Muhyiddin perlu mengumumkan pakej penyelamatan kepada PKS dan golongan-golongan lain yang tidak dibantu melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Jumaat lepas dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kesihatan awam
Hari ini bermulanya pelanjutan dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April.
Walaupun penghujungnya masih tidak diketahui, statistik Covid-19 semasa PKP memberikan harapan memberansangkan bahawa jangkaan 6,300 kes seperti yang diramalkan oleh JP Morgan mungkin tidak akan tercapai.
Selain daripada 23 dan 26 Mac di mana jumlah kes disahkan merekodkan peningkatan harian 212 dan 235 kes, kebanyakan jumlah peningkatan harian kekal berada di bawah paras 200 kes sehari.
Kita juga mempunyai kadar penyembuhan yang agak baik, dengan 58 lagi pesakit Covid-19 dibenarkan pulang dari hospital dalam 24 jam yang lepas, membawa jumlah pemulihan kepada 537.
Satu kematian yang boleh dielakkan sekalipun adalah terlalu tinggi adalah tinggi untuk kita, namun penting untuk kita sedar yang kita berjaya mengekalkan kadar kematian akibat ini di paras yang rendah, walaupun ia telah meningkat sedikit ke paras 1.55%; 43 kematian daripada sejumlah 2,766 kes positif.
Kita perlu berusaha untuk mengekalkan kadar kematian akibat Covid-19 di bawah satu peratus, yang akan melihatkan kadar kematian keseluruhan kekal di bawah 100 kematian.
Jumlah kes disahkan global kini adalah 856,917 kes, dengan 42,107 kematian dan 117,141 pemulihan.
Satu lagi peristiwa suram yang direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lepas ialah jumlah kematian global yang kini melepas paras 40,000 kematian.
Data terkini penularan Covid-19 termasuklah dengan perkembangan terkini 24 jam yang lepas untuk 12 negara tertinggi, dan juga Malaysia adalah seperti berikut:
- AS: 187,347 kes, 3860 kematian (2%)
- Itali: 105,792 kes, 12,428 kematian (11.75%)
- Sepanyol: 95,923 kes, 8,464 kematian (8.8%)
- China: 81,518 kes, 3,305 kematian (4%)
- Jerman 71,808 kes, 775 kematian (1.1%)
- Perancis: 52,128 kes, 3,523 kematian (6.8%)
- Iran: 44,605 kes, 2,898 kematian (6.5%)
- UK: 25,150 kes, 1,789 kematian (7.1%)
- Switzerland 16,605 kes; 433 kematian (2.6%)
- Turki 13,531 kes, 214 kematian (1.6%)
- Belgium 12,775 kes, 705 kematian (5.5%)
- Belanda: 12,595 kes, 1,039 kematian (8.2)
- Malaysia 2,766 kes, 43 kematian (1.55%)
(sumber data: https://www.worldometers.info/coronavirus/)
Jika kita tidak berhadapan dengan sebarang peningkatan mendadak jangkitan baru Covid-19 dalam dua minggu yang akan datang ini, dan jika kita boleh mengekalkan kadar kematian berada di bawah paras satu peratus, Malaysia mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi peperangan melawan wabak ini.
Namun begitu, rakyat Malaysia harus menerima hakikat baharu kehidupan, yang peperangan ini adalah satu perkara yang akan memakan masa yang panjang dan berlarutan sehinggalah satu vaksin dapat dicipta, kerana pada bila-bila masa sahaja virus ini boleh menular semula.
Cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian berubah dengan kedatangan wabak ini, sehinggalah kita berjaya mencipta vaksin untuknya.
Dengan permulaan lanjut PKP harii ini, Muhyiddin patut mengumumkan satu pakej penyelamatan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan golongan-golongan lain yang mungkin tidak diberi bantuan dalam pakej ransangan ekonomi yang diumumkan Jumaat lepas, yang dirangka untuk berhadapan dengan PKP namun bukanlah dengan pelanjutannya, dan pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada pembiayaan kesihatan awam.
Saya telah menerima mesej berikut, yang menunjukkan bencana kewangan dan ekonomi yang dihadapi oleh PKS jika mereka tidak dibantu oleh kerajaan:
“If the lockdown continue until 30th April then I will be forced into early retirement by closing down my factory. Reason is I can't afford to pay salary, rental, instalment, loan and zero collection n etc etc
“January work 17 days
“Because of CNY
“February work 20 days
“March work 13 days
“Because of lockdown
“April 0 days
“If lockdown continue
“Pay 4 months salary
“Only 50 days productive
“Should I take out my savings and pay salary. I am already 57…\
“As I know a lot of SME is facing the same problem. My next door neighbor has 60 workers, 5 rented factories and some instalment paying machinery. He needs 300k every month. At 42 his 15 years of hard work is going to be wiped off if lockdown continues
“Msian normally give 60+ days credit. We haven't collected the dec, Jan, Feb bills and the lockdown start. Supposing we start work in May, do you think the client can pay? This may drag till June or July before the payment comes in. How many SME can withstand until July. If the gomen doesn't help us then we are finished
“Nobody is going to be spared. If your children have financial problem, are you going to help? so are your siblings…
”No matter how solid is your house, when your neighbor on fire you will also be burnt. When you throw a stone in the middle of the pond, eventually the ripple with reached you
“Hopefully the Government will create a Stimulus Package for SME. If not
“God Blessed Msia
“Amen”.
Satu pakej penyelamatan ekonomi untuk membantu PKS perlu menjadi keutamaan tertinggi untuk Muhyiddin dan Malaysia jika kita mahu melihat negara ini berjaya dalam menghadapi cabaran kesihatan awam dan ekonomi yang dibawa oleh Covid-19 bagi membolehkan kita melonjak semula ekonomi negara dalam era pasca-PKP.