Rakyat Malaysia perlu melakukan yang terbaik dan menuntut satu strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan Covid-19 memandangkan negara kita bakal mengatasi kedudukan China dengan mencatatkan lebih banyak kes terkumpul Covid-19 menjelang hari ini atau esok
Rakyat Malaysia perlu melakukan yang terbaik dan menuntut satu strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19, memandangkan negara kita bakal mengatasi kedudukan China dengan mencatatkan lebih banyak kes terkumpul Covid-19 menjelang hari ini atau esok.
Negara kita melaporkan 1,371 kes baharu Covid-19 semalam, dan kita sedang sangat hampir untuk mengatasi kedudukan China dengan lebih banyak kes terkumpul Covid-19.
Dengan 84,846 kes, Malaysia masih berada di tempat ke-80 di seluruh dunia, manakala China dengan hampir 40 kali ganda jumlah penduduk berbanding dengan negara kita, berada di tempat ke-79 dengan 86,741 kes.
Malaysia bakal mengatasi kedudukan China hari ini jika peningkatan kes hari ini melebihi paras 1,895 kes, ataupun esok, hari Rabu, 16 Disember jika jumlah kes baharu lebih sedikit daripada angka ini.
Terdapat kemungkinan Malaysia mengatasi kedudukan China menjelang hari ini memandangkan peningkatan harian sebanyak 1,937 dan 2,234 kes pernah dicatatkan pada 12 dan 10 Disember.
Kejadian ini menjadi satu titik hitam kepada Kerajaan Muhyiddin dan sistem kesihatan awam di Malaysia, dan perkara ini seharusnya menjadi sebab untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil serius wabak Covid-19 ini.
Saya amat kecewa dengan ketiadaan sebarang petanda yang daripada Dewan Rakyat untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Covid-19 untuk mengadakan pendengaran awam dan berhubung dengan para pakar dalam negara untuk memenangi peperangan melawan wabak Covid-19 ini. Persoalannya kini adalah sama ada Dewan Negara, di bawah Presiden baharunya, Rais Yatim, boleh menunjukkan yang mereka lebih memahami keperluan, masalah, dan cabaran yang dihadapi oleh negara kita berbanding dengan Dewan Rakyat.