Seruan kepada Peguam Negara Tommy Thomas untuk menyemak semula kertas kes dan menggugurkan rayuan silang pihak pendakwaan dalam mengembalikan hukuman penjara Haris Ibrahim atas tuduhan hasutan beliau supaya kes seperti Wan Ji tidak berulang lagi

Peguam Negara Tommy Thomas haruslah menyemak semula kertas kes dan menghentikan rayuan silang yang bertujuan untuk mengembalikan semula hukuman penjara ke atas Haris Ibrahim bagi memastikan kes ini tidak menjadi seperti kes Wan Ji.

Dalam Pilihanraya Umum ke-14, Pakatan Harapan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 bersama dengan beberapa undang-undang zalim yang lain. Selagi undang-undang tidak adil ini belum dimansuhkan, pihak Peguam Negara haruslah menyemak kembali semua kes-kes hasutan yang masih berjalan.

Rayuan Haris terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah menggantikan hukuman penjara 8 bulan beliau kepada denda sebanyak RM4,000 akan dibicarakan oleh Mahkamah Rayuan pada 26 Ogos ini.

Lim Kit Siang Ahli Parlimen Iskandar Puteri