Sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Chempaka pada 10 Mac nanti, Najib harus mengumumkan bahawa Umno tidak akan bertanding di pilihanraya kecil Permatang Pauh sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bergelar Ahli Parlimen; bagi menunjukkan komitmennya mendukung perpaduan Malaysia dan bukan sekadar perpaduan Melayu

Apabila Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada hari Rabu lalu bahawa Umno tidak akan bertanding di pilihanraya kecil DUN Chempaka yang bakal diadakan ekoran kematian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, beliau memberi alasan bahawa ini dilakukan demi perpaduan Melayu.

Saya telah memberi respon melalui empat tweet, iaitu:

  • Expected in my pre-Cabinet Open Letter yesterday;
  • Should announce same to show bona fide! http://goo.gl/2dnOqx No decision on Permatang Pauh yet, says Najib (MMO)
  • UMNO decision to stay out of Chempaka welcome but it should herald a virtuous cycle of national unity/reconciliation;
  • Make it national unity, not just Muslim unity, Kit Siang tells Umno (MMO).

Pengumuman Najib tidak memeranjatkan sesiapa pun kerana ia memang sudah dijangka di saat permainan kuasa oleh Umno dan komplot oleh beberapa pemimpin Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan mempromosikan idea Kerajaan Perpaduan (Unity Government, UG) antara Umno dan PAS.

Malah, ketika Majlis Tertinggi Barisan Nasional bermesyuarat pada 13 Februari, dalam tempoh 24 jam selepas kematian Nik Aziz, kita sudah maklum bahawa Umno tidak akan menyertai PRK Chempaka, dan tujuan utama mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi BN itu ialah supaya Najib boleh memaklumkan pimpinan parti komponen BN tentang kemungkinan tersebut.

Inilah juga sebabnya kenapa saya meramalkan bahawa Umno tidak akan menyertai PRK Chempaka dalam surat terbuka pra-Kabinet ketiha saya, yang ditujukan kepada presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, sebelum mesyuarat Kabinet pada 25 Februari 2015, bertanyakan sama ada mereka akan memaklumkan kepada Kabinet tentang peletakan jawatan mereka secara serta-merta apabila ADUN Umno Kelantan menyokong rang undang-undang hudud PAS dalam persidangan DUn Kelantan Mac hadapan.

Amat jelas sekali bahawa keputusan Umno untuk tidak menyertai PRK Chempaka adalah sebahagian daripada strategi politik Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat, dan tidak ada kena mengena dengan kerja-kerja pasca banjir di Kelantan.

Malang sekali selepas 58 tahun Merdeka, Perdana Menteri yang memulakan pentadbirannya dengan dasar 1Malaysia, telah kembali bercakap tentang perpaduan Melayu, berbanding perpaduan Malaysia.

Meskipun Najib telah mengumumkan banyak inistiatif seperti dasar 1Malaysia dan Golbal Movement of Moderats, Malaysia nampaknya tidak pernah sebegitu berpecahbelah, bermasalah dan mempunyai masa depan yang begitu kelam, dengan suara-suara ekstremis, fanatik dan tidak toleran membangkitkan kebencian kaum dan agama serta konflik, dibiarkan tanpa dipantau.

Inilah masanya untuk politik inklusif yang mendakap kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan individu; bukannya politik eksklufis yang akan melebarkan jurang antara rakyat Malaysia, membentuk unit-unit yang lebih kecil dari segi kaum, agama atau apa sahaja.

Malaysia harus bermula semula - dan langkah Umno/BN menjauhi PRK Chempaka boleh menjadi permulaan yang baik sekiranya ia menjadi langkah pertama dalam perjalanan jauh untuk menyemai perpaduan Malaysia, dan bukan sahaja perpaduan Melayu.

Adakah Najib Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia atau sekadar Perdana Menteri untuk Melayu Umno yang sedang menggoda Melayu PAS untuk menyertai mereka dalam UG menentang Pakatan Rakyat?

DAP akan memberi sokongan penuh kepada Najib dalam sebarang usaha untuk menjayakan perpaduan dan rekonsiliasi nasional dengan mengembangkan politik inklusif kepada semua rakyat Malaysia bagi menggantikan politik eksklusif lama, yang berdasarkan pandangan sempit melalui garis perkauman, agama dan kumpulan sosio ekonomi tertentu.

Atas sebab ini saya menyeru supaya sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Chempaka pada 10 Mac berlangsung, Najib harus mengumumkan bahawa Umno tidak akan bertanding di pilihanraya kecil Permatang Pauh sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi bergelar Ahli Parlimen; bagi menunjukkan komitmennya mendukung perpaduan Malaysia dan bukan sekadar perpaduan Melayu.

Sidang Parlimen baru bagi tahun 2015 akan dibuka secara rasmi oleh Yang di Pertuan Agong pada hari Isnin 9 Mac. Walaupun Anwar telah memulakan pemenjaraan keempat dalam hidupnya di penjara Sungai Buloh, beliau masih lagi Ketua Pembangkan dan Ahli Parlimen Permatang Pauh sehinggalah keputusan permohonan ampunnya diketahui.

Dalam keadaan ini, Najib seharusnya memastikan Anwar dapat menghadiri pembukaan rasmi Parlimen pada 9 Mac.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah