Syahredzan dan Ahmad Faiz telah dilantik untuk berurusan dengan pegawai Najib bagi mengaturkan sesi berdebat mengenai topik 'Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung' selepas Hari Raya ini

MalaysiaKini telah melaporkan yang mana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju dengan topik yang saya cadangkan, iaitu: "Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung".

Saya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perbincangan topik yang lain pada sesi debat ini. Namun begitu, tajuk utama debat ini mestilah kekal dan dimaklumkan sebagai "Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung" sama ada di tempat berlangsungnya debat ini ataupun di tempat lain.

Oleh itu, saya telah melantik Setiausaha Politik saya, Syahredzan Bin Johan dan Pegawai Perhubungan Parlimen saya, Ahmad Faiz Mustafa untuk berurusan dengan pegawai Najib mengenai tempat, waktu, dan butir-butiran yang lain berkenaan dengan perdebatan ini selepas Hari Raya.

Sementara itu, saya mengalu-alukan semua rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang pendapat atau komen mengenai topik ini untuk mengemelkan pandangan dan cadangan mereka kepada [email protected].

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri