Percubaan untuk menghilangkan kelayakan Anwar dan Karpal sebagai Ahli Parlimen serta mengadakan pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Bukit Gelugor berlawanan dengan dakwaan Najib bahawa beliau serius tentang perdamaian dan konsensus kebangsaan
Tragedi kehilangan MH370 bukan satu-satunya detik hitam bagi negara ini pada minggu lalu.
Pada minggu lalu, telah terjadi dua lagi perkara buruk dalam negara, iaitu percubaan untuk menghilangkan kelayakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai Ahli Parlimen – perbuatan yang juga boleh dianggap sebagai percubaan untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Bukit Gelugor – dengan pilihanraya bagi kawasan Permatang Pauh mungkin diadakan seawal sebelum sidang Parlimen berikutnya dalam bulan Jun.
Percubaan untuk menghilangkan kelayakan Anwar dan Karpal sebagai Ahli Parlimen berlawanan dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau serius tentang perdamaian dan konsensus kebangsaan dan bersedia untuk mengenepikan perbezaan politik untuk menamatkan krisis kepimpinan dalam negara yang berlarutan sejak 10 bulan lalu, iaitu selepas Pilihanraya Umum ke-13.
Dalam jawapan bertulis beliau kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan Rancangan Perdamaian Kebangsaan, Najib menyelitkan, buat kali pertama dalam tempoh 10 bulan lalu, kenyataan tentang Dasar 1Malaysia. Dasar ini kelihatan seolah-olah beliau lupakan atau sisihkan sejak selepas PRU13 walaupun ia adalah dasar utama beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009.
Menurut beliau, konsep Perdamaian Kebangsaan “selari dengan Gagasan 1Malaysia, yang bertujuan memupuk semangat kebersamaan di kalangan rakyat, untuk turut sama-sama berperanan membina Negara Malaysia yang bersatu padu, dalam mendepani cabaran masa depan”.
Apakah Najib telah mendapatkan sokongan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Rancangan 1Malaysia dan Rancangan Perdamaian Kebangsaan dengan meyakinkan Muhyiddin untuk mengakui bahawa beliau adalah “pertama sekali sebagai warga Malaysia dan seterusnya sebagai Melayu?”
Jika belum, sejauh mana kita boleh menanggapi Rancangan Perdamaian Kebangsaan sebagai sesuatu yang benar-benar bermakna, apatah lagi kerana dasar 1Malaysia ditolak oleh bekas Perdana Menteri sendiri, iaitu Tun Mahathir, yang secara terbuka menyatakan bahawa: pertama, beliau tidak faham makna 1Malaysia; dan, kedua, beliau tidak pernah melihat jurang perkauman dan keagamaan yang lebih luas berbanding sewaktu dasar 1Malaysia dilaksanakan!
Apakah jawapan Najib bagi permasalahan jurang kaum dan agama yang semakin luas pasca-PRU13, paling luas dalam sejarah 56 tahun negara ini, sehinggakan Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) bulan lalu mengingatkan bahawa kegagalan kerajaan Najib untuk bertindak tegas dalam menangani insiden-insiden yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan akan membawa “akibat yang buruk”?
Dalam salah satu kenyataannya, MPPN menyebut bahawa Putrajaya perlu bertindak segera kerana peningkatan ketegangan keagamaan akan mengekang usaha meningkatkan perpaduan kebangsaan.
Majlis itu menggesa kerajaan Najib untuk “menegakkan kedaulatan undang-undang dan secara aktif meningkatkan perpaduan kebangsaan dengan mengambil tindakan segera terhadap kenyataan dan tindakan yang bersifat provokatif dan mampu membawa kepada ketegangan dan menimbulkan akibat buruk sehingga menjejaskan keamanan, kerukunan hidup dan perpaduan kebangsaan.”
Apakah respons Najib terhadap gesaan MPPN itu serta terhadap harapan rakyat Malaysia agar kerajaan bersikap proaktif dan malah mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mencantas peningkatan insiden menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan dengan tujuan melaga-lagakan kaum dan agama di negara ini, tanpa mempedulikan akibat dari perbuatan itu yang mungkin akan memusnahkan sama sekali negara Malaysia yang masyarakatnya berbilang kaum, berbilang bahasa, berbilang agama dan berbilang budaya?
Najib tidak menawarkan sebarang janji untuk menyelamatkan negara ini dengna cara menutup ruang bagi pihak yang membuat rancangan jahat dan menyebarkan kebencian dan kekerasan. Najib sebaliknya hanya menyarankan dalam catatan blog beliau yang berjudul “A national reconciliation update” di hujung bulan lalu, agar rakyat Malaysia mengabaikan saja tuntutan para penghasut dan pelampau, iaitu “dengan tidak memberikan mereka ruang berita atau publisiti.”
Tiada rancangan lebih buruk dari itu untuk menyelamatkan negara ini dari pihak yang bertekad untuk melaga-lagakan kaum dan agama di negara ini dengan tujuan menimbulkan kekacauan, apatah lagi kerana pihak penghasut berkenaan diberi tempat dalam media cetak, elektronik, dan media sosial di bawah kawalan UMNO dan BN – khususnya Utusan Malaysia serta radio dan televisyen di bawah kawalan Umno/BN.
Apakah Najib akan mengeluarkan arahan dengan segera kepada Utusan Malaysia dan semua media di bawah kawalan Umno/BN untuk berhenti memberi nyawa kepada para penghasut dan pelampau dengan menafikan ruang publisiti untuk mereka?
Jika Najib tidak sanggup mengeluarkan arahan sedemikian, tidakkah itu bermakna beliau sengaja membiarkan para penghasut dan pelampau menjalankan kegiatan melaga-lagakan kaum dan agama dengan tujuan meningkatkan ketegangan perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan?
Sekurang-kurangnya kita mengharapkan Perdana Menteri mengeluarkan amaran terakhir kepada semua pihak dan mengumumkan bahawa kerajaan dan semua agensi di bawahnya, termasuk polis dan pejabat Peguam Negara, akan digerakkan untuk memastikan keamanan, keharmonian, kemajuan, dan kemakmuran semua warga Malaysia tidak diganggu-gugat oleh rancangan jahat segelintir pihak yang mahu menimbulkan ketegangan perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan.
Tetapi Najib tidak mempunyai tekad politik, komitmen, daya kepimpinan, dan wawasan yang cukup untuk menyelamatkan Malaysia dari para penghasut dan pelampau yang tidak henti-henti cuba meningkatkan ketegangan perkauman dan keagamaan menerusi penyebaran fitnah dan pembohongan.
Beliau hanya sanggup meminta rakyat Malaysia “memusnahkan” para penghasut dan pelampau dengan “menaruh keyakinan terhadap diri sendiri dan saudara-saudara senegara.”
Beliau sama sekali tidak menyebut bahawa undang-undang akan digunakan ke atas sesiapa saja yang mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan!
Jika itu sajalah yang mampu Najib tawarkan bagi memastikan keamanan, keharmonian, kemajuan, dan kemakmuran semua warga Malaysia, maka beliau tidak perlu menjadi Perdana Menteri, kerana jawatan yang lebih sesuai bagi beliau ialah sebagai pendakwah yang menjelajah dari jalan ke jalan dan dari kampung ke kampung menyeru kepada kebaikan dan menghindari perbuatan jahat!
Mengapa Najib tiba-tiba menunjukkan sifat belas kepada para penghasut dan pelampau yang cuba memusnahkan masyarakat majmuk Malaysia?
Apakah gunanya polis, Pejabat Peguam Negara, dan lembaga-lembaga kebangsaan yang lain jika para penghasut dan pelampau tiba-tiba diberikan “kekebalan” untuk melanggar undang-undang dan menghancurkan negara?
Ada lima perkara berlaku dalam tempoh 28 hari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Rancangan Perdamaian Kebangsaan (RPK), iaitu selepas mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Januari dan dalam catatan blog beliau pada 25 Februari yang berjudul “A national reconciliation update” – lima perkara yang menimbulkan persoalan serius tentang sama ada kepimpinan Najib benar-benar mahukan perdamaian kebangsaan, perpaduan kebangsaan dan konsensus kebangsaan:
- Walaupun pengumuman Najib selepas mesyuarat Jemaah Menteri tentang pembentukan RPK pada 29 Januari adalah respons kepada pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Januari kepada Barisan Nasional bagi pihak Pakatan Rakyat untuk membentuk “konsensus kebangsaan” bagi menghapuskan suara kebencian dan menggerakkan negara ini ke depan, tiada sebarang langkah diambil sepanjang 30 hari yang lalu untuk menganjurkan sidang kemuncak pemimpin BN-PR bagi “perpaduan kebangsaan”.
- Najib tidak peduli untuk menghadiri sebarang acara “World Interfaith Harmony Week 2014” yang disambut di seluruh dunia pada 3 hingga 9 Februari, walaupun pada hari pertama sambutan World Interfaith Harmony Week tahun lalu beliau telah melawat rumah ibadat lima agama terbesar di negara ini di Kuala Lumpur.
- Tunjuk perasaan “ayam dan tampar” oleh “Majlis NGO Islam” menawarkan ganjaran sebanyak RM500 (kemudian ditingkatkan kepada RM1,200 dan setelah itu RM2,000) kepada sesiapa yang berjaya menampar Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, diikuti dengan tindakan menyembelih dan melumur darah ayam ke atas gambar para pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat – sambil membuat beberapa jenis kesalahan, termasuk membuat gertakan jenayah, fitnah, serta menghasut supaya kekerasan dilakukan terhadap seorang wanita, menghasut supaya kekerasan dilakukan terhadap seorang Ahli Parlimen, serta menggertak dengan satu lagi kejadian 13 Mei. Sehingga kini, polis beluam bertindak ke atas pihak yang terbabit dalam tunjuk perasaan “Majlis NGO Islam” yang telah melakukan beberapa kesalahan jenayah.
- Peletakan jawatan P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri pada 10 Feburari kerana menurut beliau Najib “dari segi sejarah telah khianat terhadap semua rakyat dari kaum India” dengan tidak memenuhi janji-janji yang dibuatkan dalam MOU yang dicapai antara BN dan Persatuan Hindraf Malaysia (PHB) sebelum PRU13. Ini adalah petanda jelas bahawa Najib tidak memenuhi janjinya untuk melayani kelompok minoriti secara saksama. Ini adalah tamparan hebat terhadap rancangan untuk mengadakan “perdamaian nasional”.
- Reaksi buruk dan penuh kebencian terhadap saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup pada 22 Februari agar ruang “bangsa” dalam borang-borang rasmi dihapuskan sebagai langkah penting yang pertama ke arah pembentukan jatidiri kebangsaan yang tunggal – antaranya reaksi yang ditunjukkan menerusi rencana terbitan Utusan Malaysia (akhbar ramsi Umno) oleh pengarang akhbar itu, Datuk Zaini Hassan, yang memberi amaran bahawa saranan Joseph Kurup adalah langkah pertama untuk meyakinkan orang Melayu supaya menyerahkan status bumiputera serta keistimewaan lain yang diberikan kepada kaum itu.
Semenjak PRU ke-13 pada 5 Mei tahun lalu, negara telah diserang krisis enam serangkai, iaitu:
Pertama, krisis pembinaan negara dan perpaduan nasional yang diperlihatkan dengan polarisasi kaum dan agama terburuk dalam sejarah negara. Amat menyedihkan bahawa sehingga sekarang, Kabinet masih gagal mengiktiraf solusi 10-Perkara seperti yang dibentangkan oleh Kabinet pada April2011 untuk menyelesaikan kontroversi Bible, dengan Timbalan Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet memisahkan diri daripada solusi 10-Perkara terbabit.
Kedua, krisis ekonomi yang semakin meruncing diakibatkan oleh kenaikan harga barang dan kemungkinan kenaikan harga yang bakal berlaku dalam minggu dan bulan akan datang, dengan puncaknya ialah pelaksanaan GST pada kadar 6% pada April 2015.
Ketiga, krisis rasuah yang tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa akan ada kempen serius untuk melawan rasuah besar dan menamatkan pembaziran melampau, serta salah guna dana awam.
Minggu lalu, apabila Najib menyebut bahawa beliau bersedia untuk meletakkan kepentingan jangka panjang negara di hadapan populariti jangka pendeknya, [teks hilang] puluhan tahun sebelum usaha anti-rasuahnya akan membuahkan hasil - sebenarnya membatalkan sebarang hasil anti korupsi yang berkesan sepanjang tempoh beliau menjadi Perdana Menteri.
Di China, usaha melawan rasuah di bawah kepimpinan Presiden China Xi Jinping sedang menyiasat dan membuka semela skandal rasuah dalam pembinaan empangan terbesar dunia, empangan Three Gorges yang bernilai US$60 bilion, yang mengunjur sehingga lebih dua dekad lalu sehingga 1992 apabila kerja-kerja awal membangunkan empangan tersebut dimulakan.
Adakah Najib bersedia untuk membuka semula siasatan skandal rasuah di Malaysia dalam masa dua dekad yang lalu, menjangkau bukan sahaja Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah malah Tun Mahathir juga? Adakah Najib bersedia untuk membuka fail berusia lebih dua puluh tahun dalam pertarungannya melawan rasuah?
Keempat, krisis kualiti pendidikan nasional yang semakin menurun sehinggakan kedua-dua Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah berusaha mengelakan daripada menyebut apa-apa tentang prestasi buruk Malaysia dalam TIMSS 2011 dan PISA 2012.
Tidak kita di peringkat rendah ataupun menengah, sistem pendidikan di Malaysia menunjukkan prestasi yang amat lemah.
Beranikah Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin untuk membuat kenyataan kementerian di Parlimen untuk menerangkan kenapa Singapura berhasil memasukkan dua universitinya untuk empat tahun berturut-turut ke dalam ranking pendidikan tinggi Times untuk 100 universiti dengan reputasi terbaik dunia dan ranking senarai 400 tertinggi, tapi tidak satu pun dari Malaysia?
Kelima, krisis keselamatan orang ramai, pelabur dan pelancong memandangkan pihak polis masih berusaha untuk melakukan perubahan menjadi perkhidmatan polis yang cekap, bebas dan profesional bertaraf dunia yang berdedikasi untuk melakukan tugas kepolisan secara demokratik dan bukan sekadar mempertahankan rejim walaupun ia bermakna melakukan pelanggaran yang teruk terhadap norma-norma dan standard hak asasi manusia.
Pembunuhan Korporal Raja Aizam Raja Mohd dan kecederaan yang dialami Kpl Mohd Aidil Mustapha oleh warga asing di Klang awal bulan ini memberi petunjuk bahawa tahap keselamatan negara berada pada satu takat baru - bukan sahaja rakyat Malaysia, malah anggota polis pun tidak selamat di negara mereka sendiri.
Keenam, kembalinya Malaysia ke zaman mimpi ngeri musnahnya kebebasan, kesaksamaan dan integriti badan kehakiman - hari-hari gelap zaman lewat 80an dan 90an di mana badan kehakiman dikompromi.
Apabila Tan Sri Dzaiddin dilantik menjadi Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan oada bulan Disember 2000, harapan kita menggunung untuk melihat usaha rumit dan penting Malaysia mengembalikan keyakinan umum terhadap kebebasan, kesaksamaan dan integriti badan kehakiman, namun pada waktu beliau menjawat jabatan tersebut selama kurang tiga tahun, beliau hanya mampu menghentikan kebusukan badan kehakiman tetapi tidak dapat melancarkan reformasi badan kehakiman secara meluas bagi mengembalikan keyakinan umum kepada badan kehakiman.
Apa yang telah terjadi kepada Anwar dan Karpal, di mana badan kehakiman menjadi alat kepada eksekutif untuk melaksanakan kerja jahat mereka melucutkan pemimpin Pakatan Rakyat daripada badan-badan legislatif negara, tidak kira di Parlimen atau DUN Selangor, telah mengembalikan mimpi ngeri reputasi buruk badan kehakiman sekitar lewat tahun 80an dan 90an.
Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakarin telah menafikan bahawa badan kehakiman telah mengundur kembali ke zaman ia dikompromi sekitar lewat 80an dan 90an dahulu.
Kata-kata apa lagi yang boleh kita harapkan daripada Tun Ariffin? Adakah bekas Lord President yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan di zaman gelap badan kehakiman Malaysia, Tun Hamid dan Tun Eusoff Chin mengakui kesalahan mereka mempengerusikan badan kehakiman yang tercemar, tercela dan dikompromi pada zaman mereka?
Adakah Najib bersedia untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan pelan rekonsiliasi bagi menangani krisis enam serangkai ini?
Daripada pendakwaan dan penindasan terhadap Anwar dan Karpal baru-baru ini, jawapannya kelihatan tidak memberangsangkan. Masa depan Malaysia di tangan wira kerdil yang sanggup mempertahankan kerukunan hidup dalam masyarakat majmuk, pilihanraya bersih dan sistem pendidikan yang lebih baik
Masa depan Malaysia berada di tangan wira kerdil yang sanggup mempertahankan kerukunan hidup dalam masyarakat majmuk, pilihanraya bersih dan sistem pendidikan yang lebih baik – rakyat biasa seperti Azrul Mohd Khalib, Ally Hazran Hashim, Siti Kassim, Major Zaidi Ahmad dan Mohd Nor Izzah – putera-puteri bumi Malaysia yang berusaha memastikan Malaysia menjadi sebuah negara hebat dan bukannya sebuah negara gagal.
Azrul, Ally, dan Siti Kassim terlibat dalam gerakan “Walk for Peace” yang disertai oleh rakyat biasa Malaysia tanpa mengira kaum atau agama yang mengambil berat tentang negara mereka dan ingin membina kembali jambatan penghubung antara kaum dan agama.
Semuanya bermula pada hari Ahad, 5 Januari tahun ini, di luar Our Lady of Lourdes Church di Klang, di mana sekitar 1,000 penganut Katolik yang keluar untuk beribadat pada hari itu menjangka mereka akan berdepan dengan kumpulan Muslim yang marah berikutan isu penggunaan kalimah Allah. Sebaliknya, mereka bertemu sekumpulan Muslim progresif yang membawa bunga sebagai tanda solidariti dan sebagai tanda kesanggupan mereka untuk mempertahankan Gereja dari protes yang telah dirancang.
Di kalangan Muslim progresif yang hadir pada hari itu ialah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir.
Setelah itu, “Walk for Peace” diadakan di taman KLCC, Pulau Pinang, Kajang dan Ipoh.
Seorang lagi wira Malaysia yang tidak didendang adalah juruterbang Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia Major Zaidi Ahmad yang sepatutnya diberi ganjaran dan bukannya dihukum kerana bersuara tentang isu dakwat kekal sewaktu Pilihanraya Umum ke-13. Beliau kini sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah tentera kerana membuat jasa besar sebagai seorang patriot.
Mohd Nor Izzart Mohd Johar, pemimpin Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), sedang berdepan dengan penindasan dan hukuman dari “Little Napoleons” dalam Kementerian Pendidikan, manakala Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terlalu “sibuk” untuk masuk campur. Beliau juga salah seorang wira yang tidak didendang di Malaysia.
Apa jenayah Nor Izzat? Tiada. Beliau sebaliknya telah membuat bakti dengan menerajui bantahan terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang tidak dirancang dan dirumuskan dengan baik. Beliau sepatutnya diberi ganjaran kerana memberi sumbangan positif mendesak Kementerian Pendidikan menggantung SBA, tetapi sebaliknya beliau dikenakan tindakan yang tidak wajar.
Negara ini perlu mengakui sumbangan para wira yang tidak didendang ini yang berusaha untuk mengekalkan kerukunan hidup antara kaum dan agama, sistem pilihanraya yang bersih serta sistem pendidikan lebih baik untuk anak-anak kita.
Mereka adalah patriot tulen yang seharusnya menjadi contoh tauladan untuk semua rakyat Malaysia, termasuk Ahli Parlimen dan Menteri. Jika ini dilakukan, masa depan Malaysia akan cerah!