Pengiktirafan Dr Noor Hisham sebagai seorang daripada tiga doktor kesihatan awam terulung dalam pengendalian wabak Covid-19 oleh CGTN datang pada waktu yang sangat tepat memandangkan beliau adalah wira negara yang menyelamatkan kita semua semasa gelombang kedua wabak koronavirus sedang menular

Pengiktirafan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah oleh China Global TV Network (CGTN) sebagai seorang daripada tiga doktor kesihatan awam terulung dalam pengendalian wabak Covid-19 beliau adalah sangat bertepatan, memandangkan beliau adalah wira negara yang menyelamatkan kita semua semasa gelombang kedua penularan koronavirus.

Jika pihak berkuasa di Malaysia sentiasa bersikap bertanggungjawab dan berjaga-jaga, pasti kita semua akan dapat mengelakkan penularan gelombang kedua wabak ini.

Semasa gelombang pertama penularan wabak ini, kita berjaya mengekalkan kadar jangkitan rendah, pada paras 22 jangkitan tanpa sebarang kematian. Namun, gelombang kedua wabak ini mencapai paras baru hari ini dengan sejumlah 5,182 jangkitan, 2,766 kes yang telah pulih dan 84 kematian.

Tanpa penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Dr Noor Hisham dalam memerangi wabak Covid-19 ini, kadar jangkitan dan korban nyawa di negara kita mungkin kini akan berada di dalam satu situasi yang jauh lebih teruk.

Semasa PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac, hanya 17 negara mempunyai jumlah kes positif yang melebihi jumlah di Malaysia. Tetapi hari ini, 35 buah negara mempunyai jumlah kes positif yang lebih tinggi daripada kita.

Apa yang paling mengejutkan adalah Amerika Syarikat, yang kini mendahului dunia dengan mempunyai jumlah kes jangkitan tertinggi, melebihi 650,000 kes, hampir tiga kali ganda jumlah kes di negara di tempat kedua iaitu Sepanyol yang kini mempunyai 180,000 kes.

Semasa PKP dikuatkuasakan, Amerika Syarikat mempunyai kira-kira 13,000 kes dan 100 kematian.

Sebagai penghormatan kepada pengiktirafan ini, pihak kerajaan harus memastikan penyelesaian segera terhadap isu yang dibangkitkan beliau mengenai kekurangan alat pelindungan diri (PPE) yang kini makin berkurangan kerana peningkatan kadar permintaan.

Di New York malam semalam, para jururawat telah mengadakan majlis peringatan untuk mengenang pengorbanan rakan sekerja mereka, -- memandangkan bandar tersebut kini menjadi pusat penularan utama wabak ini -- dan juga untuk memberi amaran kepada semua yang mereka masih menjalankan tugas mereka tanpa alatan pelindungan yang penting.

Lebih daripada 10,000 orang telah meninggal dunia di New York akibat wabak koronavirus ini, dan dalam kalangan mereka adalah para doktor, jururawat dan petugas sokongan kesihatan. Yang bertungkus lumus menjalankan tugas mereka yang mendedahkan mereka terhadap virus ini setiap, dalam keadaan kekurangan alat pelindungan diri (PPE), yang juga meletakkan risiko yang tinggi kepada para pesakit lain yang dirawat mereka.

Marilah kita mempelajari pengajaran daripada wabak global ini dan memberikan keutamaan untuk memastikan para petugas barisan hadapan dalam negara kita mempunyai bekalan alat pelindungan diri yang mencukupi, ketika mereka mempertaruhkan nyawa mereka, dengan berjuang dalam peperangan melawan wabak koronavirus ini.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri