Pemimpin dan ahli DAP akan mula membuat persediaan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 dengan dua matlamat �C membuat perubahan di peringkat Persekutuan dan juga kerajaan negeri Sabah
Matlamat Pakatan Rakyat di Sabah untuk memenangi sekurang-kurangnya sepertiga dari 26 kerusi parlimen di negeri ini tidak tercapai bagi membolehkan PR mengumpul 33 kerusi parlimen dari tiga negeri ��deposit tetap�� Sabah, Sarawak, dan Johor, untuk membantu mencukupkan kerusi parlimen yang diperlukan untuk PR menawan Putrajaya.
Dalam pilihan raya yang lalu, Pakatan Rakyat hanya berjaya mendapatkan 14 kerusi Parlimen di ketiga-tiga negeri ��deposit tetap�� Sabah, Sarawak, dan Johor (Sabah 3, Sarawak 6, Johor 5), iaitu hanya 16.9% dari keseluruhan 83 kerusi parlimen yang dipertandingkan di ketiga-tiga negeri dan bukannya 33.3% seperti yang disasarkan.
Walaupun sasaran Pakatan Rakyat untuk mendapatkan 33 kerusi parlimen di negeri-negeri ��deposit tetap�� Sabah, Sarawak, dan Johor tidak tercapai, satu hakikat yang tidak dapat diabaikan berikutan keputusan PRU 13 itu ialah bahawa ketiga-tiga negeri Sabah, Sarawak, dan Johor tidak lagi boleh dianggap sebagai ��deposit tetap�� bagi Barisan Nasional, manakala persaingan untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah, Sarawak dan Johor kini terbuka sepenuhnya untuk semua pihak.
Bagi Sabah, kehadiran Pembangkang semakin jelas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah setelah dua dekad kita tidak menyaksikan adanya pembangkang yang kuat di sana. Kini DUN Sabah dianggotai oleh 11 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Pakatan Rakyat (4 DAP, 7 PKR) dan seorang daripada Star.
Bagaimanapun, pilihan raya umum pada 5 Mei lalu memberi pengajaran berharga kepada Pembangkang di Sabah, memandangkan Barisan Nasional dapat ditewaskan di empat kerusi parlimen dan lapan kerusi dewan undangan negeri jika tidak berlaku perpecahan undi untuk calon-calon Pembangkang.
Empat kerusi parlimen itu ialah P. 168 Kota Marudu, P. 180 Keningau, P. 181 Tenom dan P. 182 Pensiangan, manakala lapan kerusi DUN yang berkenaan ialah N.11 Kiulu, N.29 Kundasang, N. 31 Paginatan, N. 32 Tambunan, N. 34 Liawan, No. 35 Melalap, N.38 Nabawan dan N.45 Elopura.
Malah, jika Pembangkang bersatu ia mungkin boleh memenangi 11 kerusi Parlimen (iaitu tiga yang telah dimenangi, ditambah dengan empat yang terlepas daripada genggaman kerana undi pecah, dan empat lagi kerusi, iaitu P. 177 Beaufort, P. 170 Tuaran, P. 179 Ranau dan P. 169 Kota Belud) dan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (iaitu 12 yang ada sekarang, ditambah dengan lapan yang terlepas kerana undi pecah dan enam lagi, iaitu N.2 Tanjong Kapor, N.30 Karanaan, N.36 Kemabong, N. 37 Sook, N. 44 Karamunting dan N.46 Tanjong Papat).
Bagi PRU13 saya percaya lebih mudah untuk Pakatan Rakyat merebut Kerajaan Persekutuan di Putrajaya daripada memenangi Kerajaan Negeri Sabah.
Bagaimanapun, Pakatan Rakyat menghadapi cabaran yang amat berbeza untuk PRU14 kerana ia mempunyai dua objektif serangkai �C untuk memenangi Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan juga merebut Kerajaan Negeri Sabah.
Atas sebab ini, saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan Rakyat bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam PRU13, selain untuk memastikan yang kita berjaya membina asas yang kukuh untuk turut memenangi Kerajaan Negeri Sabah dalam PRU14.
Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam PRU14. Kawasan-kawasan terbabit adalah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai.
Untuk membantu kempen DAP dan PR di Sabah bagi PRU14, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat. Jawatankuasa Negeri Sabah bersama-sama dengan Teresa Kok, penyelaras CEC bagi Sabah dan Sarawak, akan merangka perincian bagi program ��kawasan angkat�� ini yang akan membolehkan lebih daripada seorang wakil rakyat DAP untuk dilantik sebagai wakil rakyat angkat bagi setiap satu dari 13 kawasan terbabit.
Sebagai langkah mula, saya akan mengambil Karanaan sebagai DUN angkat memandangkan saya telah melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan Kg Sarapong kelmarin.