Khairuddin menunjukkan tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab apabila beliau hadir ke Parlimen untuk mengundi bagi meluluskan peruntukan Kementerian beliau tetapi bukan beliau menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa untuk Kementeriannya sendiri
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, menunjukkan sikap dan tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab terhadap Parlimen apabila beliau beliau tidak menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa untuk Kementerian beliau, sebaliknya hanya masuk ke dalam Dewan untuk mengundi bagi meluluskan peruntukan untuk Kementerian beliau apabila berlakunya belah bahagi.
Ini adalah tindakan yang paling tidak bertanggungjawab yang pernah dilakukan oleh seorang menteri dalam tempoh enam dekad sejarah Parlimen Malaysia, di mana seorang Menteri tidak berani untuk berhadapan dengan para Ahli-ahli Parlimen untuk menjawab kritikan mengenai kementeriannya sendiri, di mana menteri hanya hadir untuk mengundi semata-mata.
Ini adalah satu lagi bukti kakistokrasi yang ada dalam kerajaan di Malaysia.