhbar yang bertarikh 7 November 2020 yang memetik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mengatakan yang kerajaan telah “memulakan rancangan yang bernilai RM3 bilion untuk mengedarkan vaksin kepada sejumlah 6.4 juta penduduk di negara kita, sesegera yang mungkin apabila vaksin ini dibuktikan sebagai selamat untuk digunakan seawal bulan Januari 2021”.
Kini, Khairy mengatakan yang peruntukan RM3 bilion ini adalah “anggaran keseluruhan untuk mendapatkan vaksinasi bagi 70 peratus” penduduk negara kita. Siapakah yang betul -- Khairy atau Muhyiddin?
Rakyat Malaysia telah dimaklumkan yang kumpulan pertama vaksin Covid-19 daripada Pfizer ini akan tiba ke negara kita menjelang Februari tahun hadapan dan bukannya “seawal Januari 2021”.
Mungkinkah tarikh ini dilewatkan lagi sehingga bulan Mac tahun hadapan?
Kerana inilah rakyat Malaysia mahu kerajaan untuk bersikap telus dan bertanggungjawab serta memberikan penjelasan mengenai tindakbalasnya terhadap wabak Covid-19 ini, bukan sahaja mengenai pelbagai jenis vaksin Covid-19 yang datang dengan pelbagai harga dan keselamatannya; dan rakyat Malaysia juga menuntut penjelasan mengenai kegagalan kerajaan Muhyiddin untuk menggunakan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19.
Jika terdapat satu pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19 ini, maka kita tidak akan berhadapan dengan insiden tragis seperti jangkitan Covid-19 di hospital awam seperti yang berlaku di Serdang dan Klang, yang menjangkiti para petugas barisan hadapan dan petugas kesihatan.
Angka terkini peningkatan harian kes Covid-19 adalah sebanyak 2,018 kes. Pada kadar ini, negara kita bakal melepasi paras 100,000 kes terkumpul menjelang hari Krismas jumaat ini, dan Malaysia bakal menjadi salah satu daripada 30 negara dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di seluruh dunia.
Kita berjaya dalam mengawal gelombang kedua wabak Covid-19 ini di Malaysia, yang telah disebabkan oleh Langkah Sheraton yang menumbangkan sebuah kerajaan yang diundi secara sah.
Kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional yang tidak mempunyai keabsahan telah cuba untuk merampas kuasa di Sabah, menyebabkan berlakunya Pilihan Raya Negeri Sabah yang memulakan gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 yang kemudiannya membawa kepada peningkatan mendadak kes dan kematian akibat wabak ini di Malaysia.
Mengapakah kerajaan masih enggan untuk melaksanakan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk mengawal gelombang ketiga wabak ini di Malaysia?