Najib tidak boleh terus berdiam diri terhadap kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mengaitkan perbelanjaannya, termasuk pembelian berjuta-juta dolar barang kemas isterinya, dengan harta warisan yang beliau perolehi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh kekal berdiam diri dengan kontroversi yang sedang beredar di dalam dan luar negara sejak laporan New York Times bertarikh 9 Februari 2015 memetik kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang mengaitkan perbelanjaannya, termasuk pembelian berjuta-juta dolar barang kemas isterinya, dengan harta warisan yang beliau perolehi.
Kenyataan PMO kepada New York Times berkata bahawa wang yang dibelanjakan ketika melancong, membeli barang kemas, mahupun isi mana-mana peti simpanan seperti yang ada didakwa bukanlah sesuatu yang janggal bagi kedudukan, tanggungjawab dan aset warisan keluarga Perdana Menteri. (“Neither any money spent on travel, nor any jewellery purchases, nor the alleged contents of any safes are unusual for a person of the prime minister’s position, responsibilities and legacy family assets.”)
Dua minggu selepas laporan New York Times, empat orang saudara kepada Perdana Menteri telah menyatakan keresahan mereka berkenaan laporan berita yang mengaitkan harta warisan yang disebut sebagai daripada ayahanda mereka Tun Razak Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia.
Dalam kenyataan peribadi yang jarang-jarang dibuat, empat orang adik Najib; Johari, Nizam, Nazim dan Nazir menyatakan kebimbangan bahawa nama arwah ayahanda mereka, yang dikenali dengan sifat berjimat cermat, mungkin tercemar akibat cakap-cakap mengenai harta warisan keluarga itu.
Mereka berkata bahawa mereka amat bimbang jika beberapa laporan berita akhir-akhir ini membangkitkan spekulasi terhadap sifat dan banyaknya harta peninggalan ayahanda mereka, Abdul Razak. (“We are extremely concerned that some recent news articles and postings have given rise to speculation as to the nature and extent of the inheritance that our late father, Abdul Razak, had left behind.”)
Mereka menyatakan untuk rekod bahawa Abdul Razak merupakan seorang yang sangat berprinsip, diketahui oleh mereka yang mengenalinya sebagai seorang yang cermat dan berintegriti tinggi, dan sebarang kenyataan atau andaian yang bertentangan adalah palsu sama sekali dan boleh menimbulkan kekeliruan terhadap kenangan, khidmat dan pengorbanannya kepada negara. (“We wish to put on record that Abdul Razak was a highly-principled man, well known to all who knew him for his frugality and utmost integrity and any statement or inference to the contrary would be totally false and misleading to his memory and to his service and sacrifices for the nation.”)
Mereka turut tidak bersetuju dengan sesiapa yang mahu mencemarkan kenangan beliau, apa sahaja tujuannya; dan menambah bahawa seluruh anggota keluarga bersetuju secara sebulat suara dalam isu ini. (“We take issue with anyone who taints his memory, whatever the motive. We would also like to add that our whole family is united on this issue.”)
Saya boleh menjamin bahawa Tun Razak dikenali dengan sifat cermatnya dan integriti yang amat tinggi, kerana tidak pernah saya membangkitkan sebarang isu yang menimbulkan ragu terhadap integritinya, sepanjang saya berada di Parlimen antara 1971 hingga 1976 ketika Razak merupakan Perdana Menteri.
Memandangkan reputasi kedua-dua Perdana Menteri – ayah dan anak – berada dalam bahaya, Najib harus menjawab kontroversi yang menular sejak laporan New York Times pada 9 Februari itu secara mudah dan terus terang, dan tidak menunggu sehingga hal tersebut diburu oleh para Ahli Parlimen apabila Dewan mula bersidang pada 9 Mac.
Atau adakah Najib sedang bersedia untuk membuat kenyataan menteri mengenai perkara itu pada hari pertama perbahasan di Parlimen pada 10 Mac nanti?