Perbezaan antara IPCMC dan EAIC adalah penting

Hujah kerajaan Najib kedengaran munasabah apabila jurucakap media kerajaan yang baru, iaitu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mengatakan bahawa yang diperlukan dalam soal kematian dalam tahanan dan salah guna kuasa adalah ��tindakan tegas�� dan bukan agensi mana yang menangani masalah tersebut �C sama ada IPCMC atau EAIC.

Menurut beliau, rakyat mahukan ��tindakan tegas��, tidak kira oleh Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) atau oleh mana-mana agensi lain.

Beliau menegaskan bahawa jika Suruhanjaya Integriti Agensi-agensi Penguatkuasaan (EAIC) diperkukuh sehingga mampu menjalankan penyiasatan dengan cepat dan teliti ke atas kematian dalam tahanan dan salah guna kuasa, maka ia sudah memadai.

Kepetahan Khairy dan hujahnya yang licik bagi membela kecenderungan kerajaan terhadap EAIC dan bukannya IPCMC boleh diterima jika kes kematian dalam tahanan polis baru saja timbul dan bukan merupakan masalah yang telah berlanjutan selama lebih sepuluh tahun, atau jika kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan baru dan bukannya kerajaan yang telah masuk tahun kelima dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak!

Atau apakah Khairy sedang mengakui bahawa sejak empat tahun lalu walaupun Perdana Menteri bersungguh-sungguh mendakwa Program Transformasi Kerajaan (GTP) telah dilaksanakan dengan cukup jaya, Najib dan Menteri Dalam Negeri sebelum ini, Daruk Seri Hishammuddin Hussein, telah gagal sama sekali menangani dan menyelesaikan isu kematian dalam tahanan polis?

Khairy mahu pun mana-mana jurucakap kerajaan yang lain tidak boleh menafikan atau mengenepikan kenyataan bahawa IPCMC telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Penyiasatan Diraja Polis yang diketuai oleh Tun Dzaiddin khusus untuk menangani masalah kadar kematian dalam tahanan polis yang terlalu tinggi, manakala EAIC pula telah ditubuhkan khusus untuk merencatkan penubuhan IPCMC dan menghindari tuntutan untuk meningkatkan kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pasukan polis.

Suruhanjaya Penyiasatan Diraja Polis dalam laporan yang dikemukakannya pada Mei 2005 menyebut perangkaan polis menunjukkan bahawa dalam tempoh lima tahun, dari Januari 2000 hingga Disember 2004, terdapat sebanyak 80 kematian dalam tahanan polis, iaitu pada kadar 16 kematian setahun dalam jangkamasa lima tahun.

Sejak tahun 2000 hingga sekarang, berlaku 222 kematian dalam tahanan polis, bererti sejak Januari 2005 hingga Jun 2015 telah ada 142 kes kematian. Ini menunjukkan bahawa kadar purata tahunan kematian dalam tahanan telah meningkat sejak 8 ? tahun yang lalu, iaitu 16.7 kematian setiap tahun.

Hujah yang dikemukakan Khairy �C iaitu bahawa yang diperlukan untuk menangani masalah kematian dalam tahanan dan salah guna kuasa adalah ��tindakan tegas�� dan bukan agensi mana yang menangani masalah tersebut, sama ada IPCMC atau EAIC �C boleh diterima pada tahun 2005 ketika negara ini masih sedang mempertimbangkan penubuhan IPCMC. Hujah ini sama sekali tidak lagi boleh diterima, memandangkan setelah lebih lapan tahun kadar purata kematian dalam tahanan polis semakin meningkat dan dalam tempoh empat tahun penubuhan EAIC ia telah gagal sama sekali untuk menangani masalah kematian dalam tahanan polis sehingga menimbulkan kegemparan di seluruh negara.

Atas sebab ini, Kabinet tidak cuba berlengah-lengah dengan tujuan mengelak daripada mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah kematian dalam tahanan polis. Ia juga perlu bertindak selari dengan jenama ��Transformasi�� dengan mengambil keputusan esok untuk menubuhkan IPCMC dalam sidang pertama Parlimen ke-13 yang akan bermula pada Isnin depan.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah