Zahid tidak takut kepada usul mengecamnya?
Menteri Dalam Negeri baru Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanya hari ini ��Apa yang nak ditakutkan�� dan berkata dia bersedia untuk berdepan dengan usul mengecamnya di Parlimen untuk kenyataannya di Utusan Malaysia menggesa sesiapa yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang boleh ��pindah ke negara lain��.
Benarkah Zahid tidak gentar dengan usul mengecamnya?
Jika begitu, saya mencabar Zahid untuk mendapatkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya sediakan satu hari penuh pada minggu pertama sidang baru Parlimen ke-13 untuk debat penuh usul mengecam ke atasnya dan mengumumkan keputusan ini pada penghujung mesyuarat pertama Kabinet baru pada hari Rabu.
Saya tidak menjangkakan sebarang pengumuman memandangkan bukan saja Zahid yang takut dengan usul mengecamnya, Najib dan Menteri Kabinet lain juga bimbang dan takut terhadap usul kecaman terhadap Zahid.
Ini kerana sekiranya terdapat pembahagian dan pengundian penuh akan diambil terhadap usul mengecam Zahid, saya tidak terkejut jika beberapa Ahli Parlimen dari 133 Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak akan menghadirkan diri untuk tidak melibatkan diri dan menolak seruan Zahid terhadap rakyat Malaysia yang tidak mengundi BN pada PRU13 dan tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang supaya ��pindah ke negara lain��.
Malahan, kebanyakkan Menteri Kabinet tentu sedang berdoa akan isu Zahid akan mati begitu saja dan tidak akan berlaku usul mengecam terhadap Zahid, kerana mereka tahu tidak mungkin dapat menolak kenyataan Zahid sebagai kenyataan peribadi seperti mana Menteri Belia dan Sukan baru, Khairu Jamaluddin cuba lakukan.
Lagipun, Najib sendiri ketika taklimat dua jam kepada Kabinet baru selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri pada Khamis lalu, yang ��membunuh�� cubaan lemah Khairy untuk menjarakkan dirinya daripada kenyataan Zahid dengan mendakwa itu hanya ��pandangan peribadi�� dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.
Ini jelas bertentangan dengan arahan terang dan terperinci Najib kepada Menteri Kabinet baru Khamis lalu, yang mana Perdana Menteri tekankan kepentingan kepercayaan dan keyakinan rakyat berikan kepada kerajaan dan menetapkan ��apa saja disuarakan anggota Kabinet, ia bukan atas nama individu, sebaliknya mewakili kerajaan dan adalah pendirian bersama.��.
Najib berkata: ��Apa saja yang kita lakukan, ia mesti atas nama sebuah kerajaan, bukannya kita bergerak dalam compartment (ruang atau bahagian yang terpisah daripada bahagian lain) atau silo masing-masing.��
Adakah anda dengar Khairy? Melainkan Kabinet pada hari Rabu nanti akan secara terbuka dan bersama menolak apa yang Zahid telah katakan di Utusan Khamis lalu, jika tidak seruan Menteri Dalam Negeri Baru itu menggesa rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang ��pindah ke negara lain�� MERUPAKAN pendirian rasmi Kabinet dan kerajaan.
Inilah sebabnya mengapa usul mengecam Zahid juga merupakan usul mengecam Najib dan seluruh Kabinet kerana tidak menolak pendirian Zahid secara terbuka.
Di dalam PRU13, lebih 5.6 juta pengundi, majoritinya pengundi Melayu, mengundi Pakatan Rakyat dan menentang Barisan Nasional.
Dengan kuasa dan hak apa Zahid atau kerajaan Najib menyuruh warga Malaysia, terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban, yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang, untuk ��pindah ke negara lain��?
Rakyat Malaysia yang tidak suka dengan sistem pilihan raya sekarang kerana ia tidak adil dan tidak demokratik, apabila pemimpin perikatan politik dengan undi popular 51% dinafikan jawatan Perdana Menteri tetapi diambil oleh perikatan dengan undi popular hanya 47%, tentu berhak tidak berasa gembira, tidak puas hati dan marah dan mahu menukar kerajaan. Sekiranya Zahid tidak gembira dengan hal ini, dia boleh ��pindah ke negara lain��!
Tekanan akibat mengetahui dirinya telah melanggar tatasusila menyebabkan Zahid hilang kawalan emosinya menyebabkan dia secara terbuka bertindak seperti kanak-kanak.
Sebagai contoh, dia menemplak kenyataan ketua umum PKR Anwar Ibrahim ��Kamu ingat negara ini bapa kamu punya?�� dengan membalas balik:
��Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.��
Ini jelas satu jawapan yang bodoh dan tidak berakal.
Apa yang Anwar atau sesiapa pun maksudkan apabila berkata sedemikian adalah ��ini bukan saja negara bapa kamu�� tetapi juga negara bapa saya, iaitu negara ini milik semua!
Ia tidak boleh disempitkan kepada ��Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia�� yang tidak masuk akal langsung. Sepatutnya ��Negara ini bukan negara bapa kamu, juga bukan negara bapa saya �C negara ini milik semua.��
Amat menyedihkan Zahid telah jatuh serendah itu ke tahap merapu, dan masih lagi dia katakana dia tidak takut dengan usul mengecamnya di Parlimen!