Lapan sebab mengapa legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri dipersoalkan

Terdapat sekurang-kurangnya lapan sebab mengapa ramai mempersoalkan legitimasi Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas pilihan raya umujm ke-13 pada 5 Mei.

  1. Najib dan Barisan Nasional hanya memenangi 47% undi popular manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat memenangi majoriti 51% undi popular.
  2. PRU13 merupakan pilihan raya paling kotor sepanjang 13 pilihan raya umum di dalam sejarah negara �C yang mana berlakunya politik wang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan pilihan raya tidak beretika dan berprinsip yang boleh dirumuskan melalui strategi tiga berangkai UMNO/BN ��Duit Duit Duit��, ��Tipu Tipu Tipu�� dan ��Takut Takut Takut��.
  3. Terdapat juga masalah meruncing terhadap amalan persempadanan semula kawasan bagi memberikan manfaat kepada UMNO/BN, yang mana satu undi di Putrajaya (16,000 pengundi) sama nilainya dengan satu undi di Kapar (140,000+ pengundi) �C menjadikannya satu penghinaan terhadap prinsip ��seorang, satu undi, satu nilai��.

    Sekiranya PRU13 adalah bersih, bebas dan adil, undi popular yang dimenangi Anwar dan Pakatan Rakyat sudah tentu melebihi 60 peratus malah mencapai dua pertiga jumlah keseluruhan, memberikan majoriti kerusi parlimen kepada PR (malahan mencecah keseluruhan 125 kerusi parlimen terdiri daripada 45 untuk PKR dan 40 masing-masing untuk DAP dan PAS) bukannya 89 kerusi untuk PR dan 133 kerusi untuk BN seperti sekarang.

  4. Protes aman dan demokratik sejuta pengundi Malaysia, kebanyakannya generasi muda dari pelbagai kaum, sejak keputusan PRU13 diketahui tiga minggu lalu di ceramah ��Black 505�� seluruh negara menunjukkan betapa mendalamnya keraguan orang ramai terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri.
  5. Pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri kurang legitimasi sebagai kerajaan 1Malaysia meskipun telah mengangkat sumpah selepas pilihan raya untuk menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum, kerana meningkatnya polarisasi kaum selepas PRU13, dengan Najib sendiri bertanggungjawab memulakannya dengan kenyataannya pada malam PRU13 bahawa keputusan pilihan raya umum adalah ��tsunami Cina�� �C sedangkan ia adalah tsunami rakyat Malaysia, bandar, separa bandar dan anak muda!
  6. Ini diikuti dengan satu siri reaksi provokasi, mengapi-api dan perkauman serta kempen kempen seperti yang tajuk akhbar lidah UMNO Utusan Malaysia: ��Apa Lagi Cina Mahu��; ucapan oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah, yang merupakan ucapan paling rasis dan menghasut pernah dibuat di Malaysia dalam tempoh 44 tahun; seruan menghasut oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Ahmad Arshad untuk memansuhkan sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dan cubaan oleh sesetengah NGO untuk memboikot barangan orang Cina.

  7. Kabinet Najib tidak mewakili semua rakyat Malaysia, satu kesedaran terlewat yang telah membawa kepada cadangan dari dalam Barisan Nasional bahawa parti-parti BN sepatutnya menurut kehendak rakyat Malaysia untuk menamatkan parti politik berasaskan kaum, dengan menggabungkan semua parti komponen dalam perikatan menjadi parti berbilang kaum.
  8. Najib mempengerusikan Kabinet dengan dua Menteri tidak sah (Paul Low dan Abdul Wahid Omar) tiga Timbalan Menteri tidak sah (P. Waythamoorthy, J Loga Bala Mohan dan Ahmad Bashan Md Hanipah) memandangkan kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum mengangkat sumpah memasuki pejabat Kementerian �C malah kelima-lima mereka berada di dalam awang-awangan perlembagaan sejak 11 hari lalu, memandangkan mereka belum mengangkat sumpah sebagai Senator dan mereka sendiri tidak berani mengakui bahawa mereka adalah Menteri dan Timbalan Menteri yang sah.
  9. Sandiwara perlembagaan yang berpanjangan ini memalukan Yang di-Pertuan Agong dan juga imej negara di peringkat antarabangsa, hanya menggariskan persoalan serius tentang legitimasi Kabinet dan jawatan Perdana Menteri Najib.

  10. Rejim pemerintahan Najib yang semakin menekan dan tidak demokratik, berikutan kerjasama antara Menteri Dalam Negeri yang paling ��bersifat politik�� dengan Ketua Polis Negara yang paling ��bersifat politik�� menginjak hak asasi manusia dan hak demokratik pemimpin Pakatan Rakyat serta aktivis sosial pada minggu lalu �C dengan penahanan, pendakwaan terpilih dan tindakan keras terhadap kebebasan berhimpun dan bersuara.
  11. Pemerintahan Perdana Menteri Najib terus bergantung kepada penipuan dan pembohongan sebagai satu bentuk komunikasi yang langsung bercanggahan dengan prinsip akautabiliti, ketelusan dan tadbir urus yang baik, tidak dilupakan Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia yang ditandatangani Najib dengan penuh riuh-rendah ketika kempen PRU13.

Contoh terkini kebergantungan terhadap penipuan dan pembohongan sebagai asas pemerintahan adalah ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk memburu pengguna media sosial pro-Pakatan sama ada di Facebook, Twitter, YouTube atau blog, berikutan dakwaan tak masuk akal bahawa DAP membelanjakan RM108 juta tentera siber ��Red Bean Army�� untuk memburuk-burukkan UMNO/Barisan di alam siber.

Bagaimana sebuah kerajaan yang boleh menjadikan dakwaan tidak masuk akal dan tidak berasas seperti itu sebagai asas kepada dasar negara memperoleh penghormatan dan legitimasi daripada warganya?

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah