Bebaskan semua tahanan di bawah Akta Hasutan kerana kerajaan Pakatan Harapan sememangnya telah berjanji untuk menghapuskan Akta tersebut menerusi Janji 27 dalam Manifesto Pilihanraya Umum ke-14
Pihak polis harus membebaskan semua tahanan di bawah Akta Hasutan kerana kerajaan Pakatan Harapan sememangnya telah berjanji untuk menghapuskan Akta tersebut menerusi Janji 27 dalam Manifesto Pilihanraya Umum ke-14.
Penahanan bekas ketua pemuda PSM Khalid Ismath dan individu-individu lain di bawah Akta Hasutan 1948 adalah satu perbuatan yang tidak boleh dipertahankan memandangkan ianya bertentangan dengan apa yang telah dijanjikan oleh Pakatan Harapan.
Tindakan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menyatakan rasa kedukacitaan baginda terhadap tindakan penahanan oleh pihak polis ini adalah satu tindakan yang amat terpuji.
Semua penjawat awam dan pihak polis seharusnya membiasakan diri mereka dengan manifesto PRU ke-14 Pakatan Harapan untuk memahami semangat, falsafah serta hala tuju kerajaan Pakatan Harapan sungguhpun undang-undang dan dasar-dasar negara masih belum lagi diubah supaya mereka mengambil tindakan yang bertentangan dengan manifesto kerajaan semasa dalam usaha membina sebuah Malaysia baru.