Najib wajar diberi tempoh 48 jam lagi untuk menyatakan pendirian Ahli-ahli Parlimen Umno/BN terhadap usul persendirian Haji Hadi bagi pelaksanaan hudud di Kelantan
Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Liow Tiong Lai nampaknya sedikit goncang semalam sehinggakan meminta semua pihak supaya memberi masa tambahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyatakan pendirian kerajaan terhadap usul persendirian Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.
Apa yang jelas ialah Liow sudah tidak lagi mempunyai keyakinan seperti enam hari lalu apabila beliau kononnya membocorkan kepada media bahawa Najib akan mengumumkan pendirian Umno/BN tentang usul persendirian Hadi Jumaat lalu – enam hari telah berlalu, dan Najib masih bergelut tanpa sebarang tanda akan membuka mulut tentang isu ini.
Sepanjang minggu lalu, rakyat Malaysia diberitahu bahawa 13 parti komponen Barisan Nasional Khamis lalu serta Kabinet keesokan harinya telah mencapai kata sepakat untuk membantah usul persendirian berkenaan pelaksanaan hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tidak sesuai dengan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, dan boleh membawa kesan buruk kepada ekonomi, pelaburan asing dan pembangunan negara.
Kenapakah keyakinan yang ditunjukkan oleh Presiden-presiden dan pimpinan parti MCA dan Gerakan bahawa kononnya Najib akan menyatakan pendirian Umno/BN membantah usul Hadi, secara tiba-tiba lenyap sepanjang minggu lalu?
Why have the confidence expressed by the MCA and Gerakan Presidents and leaders that Najib would come out with a statement declaring UMNO/BN opposition to Hadi’s private member’s bill suddenly evaporated in the past week?
Malah, kegagalan Najib untuk mengumumkan bantahan Umno/BN kepada usul persendirian Hadi secara sendirinya merupakan anjakan besar terhadap dasar-dasar utama pembinaan negara yang telah dibentuk olah tiga Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein, serta Barisan Nasional dan sebelumnya, Perikatan tanpa sebarang dolak-dalih.
Malah kelima-lima Perdana Menteri terdahulu, Tunku, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah ketika menjadi Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk menyatakan bahawa hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai bagi sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.
Sekiranya Najib tidak bersedia untuk menyatakan sesuatu yang lima Perdana Menteri terdahulu boleh nyatakan tanpa teragak-agak, ini bermakna Umno/BN di bawah kelolaan Najib telah menyimpang daripada dasar Umno/BN sebelum ini.
Najib wajar diberi tempoh 48 jam lagi untuk menyatakan pendirian Ahli-ahli Parlimen Umno/BN terhadap usul persendirian Haji Hadi bagi pelaksanaan hudud di Kelantan. Dan sekiranya beliau masih bergelut meski tujuh hari telah berlalu dan tidak mampu menyatakan pendirian jelas bahawa Umno/BN membantah usul Hadi, maka satu senario politik baru akan muncul.
Inilah senario politik baru pasca-Barisan dan pasca-Pakatan Rakyat, memandangkan kedua-dua koalisi telah terjejas teruk akibat para konspirator UG Umno yang telah menjadikan hudud sebagai umpan untuk menggugat, memecah-belah dan menghancurkan Pakatan Rakyat.
Persoalannya ialah sama ada Ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah sempadan politik serta sempadan Laut China Selatan bersedia untuk menyatakan pendirian ‘Selamatkan Malaysia’ bagi mempertahankan Perlembagaan dan bersatu dalam koalisi baru – melangkaui BN mahupun Pakatan Rakyat.
Sekiranya wujud angka yang mencukupi bagi pakatan baru ini yang melebihi majoriti mudah 222 kerusi Parlimen, maka akan wujud sebuah pakatan kerajaan baru dengan seorang Perdana Menteri yang baru.
Siapa yang akan jadi Perdana Menteri? Jelas sekali, Najib tidak akan jadi Perdana Menteri. Perdana Menteri baru boleh datang dari Semenanjung, Sarawak atau Sabah – boleh jadi lelaki atau wanita.