Semoga mesej Deepavali merangsang dan menyatukan rakyat Malaysia bagi memastikan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, serta agar kesederhanaan dan toleransi mengatasi ekstremisme dan sikap tidak bertolak ansur
Selamat Hari Deepavali kepada kaum India di Malaysia secara khusus dan semua warga Malaysia secara umum.
Deepavali membawa mesej kemenangan cahaya ke atas kegelapan serta kemenangan kebenaran, kebebasan, dan keadilan mengatasi korupsi, diskriminasi dan eksploitasi. Semua ini cukup relevan untuk kehidupan bernegara di Malaysia selepas pilihanraya umum ke-13.
Semoga mesej Deepavali merangsang dan menyatukan semua warga Malaysia bagi memastikan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dalam semua sudut kehidupan bernegara dan semoga ia membolehkan kesederhanaan dan toleransi mengatasi sikap ekstrem dan tidak bertolak ansur dalam negara Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya.
Rakyat Malaysia perlu sentiasa berusaha untuk mengukuhkan sikap sederhana dan toleransi dalam masyarakat majmuk serta tidak menyerah kalah kepada segelintir pihak yang bersikap ekstrem dan tidak bertolak ansur, terutama ketika pihak tersebut cuba untuk menampilkan diri sebagai suara baru dan pendukung kesederhanaan dalam negara ini.