Saya sepenuhnya setuju dengan cadangan pembentukan RCI berkenaan rusuhan 13 Mei 1969
Kelmarin, saya menyeru agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja berkenaan Peristiwa Memali yang terjadi 29 tahun lalu, khususnya kerana pihak yang terlibat ketika itu masih hidup, antaranya bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir; bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam; bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar; bekas Pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Mohd Amin bin Osman; Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Rais Yatim; Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad; Setiausaha Agung Umno ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid; OCPD Baling sewaktu kejadian Memali, Tunku Muszaffar Shah; dan pengikut Ibrahim Libya yang kini menjadi Senator dari Baling, Kedah, Muhammad Yusof Husin. Mereka boleh tampil memberikan kesaksian tentang tragedi yang telah meragut 18 nyawa, termasuk empat anggota polis.
Saya melontarkan seruan itu berikutan pendedahan oleh Musa dalam sebuah forum awam yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bahru empat malam lalu bahawa Mahathir berada di Malaysia sewaktu peristiwa berdarah di Memali tercetus pada 19 November 1985 apabila pihak polis membunuh Ibrahim Libya dan pengikut beliau dalam pertembungan yang mengorbankan 18 nyawa, termasuk empat orang anggota polis.
Pendedahan Musa itu mengejutkan kerana selama hampir tiga puluh tahun kita diberitahu dan percaya bahawa Musa yang bertanggungjawab ke atas operasi berkenaan sebagai Menteri Dalam Negeri pada tahun 1985, kerana Mahathir sedang dalam lawatan ke China ketika itu.
Kata Musa di Kota Bahru: “Malah, dua-tiga hari selepas peristiwa itu (Memali) beliau masih berada di KL.”
Saya percaya Musa berkata benar dalam dakwaannya bahawa Mahathir masih berada dalam negara ketika peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, tetapi dakwaan beliau bahawa Mahathir masih berada di KL “dua-tiga hari selepas” peristiwa Memali itu tidak tepat.
Justeru itu RCI perlu dibentuk untuk mengesahkan sama ada Mahathir bertanggungjawab atas operasi yang menghasilkan Tragedi Memali dan bukannya Musa, selain untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan:
- Sama ada tragedi Memali itu benar-benar tidak dapat dielakkan dan tiada jalan lain untuk polis menangani keadaan sewaktu itu tanpa mengakibatkan kehilangan 18 nyawa;
- Sama ada dasar pilih bulu Umno terhadap penyokong PAS merupakan faktor penyumbang kepada tragedi berkenaan;
- Sama ada benar bahawa Musa pada awalnya telah mengeluarkan arahan kepada polis agar tidak menggunakan kekerasan dalam menangkap Ibrahim Libya dan agar berundur jika mendapat tentangan, serta sama ada Mahathir telah mengeluarkan arahan berlawanan yang membawa kepada kehilangan 18 nyawa – dan jika bukan Mahathir, siapa yang mengeluarkan arahan itu;
- Sama ada Peristiwa Memali merupakan antara keadaan sepanjang 22 tahun kepimpinan Mahathir di mana institusi negara seperti polis hilang profesionalisme, kebebasan, dan integriti, apabila mereka terpaksa menerima arahan operasi dari ahli-ahli politik seperti Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri?
Seruan saya ke arah penubuhan Suruhanjaya Siasatan di-Raja berkenaan Peristiwa Memali tahun 1985 itu diberi respons sengit oleh para cybertrooper Umno/BN yang bertanya sama ada saya akan bersetuju jika dibentuk Suruhanjaya Siasatan di-Raja berkenaan rusuhan 13 Mei 1969 sambil mengisyaratkan bahawa saya terlibat atau bertanggungjawab mencetuskan rusuhan itu di Kuala Lumpur, 45 tahun yang lampau.
Respons mereka itu mendorong saya untuk membuat tujuh kiriman twitter malam semalam:
- Ignoramus galore in cyberspace. In Parliament in Feb 1971, I called for public inquiry into May 13 riots. Full support from me on RCI on May 13!
- Always bemused by imbecile antics of Umno/BN cybertroopers/agent provocateurs with their wild allegation that I caused May 13 in 1969.
- They don't realise they are insulting five Prime Ministers Razak Hussein Mahathir Abdullah Najib; the long line of Home Ministers including Ismail Ghazali Musa Hamid Hishammudin Zahid!
- Not only that, they insult police especially IGP and Special Branch past 45 years as utterly useless/incompetent, not to know my “role” in May 13, 1969!
- Until these Umno/BN cybertroopers/agent provocateurs "discovered" it after 11GE in 2008! People of minimum IQ know this is trash but x scums.
- They regard this as their "Eureka" moment of discovery, when its proof of their infantile mentality. No wonder UMNO/BN going down the drain!
- With such "friends" like these cybertroopers/agent provocateurs, Umno/BN do not need enemies. I only lament for Malaysia - at such low politics!
Ya, saya sepenuhnya setuju dengan pembentukan Suruhanjaya Siasatan di-Raja berkenaan rusuhan 13 Mei 1969, walaupun rusuhan itu berlaku 45 tahun lalu, dan inilah pendirian saya sejak tahun 1969 dulu apabila saya menulis surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dari pusat tahanan ISA di Muar pada tahun 1969-1970 dan dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada Februari 1971.
Persoalannya sama ada ahli-ahli politik serta para cybertrooper dan penghasut Umno/BN berani untuk mendesak kerajaan secara terbuka agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja berkenaan rusuhan 13 Mei 1969!
Sebagai permulaan, Ahli Parlimen Umno/BN dipersilakan untuk membawa isu ini ke Parlimen dan saya akan berikan sokongan penuh.