KPN baru Khalid Abu Bakar sepatutnya dikecam kerana mahu bermain politik untuk memuaskan tuan politiknya
Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya dikecam kerana mahu bermain politik untuk memuaskan tuan politiknya dan bukannya fokus pada tugas pertamanya �C iaitu membuatkan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan kebimbangan menjadi mangsa jenayah.
Saya baru dimaklumkan yang dua pegawai polis telah menyoalsiasat penasihat parti dan pengasas DAP Dr. Chen Man Hin selama satu jam 15 minit di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab bahawa istilah ��Malaysian Spring�� yang digunakan oleh Dr. Chen di dalam e-mel peribadinya tahun lepas mempunyai hubungan dengan konspirasi untuk menggulingkan kerajaan secara haram dan ganas.
Ini tidak masuk akal dan betul-betul satu pembaziran sumber, tenaga dan masa pihak polis sedangkan ada lebih banyak perkara penting untuk dilakukan pihak polis, seperti memastikan Malaysia bebas daripada jenayah.
Dua hari lalu adik kepada Timbalan Perdana Menteri menjadi mangsa pecah rumah di Petaling Jaya sementara adik Ketua Polis Negara merupakan seorang lagi mangsa pecah rumah di Mantin.
Dengan keadaan jenayah yang begitu berleluasa, adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk polis membuang masa dan sumber untuk satu pemburuan sia-sia hanya kerana ada ahli politik yang menyeleweng dan tidak bertanggungjawab membuat tuduhan palsu akan tetapi tidak mempunyai prinsip dan keberanian untuk membuat laporan polis.
Adakah pihak polis bersedia untuk mendakwa mereka yang membuat tuduhan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan polis memburu sesuatu yang sia-sia, membazir masa dan sumber awam?
Menteri Dalam Negeri baru Datuk Seri Zahid Hamidi mungkin boleh berlagak bahawa siasatan polis terhadap Dr. Chen adalah bukti betapa dia serius sebagai Menteri Dalam Negeri. Dia teramatlah salah �C kerana itu hanya membuktikan Malaysia telah mendapat orang yang salah untuk menjadi Menteri Dalam Negeri yang tidak tahu apa keutamaan yang sepatutnya.