Mudah betul rupanya untuk memerangkap pimpinan MCA dan Gerakan supaya mengaku bahawa mereka sememangnya tunduk patuh kepada Umno dengan memberi persetujuan ‘black cheque’ kepada ADUN Umno Kelantan untuk menyokong pelaksanaan hudud oleh kerajaan PAS Kelantan dalam sidang DUN bulan hadapan
Mudah betul rupanya untuk memerangkap pimpinan MCA dan Gerakan supaya mengaku bahawa mereka sememangnya tunduk patuh kepada Umno dengan memberi persetujuan ‘black cheque’ kepada ADUN Umno Kelantan untuk menyokong pelaksanaan hudud oleh kerajaan PAS Kelantan dalam sidang DUN bulan hadapan, walaupun ini menyimpang daripada prinsip asas penubuhan parti mereka dan komitmen para pengasasnya.
Namun terlebih dahulu, izinkan saya menyatakan rasa geli hati saya terhadap respon pimpinan MCA dan Gerakan terjadap surat terbuka pra-Kabinet saya yang ditujukan kepada presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, bertanyakan sama ada mereka akan memaklumkan Kabinet mengenai peletakan jawatan mereka secara serta merta apabila ADUN Umno Kelantan menyatakan sokongan kepada rang undang-undang hudud kerajaan negeri PAS Kelantan bulan hadapan.
Tanpa sebarang rasa segan silu, salah seorang pemimpin nasional MCA menyuruh saya supaya menunjukkan keberanian dan mencontohi mendiang Karpal Singh.
Tiada pula yang mahu mencontohi bekas presiden mahupun presiden MCA dan Gerakan sekarang?
Ini amat menyedihkan. Belum pun meninggal dunia, presiden-presiden MCA dan Gerakan sudah tidak lagi menjadi ikutan pimpinan MCA dan Gerakan generasi kini, dan tidak ada sesiapa dari kalangan pimpinan MCA mahupun Gerakan yang ingin meminta sesuapa mencontohi mana-mana seorang daripada bekas presiden MCA mahupun Gerakan, tidak kiralah Liow Tiong Lai, Dr Chua Soi Lek, Dr Ling Liong Sik, Tan Koon Swan atau Dr Koh Tsu koon dan Mah Siew Keong.
Ini sangat berbeza dengan DAP, kerana mendiang Karpal Singh terus menjadi simbol dan standard ukuran bagi kesemua pemimpin DAP – dan sebab kenapa DAP terus boleh berdiri megah di tengah arena politik Malaysia walaupun setelah lima dekad berhadapan cabaran dan tribulasi, kerana pimpinan DAP semuanya sama, seperti Karpal, dalam dedikasi dan kesetiaan kami terhadap komitmen dan prinsip politik.
Sebelum ini saya ada menawarkan kelas tuisyen percuma kepada menteri dan pemimpin MCA serta Gerakan di ibu pejabat parti mereka sendiri, sekiranya mereka mempunyai masalah utnuk memahami kesan terhadap politik dan perlembagaan apabila ADUN Umno Kelantan menyokong pelaksanaan hudud PAS dalam sidang DUN Kelantan bulan hadapan.
Saya kini bersedia untuk memberi tuisyen percuma kedua kepada menteri MCA dan Gerakan mengenai makna keteguhan dan istiqamah terhadap prinsip dan maksud politik, menggunakan katalog bekas-bekas presiden MCA dan Gerakan untuk dijadikan contoh.
Mari kita sekarang memberi tumpuan kepada isu semasa.
Selepas Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia pada hari Khamis 12 Februari 2015 (dua hari selepas hukuman lima tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita diberitahu bahawa para konspirator dan strategis kerajaan perpaduan Umno telah menyangkakan itulah peluang keemasan untuk memperbaiki dan melancarkan semula komplot jahat Umno bagi menggugat, memecahbelah dan menghancurkan Pakatan Rakyat dengan memburukkan lagi retak antara parti-parti Pakatan Rakyat.
Petanda bahawa strategis Umno sudah memulakan aktiviti jahat mereka ada di mana-mana: Mesyuarat dua jam Majlis Tertinggi Barisan Nasional (yang sudah lama tidak diadakan) pada hari Jumaat, dalam tempoh 24 jam selepas kematian Tok Guru Nik Aziz pada malam Khamis 12 Februari, di mana disyaki Najib telah menimbulkan kemungkinan besar bahawa Umno tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Chempaka ekoran kematian Nik Aziz, sambil memberikan tumpuan terhadap PRK Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun; dan Banyaknya ucapan dan kenyataan oleh MCa dan Gerakan di semua peringkat selepas mesyuat Majlis Tertinggi Barisan Nasional itu, cuba memaksakan isu ke atas DAP berkenaan persidangan DUN Kelantan pada bulan Mac untuk melaksanakan hudud. Jelas sekali pemimpin MCA dan Gerakan serta juak-juak mereka sedang merencana perang publisiti selama tiga minggu ke atas DAP, dan kemuncaknya nanti ialah sidang DUN Kelantan pada 18 Mac nanti.
Sememangnya komplot Umno/MCA/Gerakan itu ternyata rumit, jahat dan mendalam, jenuh pemimpin DAP berfikir bagaimana hendak mendedahkan dan menggagalkan komplot itu.
Objektif utama komplot ini ialah untuk mencipta perbalahan di pihak Pakatan Rakyat berkenaan isu hudud dan meneruskan rencana UG antara Umno dan PAS yang sudah lama tertangguh, serta membolehkan MCA dan Gerakan mendapatkan kelebihan politik dan ruang bernafas setelah kekalahan besar mereka pasca PRU ke-13 dengan menyebarkan pembohongan kononnya DAP benar-benar tidak jujur dan tidak berprinsip dan sanggup menggadaikan prinsip dan pendirian politiknya demi ‘sebelanga emas’.
Komplot jahat Umno-MCA-Gerakan ini mempunyai tiga objektif – pertama, untuk Umno menjanjikan sokongan daripada ADUN Umno Kelantan kepada kerajaan negeri PAS Kelantan dalam sidang DUN akan datang terhadap pelaksanaan hudud; kedua, bagi MCA dan Gerakan menyerang selama tiga minggu ke atas DAP kerana telah ‘mengkhianati hak orang bukan-Melayu dan bukan-Islam’ dengan menyokong pelaksanaan hudud oleh kerajaan negeri PAS Kelantan.
Objektif ketiga mereka iala supaya semua orang terlepas pandang bahawa walaupun MCA dan Gerakan tidak mempunyai wakil rakyat di Kelantan, buat pertama kali dalam sejarah MCA dan Gerakan, mereka telah memberi lampu hijau kepada ADUN Umno Kelantan untuk menyokong pelaksanaan hudud PAS di DUN Kelantan – yang mana bekas presiden MCA seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin malah Tan Sri Lee San Choon dan bekas presiden Gerakan seperti Tun Dr Lim Chong Eu dan Tun Dr Lim Keng Yaik tidak akan pernah bersetuju.
Masalah terbesar yang dihadapi oleh pemimpin DAP adalah bagaimana untuk membuat pimpinan MCA dan Gerakan mengaku bahawa mereka telah menyimpang daripada prinsip asas MCA dan Gerakan dengan memberi lampu hijau kepada ADUN Umno Kelantan untuk menyokong undang-undang hudud dalam sidang DUN bulan hadapan.
Surat terbuka pra-Kabinet kepada Liow dan Mah telah berjaya melakukannya, kerana dalam respon MCA dan Gerakan, mereka langsung tidak menimbulkan isu mengenai ADUN Umno Kelantan menyokong pelaksanaan hudud dalam sidang bulan hadapan.
Setelah hal ini jelas kini, tibalah giliran Liow dan Mah untuk menjelaskan kenapa mereka dengan begitu mudah menyimpang dari prinsip dan komitment pengasas parti mereka supaya Malaysia sentiasa menjadi sebuah negara yang sekular dan demokratik, dan bersetuju membenarkan ADUN Umno Kelantan menyokong pelaksanaan hudud PAS dalam sidang DUN Kelantan bulan hadapan.