Muhyiddin perlu berkongsi rancangan “exit plan” beliau dengan seluruh negara melalui siaran langsung memandangkan PKP akan dilonggarkan secara berperingkat
Seluruh dunia harus menerima hakikat yang kita semua perlu menempuh kehidupan harian bersama dengan Covid-19 untuk tempoh 12 ke 24 bulan yang akan sehinggalah satu vaksin yang berkesan dapat dibangunkan dan diberikan secara meluas kepada semua, kerana tidak ada negara yang mampu untuk menutup ekonominya selama setahun, apatah lagi dua tahun.
Untuk membolehkan aktiviti ekonomi bergerak semula, semua negara akan perlu melonggarkan sebarang perintah berkurung ataupun kawalan pergerakan mereka secara berperingkat dalam tempoh 12 ke 24 bulan mendatang dan cara pelonggaran ini akan berbeza mengikut negara masing-masing. Namun, semua negara juga perlu juga bersedia dengan kemungkinan untuk menguat-kuasakan kawalan pergerakan semula jika wabak ini mengancam kedatangan semula yang menggugatkan nyawa manusia.
Dalam 24 jam yang lepas, wabak Covid-19 ini telah membunuh lebih daripada 6,800 orang di seluruh dunia. 12 negara dengan empat atau tiga angka kematian dalam 24 jam yang lepas adalah seperti berikut:
- Amerika Syarikat 2,109 kematian
- United Kingdom 861 kematian
- Perancis 753 kematian
- Itali 525 kematian
- Sepanyol 503 kematian
- Belgium 417 kematian
- Jerman 248 kematian
- Kanada 181 kematian
- Belanda 181 kematian
- Brazil 167 kematian
- Sweden 130 kematian
- Turki 125 kematian
Jumlah kematian global kini berada di paras 145,539 nyawa. Lima negara dengan jumlah terkumpul kematian lima angka adalah Amerika Syarikat (34,552), Itali (22,170), Sepanyol (19,315), Perancis (17,926) dan United Kingdom (13,729).
Sepuluh negara yang telah melepasi paras 1, kematian pula adalah Iran (4,869), Belgium (4,857), Jerman (4,052), China (3,342), Belanda (3,315), Brazil (1,924), Turki (1,643), Sweden (1,333), Swiss (1,281) dan Kanada (1,191)
Saya telah menekankan berkali-kali sebelum ini, bahawa era pasca-Covid-19 ini adalah satu era yang belum pernah dilalui manusia sebelum ini, yang perlu kita lalui dan pelajari pengajaran sambil kita laluinya.
Sekarang bukanlah masanya untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi kita tidak boleh mengulangi kesilapan yang dilakukan di United Kingdom dan Amerika Syarikat, yang kini merupakan dua negara yang sedang menghadapi situasi terburuk dalam berhadapan dengan wabak ini. Walaupun kedua negara ini mempunyai tiga bulan untuk bersedia dalam menghadapi wabak ini.
Janganlah kita menjadi seperti UK, di mana sebuah akhbar terkemuka negara tersebut mencetak tajuk utamanya yang diterjemah kepada “Kerajaan UK tidak mempunyai sebarang rancangan keluar daripada perintah berkurung Covid-19, kata sumber”.
Kita tidak mahu situasi seperti di United Kingdom, di mana setiap menteri memikirkan rancangan keluar masing, dengan ketiadaan Perdana Menteri Boris Johnson yang masih sedang dalam fasa pemulihan setelah berada di unit rawatan rapi selama tiga hari kerana jangkitan Covid-19.
Cara United Kingdom telah dibandingkan secara tidak baik dengan kebanyakan negara Eropah yang lain, antaranya Denmark, Perancis, Jerman, dan Switzerland, yang semuanya telah mengumumkan rancangan pelonggaran kawalan pergerakan mereka.
Apakah yang boleh kita pelajari daripada Korea Selatan? Setakat akhir Februari, negara tersebut mempunyai jumlah kes positif tertinggi di luar China. Namun tanpa sebarang perintah berkurung, negara tersebut berjaya mengawal penularan wabak tersebut melalui ujian saringan berskala besar dan pejejakan kontak rapat secara teliti. Negara tersebut bertindak dengan penuh ketelusan.
Hari ini, Korea Selatan merekodkan 10,613 kews dengan 229 kematian dan dipuji dari segenap pelusuk dunia.
Dua hari yang lepas, Korea Selatan telah mengadakan pilihan raya pertama dalam era pasca-Covid-19 dan hampir 29 juta rakyat mereka telah keluar mengundi, 66% kadar keluar mengundi, yang merupakan rekod tertinggi dalam tempoh tiga dekad negara tersebut.
Korea Selatan berjaya menjadi contoh, bagaimana sebuah masyarakat yang demokratik boleh menghadapi wabak ini tanpa perlu membuat pilihan di antara menyelamatkan nyawa mereka dan menjalankan hak demokratik mereka.
Dengan petanda yang menunjukkan pendataran lengkungan jangkitan, adalah penting untuk kerajaan bersedia dengan rancangan keluar daripada PKP di negara kita.
Sudahkah kerajaan menjalankan perbincangan dan perundingan meluas dengan masyarakat sivil dan pelbagai sektor dalam negara mengenai strategi terbaik untuk pelonggaran PKP?
Berbagai Dewan Undang Negeri telahpun bersidang. Mengapa Parlimen Malaysia masih diperlemah dan diketepikan?
Parlimen perlu bersidang, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan untuknya bersidang sekurang-kurangnya setiap enam bulan, tetapi juga untuk membincangkan masalah wabak Covid-19 dan krisis berkembar ekonomi dan kesihatan awam yang dibawanya. Tanpa persidangan ini, Parlimen Malaysia telah digagalkan daripada menjalankan tanggungjawabnya kepada negara.
Malah, sidang khas Parlimen sepatutnya menjadi sebahagian utama daripada proses perancangan pelonggaran PKP di negara kita.
Saya seru Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk mengadakan satu siaran langsung bagi menjelaskan rancangan kerajaan dalam melonggarkan PKP secara berperingkat.