Lima isu utama dalam PRK Permatang Pauh pada 7 Mei
Pilihanraya kecil Permatang Pauh mempunyai lima isu utama, bukan sahaja untuk para pengundi di kawasan tersebut, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, iaitu:
- Sebagai pungutan suara yang jelas dan tanpa sangsi, bukan sahaja bagi pihak rakyat Permatang Pauh tetapi juga 30 juta rakyat Malaysia, menentang penganiayaan berterusan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipenjarakan buat kali kedua dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; justeru menjadi seruan lantang dan tegas supaya Anwar segera dibebaskan dari penjara.
- Menolak pelaksanaan cukai GST sejak 1 April yang menindas serta membebankan orang ramai serta menuntut supaya cukai enam peratus itu dimansuhkan.
- Mengetuai negara mendesak ketelusan segera serta akauntabiliti ke atas ibu kepada segala skandal kewangan di Malaysia, skandal 1MDB yang bernilai RM42 bilion. Ketika para pengundi membuang undi mereka pada 7 Mei nanti, sudah lebih dua bulan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa kira-kira 1MDB. Pengundi Permatang Pauh mestilah mengundi demi mendesak supaya Ketua Audit Negara membentangkan laporannya mengenai skandal 1MDB itu kepada Parlimen apabila ia bersidang pada 18 Mei - atau sekurang-kurangnya supaya satu laporan interim dapat dikeluarkan.
- Mengundi untuk mengecam penindasan di negara ini, bukan sahaja penggubalan undang-undang yang tidak demokratik seperti pindaan terhadap Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) tetapi juga sikap double standard, penindasan dan gangguan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis NGO terutamanya dalam contoh yang dapat dilihat melalui tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bertwitter ria.
- Untuk ‘Selamatkan Malaysia’ dengan memberikan undi yang jelas dan tegas terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan 1Malaysianya, yang berkesudahan dengan polarisasi kaum dan agama yang paling buruk sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.