Apakah akan ada kata putus daripada kabinet hari ini tentang IPCMC?
Saya perlu mengucapkan tahniah kepada ketua-ketua editor Utusan Malaysia �C lidah rasmi UMNO �C kerana telah mencapai sesuatu yang tidak akan mampu dicapai oleh media lain di Malaysia. Malah, tidak mudah untuk mencari pesaing Utusan Malaysia dalam dunia kewartawanan di seluruh dunia.
Tidak syak lagi, Utusan Malaysia adalah pembohong bersiri juara yang paling ulung bukan saja di Malaysia, malah juga di peringkat dunia, dan merupakan peneraju Briged Penghapus/Pemusnah DAP atau juga dikenali sebagai DDD (Demolish/Destroy DAP) dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Selama ia menjadi alat utama Briged DDD sejak lapan bulan yang lalu, Utusan Malaysia telah membuat pencapaian luar biasa dari segi jumlah serta tahap pembohongan yang telah dihasilkannya, misalnya laporan muka depan Utusan Malaysia pada Mei 2011 yang menyebut bahawa DAP mahu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
Utusan Malaysia sebagai peneraju Briged DDD telah memecahkan semua rekod pembohongan dengan memenuhkan halaman akhbar itu (dan juga New Straits Times, Berita Harian dan Star) dengan cerita-cerita bohong sejak lapan bulan lalu.
Untuk tujuan jahat ini, Utusan telah merekrut dan melatih sepasukan pembohong bersiri �C termasuk dari golongan aristokrat �C yang sanggup berbohong tanpa teragak-agak!
Modus operandi Utusan dalam Briged DDD agak unik. Sebelum ini Utusan mungkin secara tidak disengajakan telah menerbitkan pembohongan para pembohong bersiri. Namun, dalam operasi DDD ini para perancang utama Utusan telah mengadun dan menentukan pembohongan dan kepalsuan yang akan diterbitkan atas nama para penggerak yang menjadi anggota pasukan pembohong bersirinya.
Anggota pasukan pembohong bersiri Utusan boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat kategori:
- Dari kalangan editor Utusan, memandangkan akhbar ini telah melatih satu generasi pembohong bersiri dan bukannya wartawan;
- Ahli DAP yang telah berpaling-tadah dan sanggup menjadi pembohong bersiri untuk mendapatkan habuan tertentu;
- Penulis-penulis upahan BN yang diberikan peranan untuk menyebarkan pembohongan yang direka-cipta oleh pemimpin tertinggi DDD; dan
- Pembohong bersiri jemputan �C akhbar biasanya mempunyai kolumnis jemputan dan penganjur-penganjur acara menampilkan penceramah jemputan, manakala DDD telah mempelopori status baru, ��pembohong bersiri jemputan��.
Hari ini, Utusan Malaysia terang-terangan berbohong tentang DAP di muka depan akhbar itu dengan menyebut bahawa DAP sedang mengadakan pemilihan di peringkat cawangan untuk mengelak daripada sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh Pendaftar Pertubuhan.
Seperti yang telah dijelaskan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, pemilihan di peringkat cawangan diadakan secara tahunan dan pemilihan untuk tahun ini ditunda dari April/Mei ke Jun disebabkan oleh pilihanraya umum.
Antara pembohongan yang telah disebarkan oleh Utusan Malaysia dan Briged DDD sejak lapan bulan lalu ialah:
- Pembohongan bahawa 753 daripada 2,576 perwakilan DAP yang tidak menghadiri Kongres DAP pada 15 Disember tidak dimaklumkan tentang kongres dan telah dinafikan hak untuk memilih dalam Kongres;
- Pembohongan bahawa 753 perwakilan ini semuanya berketurunan India. Pembohongan ini dibuat dengan tujuan mengukuhkan citra bahawa sentimen anti-India sedang merebak dalam DAP �C padahal hanya 100 orang daripada 753 perwakilan yang tidak hadir itu berketurunan India.
- Pembohongan bahawa seorang pemimpin DAP telah cuba merasuah seorang pegawai Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran DAP bagi mengelakkan pemilihan semula parti.
Tidak ada logik pada kempen Briged DDD ini �C yang ada hanya kegilaan untuk mencemar dan membusukkan nama DAP. Tetapi Bilik Gerakan Perang Umno/BN yang menempatkan Briged DDD telah gagal sepenuhnya.
Pelaburan besar untuk Briged DDD Umno/BN, dengan Utusan Malaysia sebagai penerajunya, adalah satu pembaziran total kerana ia terbukti tidak berkesan dan malah merugikan jika dilihat pada keputusan Pilihanraya Umum ke-13.
Ini menggambarkan kedegilan para penggerak Briged DDD di Utusan Malaysia yang tetap mahu mempertahankan pembohongan mereka tentang ��Red Bean Army�� yang kononnya didanai oleh DAP dan dianggotai oleh 3,000 orang cybertrooper, dengan peruntukan sebanyak RM108 hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu. Pembohongan ini diteruskan kerana ia dapat digunakan sebagai alasan bagi kegagalan besar mereka dari segi taktik dan strategi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.