Najib perlu jelaskan pendirian – sama ada beliau seorang moderat atau ekstremis, sama ada beliau perjuangkan atau menentang 1Malaysia
Pada 5 Mei 2014, ulang tahun pertama PRU 13, rakyat Malaysia kecewa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang setahun gagal dengan polisinya. Beliau juga gagal mengatasi isu hudud yang digunakan untuk memecah belahkan Pakatan rakyat.
Keesokan harinya, permulaan tahun kedua pemerintahan Najib dimulakan dengan gambaran ancaman bahawa Malaysia menuju zaman gelap yang mana slogan-slogan besar seperti 1Malaysia, Program Demokrasi dan Transformasi Nombor Satu Dunia akan diganti dengan undang-undang drakonian yang tidak demokratik, menindas, dan tidak adil.
Pada sebelah pagi, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan hasutan ekoran video "Onederful Malaysia" yang diterbitkan pada Tahun Baru Cina. Video dengan durasi 11 minit yanfg mengkritik segala macam kegagalan polisi kerajaan.
Sangat ironi apabila satu daripada lima kritikan Teresa Kok yang menyentuh tentang tahap keselamatan di bahagian Timur Sabah, khususnya selepas penculikan pelancong Taiwan di sebuah pulau di Semporna November tahun lepas, dalam video itu dituduh sebagai hasutan - dan pada pagi sama berita melaporkan satu lagi penculikan yang melibatkan warga China di pulau berhampiran Lahad Datu sekitar 2.45 pagi!
Teresa menyatakan kebenaran, tetapi ia dianggap hasutan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Najib yang telah lupa janjinya untuk hapuskan Akta Hasutan yang merupakan undang-undang drakonaian yang digubal kolonial.
Pendakwaan Teresa atas akta hasutan merupakan amaran pemerintahan Najib terhadap suara-suara yang mengkritik, sama ada Pakatan Rakyat, masyarakat umum mahupun orang awam bahawa mereka boleh didakwa di bawah akta hasutan bukan kerana berbohong atau mencetuskan kebencian tapi kerana mengkritik kelemahan dan kegagalan kerajaan Barisan Nasional.
Ironi kepada semua ironi ini, kelmarin menyaksikan penyataan yang paling menghasut - seperti mana yang diterbitkan di bawah tajuk media berikut:
- Isma: Chinese migration into Tanah Melayu ‘a mistake” which must be rectified (MMO)
- Chinese are intruders who bully Malays, says Isma (Malaysiakini)
- Chinese brought to Tanah Melayu are ‘trepassers’, says Muslim group (TMI)
- If Christians continue to grow, they will outnumber us by 2100, says Muslim group (TMI)
- Undercover Christian priests here as football coaches, Muslim NGOs tell foum (TMI)
- Books warning Muslims about ‘Christian agenda’ distributed at Allah forum in university
- Gospels are ‘fake’ as Jesus was ‘human slave to Allah’, don claims (MMO)
- NGO warns of Christian Malays posting as Muslims
Tidak pernah sebelum ini setelah lebih empat dekad, kemajmukan dan kepelbagaian agama rakyat Malaysia diperlekeh dengan kebencian dan perkauman yang begitu tidak bertanggungjawab, yang mengancam negara untuk terhumban ke zaman gelap yang baru.
Kekebalan penyebar kebencian ini dari undang-undang di sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama sangat mengejutkan. Ia bertentangan dengan polisi 1Malaysia dan Gerakan Moderat Global yang dilancarkan beliau sebagai Perdana Menteri.
Kenapa Najib membiarkan tindakan menyebar kebencian, fitnah dan pembohongan terus memecahbelahkan negara?
Ia menunjukkan ada dua gerakan di bawah pemerintahan Najib. Pertama, Gerakan Moderat Global yang baik untuk imej negara di peringkat kebangsaan, tapi malangnya ia tidak banyak beri kesan atau perkembangan yang ketara. Kedua, Gerakan Ekstremis Kaum dan Agama yang diberi kebebasan penuh untuk menyebarkan kebencian, hasutan dan mencabar integriti perpaduan rakyat Malaysia.
Najib perlu jelaskan pendirian - sama ada beliau seorang moderat atau ekstremis, sama ada beliau perjuangkan atau menentang 1Malaysia.