Skandal RM50 bilion 1MDB adalah sama banyak belanjawan negeri Kelantan untuk 100 tahun

Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memberitahu saya bahawa belanjawan tahunan negeri Kelantan ialah sekitar RM500 juta setahun.

Ini bermakna bahawa skandal RM50 bilion 1MDB adalah sama banyaknya dengan belanjawan negeri Kelantan selama 100 tahun – suatu inidikasi terhadap betapa besarnya magnitud skandal kewangan negara yang pertama bertaraf global, dan kenapa sangat penting supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan seharusnya memikul tanggungjawab penuh ke atas tragedi petadbiran awam yang paling teruk sepanjang enam dekad sejarah negara.

Skandal global 1MDB akan menjadi isu utama di pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, yang tarikh penamaan calonnya telah ditetapkan pada 5 June dan hari mengundi pada 18 Jun.

PAS telah bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat di kedua-dua kawasan dalam PRU ke-13 pada bulan Mei 2013, dengan calon PAS tewas sebanyak 399 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.

Calon-calon PAS dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat lebih banyak undi di kedua-dua kawasan berbanding tahun 2013, kerana undi yang akan mereka perolehi akan berkurang, kerana PAS telah mengesampingkan segmen pengundi yang signifikan di kedua-dua kawasan dan sudah bukan lagi parti komponen Pakatan Rakyat.

Keputusan PRU ke-13 bukanlah indikator yang boleh dipercayai untuk mengukur trend mengundi bagi calon-calon PAS di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kerana cerminan yang lebih tepat ialah PRU tahun 2004.

Pada pilihanraya umum 2004, calon PAS di Sungai Besar tewas dengan majoriti 7,349 undi, dan mendapat hanya 33.1% daripada jumlah undi.

Di Kuala Kangsar pada PRU tahun 2004, calon PAS tewas dengan majoriti 5,557 undi dan hanya mendapat 32.9% daripada jumlah undi.

Statistik PRU 2004 ini adalah lebih relevan berbanding angka bagi tahun-tahun 2008 dan 2013, yang harus diambil kira sekiranya objektif utama ialah untuk mempertimbangkan apakah cara terbaik untuk menang di kedua-dua pilihanraya kecil ini bagi memberi tekanan hebat kepada Najib, dengan skandal mega 1MDB sebagai tema utama di kedua-dua pilihanraya kecil.

Memandangkan Majlis Presiden Pakatan Harapan perlu membuat keputusan akhir untuk kedua-dua pilihanraya kecil, marilah kita nantikan keputusannya.

Lim Kit Siang DAP Parliamentary Leader & MP for Gelang Patah