Najib perlu menunjukkan daya kepimpinan beliau serta-merta bagi menamatkan kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini berpunca daripada pencapaian buruk UMNO/BN dalam PRU13
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei, 2013 telah menyebabkan dua kekecewaan, memandangkan kedua-dua perikatan yang bertanding, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai sebab berbeza untuk berasa sedih.
Penyokong Pakatan Rakyat sewajarnya marah apabila kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang digambarkan melalui 51% undi untuk Pakatan Rakyat berbanding 47% undi untuk Barisan Nasional, telah diragut daripada mereka disebabkan oleh pilihan raya umum paling kotor di dalam sejarah negara.
Pemimpin dan strategis Barisan Nasional pula geram apabila strategi tiga serangkai ��Duit Duit Duit��, ��Tipu Tipu Tipu�� dan ��Takut Takut Takut�� telah gagal untuk mencapai keputusan yang dikehendaki, iaitu mendapatkan semula majoriti dua pertiga parlimen dan medapatkan semula kerajaan negeri Selangor.
Akan tetapi apa yang menjadi kebimbangan besar semua rakyat Malaysia yang berfikir, rasional dan patriotik adalah kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang telah dibiarkan muncul ke permukaan dan memperoleh momentum dalam tempoh dua minggu selepas diketahui keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 �C dimulakan oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila beliau mengatakan keputusan PRU13 adalah kesan ��tsunami Cina�� sedangkan ia merupakan tsunami rakyat Malaysia dan tsunami warga bandar.
Pernyataan buruk Najib itu ialah isyarat untuk memburukkan lagi polarisasi sepanjang dua minggu lalu, seperti tajuk muka depan Utusan Malausia (lidah UMNO) ��Apa Lagi Cina Mahu�� yang provokatif dan mengapi-apikan; ucapan yang melaga-lagakan orang Melayu dengan kaum Cina oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah, yang saya gambarkan sebagai ucapan terbuka paling rasis dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini; Pro-canselor UiTM Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad yang mendedahkan dirinya sebagai ��rasis tersembunyi�� sewaktu menjadi Ketua Pengarah Pendidikan apabila dia menyeru penghapusan sekolah vernacular Cina dan Tamil; dan paling buruk sekali, seruan sekumpulan pertubuhan Melayu untuk memboikot perniagaan Cina sebagai tanda balas dendam terhadap keputusan PRU13.
Tidak dapat lari dari perhatian rakyat Malaysia dan pemerhati bebas, sama ada di dalam atau luar negara, bahawa ketika kempen PRU13 dan selepas itu, pemimpin dan parti-parti UMNO/BN yang bersalah terlibat di dalam kempen menggunakan isu kaum, bermula dengan dakwaan tidak bersasas dan berniat jahat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, bahawa saya bertanding di Gelang Patah untuk mencetuskan ��perbalahan kaum�� dan bahawa saya menggesa orang Cina untuk membenci orang Melayu.
Sebaliknya, pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP, PKR dan PAS, meminta rakyat Malaysia untuk menolak dan meninggalkan politik perkauman, rasuah dan kronisme serta menyambut politik baru merentas kaum melibatkan identiti rakyat Malaysia, integriti, kebebasan dan tadbir urus yang baik!
Kita kini masuk ke minggu ketiga selepas keputusan PRU13 diketahui pada 5 Mei. Najib telah membuang banyak masa dan dia sepatutnya menunjukkan daya kepimpinannya untuk menamatkan kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini berpunca daripada pencapaian buruk UMNO/BN dalam PRU13 atau beliau telah memungkiri janji beliau sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
Bukan saja rakyat Malaysia dan juga pemerhati bebas luar dan dalam negara yang dapat melihat bahawa unsur UMNO/BN yang tidak bertanggungjawab terutamanya Utusan Malaysia yang bertanggungjawab terhadap kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku di negara ini.
Perkara itu juga jelas kepada penjawat awam di negara ini yang bukan partisan, sebagai bukti dari wawancara bersama ketua pengarah Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti Nasional Datuk Azman Amin Hassan di New Strait Times semalam, yang menyeru supaya diakhiri semua ��tuding menuding�� bersifat perkauman selepas PRU13, dan mengakui bahawa ��trend yang muncul�� dalam PRU13 dengan ��anak muda Malaysia mengundi menlangkaui garis kaum�� ialah ��tanda perpaduan��.
Adakah Najib dan Kabinet sewaktu mesyuarat pertama mereka pada hari Rabu bersedia menyokong kenyataan Azman?
Wawancara Azman dengan wartawan NST Tan Choe Choe sepatuytnya menjadi bacaan wajib semua Menteri Kabinet sebelum mesyuarat pertama mereka pada hari Rabu.
Lebih baik lagi, Azman sepatutnya dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan kebejatan kaum yang timbul di negara ini selepas keputusan PRU13 dan perlu diakhiri serta-merta dengan kepimpinan melalui teladan oleh Najib dan Kabinetnya sekiranya kata-kata tentang ��kerukunan nasional�� itu mempunyai sebarang makna.
Saya mencadangkan bahagian berikut dari wawancara Azman untuk diberikan perhatian khusus oleh Najib dan Kabinet barunya:
Question: What prompted you to call on politicians and the media to stop inciting racial tension on May 13?
Answer: After GE13 (the 13th General Election), some people were taken aback and started this blame game, even though Barisan Nasional won with a simple majority.
There was unhappiness expressed against the Chinese and all that. This is bad for the nation. We��ve got to look at what really happened, what caused the shift in Chinese support �� and it isn��t communal or racist. It was a breakdown of MCA��s strength within BN because of a leadership tussle. From interacting with them, I found that they don��t see anyone up there in MCA (that they recognise) as their leader. There is a vacuum in BN, so, there was a shift in the Chinese vote towards DAP because the latter was very strategic. The same goes for Gerakan. The Chinese feel none of these parties were aggressive enough in fighting for their rights. We should look at the issue from many perspectives, but there are people who just looked at it along racial lines.
Question: It��s easier to talk about it along racial lines.
Answer: It��s easier, yes. But what we should do now is move forward, to look at Malaysia first. The nation should come first, not political parties or our differences. If we want to look at our differences and condemn each other, there��s no end to it. There��s a new cabinet now and a new government �� let��s see how we can reconcile with each other. We need to come together, to have this strength and move forward.
On May 28, our department is inviting some academicians, community leaders and politicians to give their comments on what actually happened at GE13 and after that, what��s the next step for the country. This is what we should do when we look at reconciliation and there��s still hope that we can resolve this issue amicably. Yes, as Malaysians we will face this kind of problem from time to time, this kind of flaring of tempers, but we will cool off soon after and be more sensible and less sensitive. But we need some intervention because if we let it (fester), it will be bad for Malaysia.
Question: Why is it always easier to fall back on race?
Answer: In Malaysia, our politics is still race based, so there��s still this demarcation by race when it comes to the election. But there��s been a shift �� not just the Chinese shift to DAP. I��ve talked to the youths and the Malay Pas boys told me that they voted for DAP. They told me it��s because they are Pakatan �� that there��s an understanding between Pas and DAP.
Ten years ago, you would never see an Indian boy or a Chinese boy voting for Pas and you would never see Pas supporters voting for DAP �� never. Yet today, we can see this happening, especially among young voters. They are different.
So, this is (a demonstration of) the democratic space that we have today. It is transparent, everyone has a chance to vote and this is a new emerging trend we can see among youths.
Question: Are you happy to see this? I mean it seems to show that the people are really coming together to vote across racial lines.
Answer: Yes, you��re right. When they talk about the democracy, this is the real thing that��s happening at the grassroots level.
In that sense it is good. But when people are not happy with the results, when they have lost or when they didn��t win enough because they didn��t get a two-thirds majority, they don��t feel it (is a positive thing). To get a two-thirds majority in the world today is not easy any more, even a simple majority is good enough in the politics of today but these are the things that the old-timers are not willing to accept. This is the gap between the young and the old-timers like me. The way we think is different.
It��s Gen Y �� they are all for the new media and they interact easily on it and you can see a lot of things are bridging the gaps (between the races). They interact with each other on issues. In that sense, they are more open.
Question: So, these youths are exposed and deliberating more on national issues than ever before?
Answer: Yes, they are more interactive. So we, the ones more used to the conventional ways, must adjust. These youngsters have a very different way of thinking. This has been expressed in 2008 and more so now in GE13. The new media is very influential because even if the information they get may not be correct, they tend to believe it because everyone else is talking abut it.
Di bahagian lain wawancaranya, ketika ditanya berkenaan peranan media di dalam serangan kata-kata terhadap kaum dan polarisasi kaum sewaktu dan selepas keputusan PRU13, Azman berkata:
Question: What about the media?
Answer: When I read some of the headlines, I felt it was too much. I was very alarmed and very concerned about it. Even though it was meant for Malay readers, the way the arguments went could incite the general public. It was worrisome and I think the Home Ministry should intervene and put a stop to it, not only to that paper, but any other paper that crosses that line. We need to give a balanced report. In a multicultural and multiracial society, we should be conscious about these things. But sometimes when I read the paper, (it feels like) they have also lost their minds; they became very emotional and hit (certain communities) hard. It��s very bad for nation-building.
Saya sepenuhnya berkongsi reaksi, kebimbangan, ketakutan dan harapan Azman. Persoalannya adalah sama ada Najib dan Menteri Kabinetnya seiring dengan ketua pengarah Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti Nasional dan sama ada mesyuarat pertama Kabinet pada hari Rabu akan menghantar mesej yang jelas dan terang untuk menamatkan kebejatan perkauman baru di dalam negara, termasuklah tindakan dari Menteri Dalam Negeri terhadap Utusan Malaysia untuk rencananya yang tidak bertanggungjawab, rasis, provokatif, mengapi-apikan dan menghasut baik sebelum mahupun selepas PRU13.
Baru semalam, Mingguan Malaysia menyiarkan pembohongan tentang ��Red Bean Army�� �C ��pasukan tentera siber tajaan DAP iaitu Red Bean Army (RBA)��bertanggungjawab menyebarkan bagitu banyak fitnah serta tohmahan yang membahayakan ketenteraman awam��mengapi-apikan sentiment anti-Islam, anti-Raja Melayu dan anti-Melayu��.
Ini terang-terang satu penipuan dan pembohongan, dan baru pertama kali saya mendengar tentang ��Red Bean Army��!
Ini bukan kali pertama Utusan Malaysia mereka-reka penipuan tentang DAP �C siapa boleh lupa pembohongan besarnya tentang DAP mahu mewujudkan negara Kristian di Malaysia?
Di akhir wawancaranya, Azman mengatakan Jabatan Perpaduan Nasional dan Integriti Nasional ��bersedia untuk maju ke hadapan��. Persoalan yang lebih penting ialah sama ada Najib dan Kabinetnya bersedia untuk maju ke hadapan dengan mengakhiri kebejatan perkauman oleh individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Adakah Utusan bersedia untuk ��maju ke hadapan��?