Pengiraan Detik 38 Hari ke PRU13 – Gangguan bersifat samseng terhadap ceramah UBAH Dream Truck bukti terbaru Najib tiada niat untuk menjunjung Ikrar Integriti Pilihan Raya TI-M
Perangai dan gangguan bersifat samseng terhadap ceramah UBAH Dream Truck yang dihadiri 4,000 orang di Teluk Intan dengan 20 orang aktivis UMNO/BN mengibar bendera malam semalam merupakan bukti terbaru Najib tiada niat untuk menjunjung Ikrar Integriti Pilihan Raya TI-M berkenaan pilihan raya umum ke-13 yang bersih, bebas dan adil yang telah beliau tandatangani dengan penuh riuh pada 20 Febuari.
Kesemua empat prinsip yang Najib bersumpah untuk dukung di dalam Ikrar Integriti Pilihan Raya TI-M semuanya dilanggar dengan gangguan bersifat samseng oleh aktivis UMNO/BN di ceramah DAP UBAH, menyebabkan setengah jam duduk bantah oleh penduduk Teluk Intan terhadap kegagalan pihak polis mendukung undang-undang dan ketenteraman apabila berdepan dengan 20 pengacau yang menikmati dukungan orang berkuasa, prinsipnya adalah:
Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara;
Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;
Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan
Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia.
Sekiranya Perdana Menteri boleh terang-terangan melanggar etika, moral dan undang-undang selepas menandatangani sokongan terhadap Ikrar Integriti Pilihan Raya, lebih ramai rakyat Malaysia akan dapati Najib dan pemimpin UMNO/BN tidak boleh dipercayai langsung – bukan saja apa yang mereka katakan, tetapi apa yang mereka turunkan tandatangan juga!
Ganguan gbersifat samseng UMNO/BN di ceramah DAP UBAH Dream Truck Teluk Intan juga merupakan petunjuk keterdesakan yang meningkat dirasakan oleh pemimpin UMNO/BN berkenaan peluang mereka di dalam PRU13 – meskipun ramalan terbaru oleh Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) meramalkan kejayaan BN dalam PRU13 dengan 123 – 135 kerusi atau majoriti parlimen daripada 24 hingga 48 kerusi parlimen.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata semalam bahawa Najib akan membawa negara ke puncak sekiranya BN kembali berkuasa di dalam pilihan raya umum akan datang. Amat sedikit rakyat Malaysia, sama ada di dalam atau di luar UMNO/BN yang percaya kepada Mahathir, memandang mantan Perdana Menteri itu telah berkali-kali secara terbuka mengutuk Najib sebagai pemimpin “lemah” malah pada 31 Januari lalu menuntut Najib memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib gagal mendapatkan mandat lebih kuat dalam PRU13 berbanding Perdana Menteri sebelumnya Tun Abdullah pada pilihan raya umum 2008 serta mendapatkan semula majoriti dua pertiga parlimen untuk UMNO/BN.
Tiada siapa, sekurang-kurangnya Mahathir, menjangkakan Najib akan memenangi PRU13 dengan majoriti dua pertiga parlimen, yang mana veteren UMNO Tengku Razaleigh Hamzah merasakan sesuatu yang “mustahil” selepas beberapa siri “isu kontroversi” melibatkan UMNO/BN.
Razaleigh memberitahu Oriental Daily News hari ini bahawa ramalan ASLI untuk PRU13 adalah tidak boleh dipercayai kerana kumpulan pemikir itu pro-kerajaan dan analisisnya berat sebelah. Ramalan Razaleigh adalah BN boleh hilang 10-15 kerusi parlimen di Sabah sesudah kegagalan yang mana selepas tiga minggu stand-off dengan sekumpulan 200 orang militan bersenjata Sulu di Lahad Datu, tujuh orang pegawai polis menemui ajal sementara Sabah menjadi begitu tegang dengan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah terancam.
Jika UMNO/BN tewas 10-15 kerusi kepada Pakatan Rakyat di Sabah dalam PRU13, yang lebih daripada satu pertiga keseluruhan kerusi parlimen di Sabah, maka PR dalam perjalanan menuju ke Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Persekutuan – dan itu menandakan berakhirnya negeri “deposit tetap” BN di Sabah.
Sekiranya Sarawak dan Johor, dua lagi “negeri deposit tetap” BN, mengikut contoh Sabah, maka akhirnya nasib Najib telah termeterai dan beliau akan memenuhi ramalan RAHMAN serta menjadi Perdana Menteri UMNO/BN terakhir di negara ini.