Najib sepatutnya mendedahkan siapa bertanggungjawab dan yang sepatutnya memikul kesalahan jenaka perlembagaan dan memalukan YDPA
Dalam ucapan selama dua jam kepada mesyuarat pertama Kabinet baru terdiri daripada 30 Menteri dan 27 Timbalan Menteri di Putra Perdana pada Khamis selepas upacara mengangkat sumpah di hadapan Yang di Pertuan Agong di Istana Negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru para menteri supaya berkhidmat cemerlang dengan memberikan yang terbaik kepada rakyat dan negara.
Najib mentakan ahli kabinet mesti memberi ��nilai tambah�� kepada perkhidmatan mereka dengan melibatkan diri di dalam forum-forum, perbincangan malah media sosial dan tradisional.
Malangnya, Kabinet pasca-PRU13 Najib, yang sudah pun merupakan Kabinet paling ��tidak menarik�� berbanding enam Perdana Menteri lain sepanjang 56 tahun sejarah negara, bermula dengan sesuatu yang benar-benar merugikan negara dan rakyat kerana upacara mengangkat sumpah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri adalah tidak sah dan terbatal.
Najib juga gagal untuk melakukan apa yang dikatakannya iaitu untuk melibatkan dengan orang ramai melihat kepada diam membisunya beliau sejak tiga hari lalu mengelak dari pendedahan saya pada hari Jumaat bahawa dua Menteri, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kedua-duanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan tiga Timbalan menteri, Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr. J. Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) telah mengangkat sumpah secara tidak sah apabila mereka tidak boleh dilantik sama ada ke jawatan Menteri atau Timbalan Menteri atas sebab mudah, mereka tidak layak memegang mana-mana jawatan Kabinet tanpa mengangkat sumpah sebagai Senator dahulu.
Mengapa tidak Najib, atau Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui secara terbuka mereka telah melakukan satu kesalahan besar dan memalukan Yang di Pertuan Agong memandangkan upacara mengangkat sumpah kedua-dua Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang berkenaan tidak sah dan terbatal, serta membuat permohonan maaf secara terbuka untuk kesalahan buruk itu?
Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya memikul kesalahan dan bertanggungjawab untuk jenaka perlembagaan dan kesalahan yang memalukan Yang di Pertuan Agong, sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa?
Kesalahan besar melibatkan perlembagaan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini sepanjang 56 tahun sejarah negara. Mengapa ia berlaku sekarang? Apakah standard protokol telah merundum seperti mana standard kehidupan orang ramai, baik dalam pendidikan, kehakiman atau perkhidmatan awam sepanjang lima dekad lalu?
Sekiranya Kabinet baru Najib seringkali berlaku kemalangan, melakukan kesalahan tidak mengikut perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sepatuh abad lalu, apa yang rakyat Malaysia jangkakan daripada Kabinet ini?
Saya sebenarnya menjangkakan pentadbiran Najib yang lebih cekap, mengambil langkah segera untuk membaiki jenaka perlembagaan itu dengan memastikan dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri mengangkat sumpah sebagai Senator pada Jumaat malam itu �C walaupun ianya upacara mengangkat sumpah di tengah malam.
Tetapi pentadbiran Najib tidak langsung mampu memperbaiki kesalahan mereka. Tiada yang telah dilakukan sejak tiga hari lalu untuk membetulkan kesalahan melibatkan perlembagaan, lalu mempamerkan ketidakcekapan yang amat mengejutkan atau acuh tak acuh dan sikap ��tidak apa��.
Dengan latarbelakang sedemikian, bolehkah sesiapa mengharapkan ��sesuatu yang hebat�� daripada Kabinet baru Najib?
Saya faham tiga Timbalan Menteri itu akan mengangkat sumpah sebagai Senator pada hari Selasa sementara upacara mengangkat sumpah dua lagi Menteri adalah pada awal Jun.
Tiga timbalan menteri dan dua Menteri akan mengulangi upacara angkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di Pertuan Agong sebelum mereka boleh masuk ke pejabat Kementerian �C membuatkan mereka mengangkat sumpah dua kali untuk pejabat dan Akta Rahsia Rasmi!
Jika tidak, keabsahan mereka sebagai Menteri dan Timbalan Menteri akan terbuka untuk dicabar.
Sungguh satu jenaka!