Najib dan Kabinetnya diseru menyokong Surat Terbuka 25 Tokoh Melayu bagi memberi mesej jelas kepada negara dan juga dunia bahawa Kerajaan Malaysia memberi komitmen penuh kepada kesederhanaan demi menentang sikap tidak toleran, ekstremisme dan kefanatikan
Surat Terbuka oleh 25 bekas pegawai tinggi dan personaliti Melayu pada 8 Disember yang memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memperlihatkan kepimpinannya terhadap ekstremisme dan sikap tidak toleran yang kian membarah dan menjadi tajuk berita utama tahun ini.
Belum pernah sebuah Surat Terbuka oleh rakyat mendatangkan respon baik di kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama, seperti yang diperlihatkan daripada sokongan bersemangat daripada banyak kumpulan dalam masyarakat Malaysia, bukan sahaja Melayu dan Islam, seperti petisyen online ‘I am #26’ dengan lebih 5,000 penyokong, “KamiJuga25” yang disokong lebih 1,600 individu, 95 NGO di Malaysia, 22 aktivis Muslim dan pelbagai lagi sokongan yang diperlihatkan oleh kumpulan-kumpulan dan lapisan masyarakat di Malaysia dalam masa dua minggu lalu.
Namun rekasi telah pun bermula, dan serangan terhadap 25 tokoh ini akan meningkat menjadi serangan peribadi, pembunuhan karakter mempergunakan sepenuhnya sumber media dan media sosial yang tidak toleran dan ekstremis seperti yang telah kita saksikan sejak dua hari yang lalu.
Inilah masanya untuk semua moderat, merentas kaum, agama, jantina, umur dan juga garis politik mengambil pendirian bersederhana bagi mengasing dan mengalahkan sikap tidak toleran, ekstemisme dan kefanatikan yang menjadi ancaman terbesar dan juga musuh masyarakat majmuk di Malaysia.
Inilah masanya bagi politik positif inklusif menggantikan politik jahat eksklusif.
Di forum-forum antarabangsa sepanjang empat tahun lalu, Najib telah memperomosikan wasatiyyah dan Global Movement of Moderates, sambil menyeru pergerakan moderat ini menenggelamkan para ekstremis.
Seperti yang disebutnya dalam salah satu persidangan wasatiyyah itu, ‘Kita mesti memastikan suara kita didengari — bukan sahaja suara Muslim moderat tetapi juga Kristian moderat, Hindu moderat, Yahudi moderat malah atheis moderat.
‘Sekiranya suara-suara ini cukup kuat untuk menenggelamkan para ekstremis, ia perlu didengari dari setiap pelosok dunia.’
Suara-suara moderat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, jantina, usia, atau pun kaitan politik, sedang semakin kuat untuk mengenggelamkan hingar-bingar suara-suara kasar para samseng yang menyebarkan dakyah sikap tidak toleran, ekstremisme dan kefanatikan.
Persoalannya sekarang ialah samada Najib akan menunjukkan kepimpinannya bagi suara-suara moderat untuk menenggelamkan seruan-seruan kefanatikan, ekstremisme dan sikap tidak toleran.
Sudah dua minggu sejak Surat Terbuka oleh 25 Tokoh Melayu tersebut, diikuti sokongan hebat dari segenap lapisan dan kumpulan masyarakat, tidak kira Islam mahupun bukan-Islam memperihatkan kekuatan seruannya ke arah kesederhanaan demi menenggelamkan ekstremisme di Malaysia.
Adakah Najib bersedia untuk membentangkan Surat Terbuka 25 Tokoh Melayu ini kepada Kabinet bagi mendapatkan sokongan para menteri bagi menunjukkan kepada negara dan juga dunia bahawa Kerajaan Malaysia komited sepenuhnya ke arah kesederhanaan menentang sikap tidak toleran, ekstremisme dan kefanatikan?
Adakah setiap seorang Menteri seorang moderat dan bersedia menyatakan pendiriannya terhadap sikap tidak toleran, ekstremisme dan kefantikan?