Pasukan Demonise(burukkan)/Destroy(hancurkan) DAP (DDD) yang dibiayai UMNO/BN lapan bulan sebelum Parlimen dibubarkan merupakan kegagalan teruk
Siasatan lanjut menunjukkan bahawa konspirasi yang dibiayai UMNO/BN untuk memburuk-burukkan dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) mempunyai pusat arahan tertinggi dan telah digerakkan pada September tahun lepas atau lapan bulan sebelum pembubaran Parlimen pada April dan bukan sekadar tiga bulan yakni pada bulan Januari seperti yang disangkakan sebelum ini.
Bertambahnya dakwaan keterlaluan dongeng 3,000 tentera siber ��Red Bean Army�� yang dibiayai DAP dengan bajet RM100 juta sehingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu adalah salah satu tugas Pasukan ��DDD�� yang penuh kerahsiaan itu.
Tugas lain Pasukan ��DDD�� melalui penyebaran pembohongan dan penipuan termasuklah:
- Membangkitkan kesangsian dalam, konflik dan perselisihan di dalam DAP;
- Meburuk-burukkan dan merosakkan kredibiliti, integriti dan keyakinan orang ramai terhadap pemimpin-pemimpin DAP;
- Menggambarkan imej DAP sebagai parti cauvinis Cina yang anti-Melayu dan anti-India;
- Selepas Kongres DAP ke-16 pada 15 Dis, 2013, mereka MENERAJUI kempen serampang tiga mata melibatkan ahli-ahli parti, bekas aktivis parti dan orang luar untuk menuntut pembatalan DAP atas alasan palsu berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya parti.
Digerakkan dengan pembiayaan yang tiada had, Pasukan DDD, yang dikawal terus dari ��bilik perang�� PRU13 UMNO/BN, melancarkan serangan serampang tiga mata terhadap DAP sejak September tahun lepas, iaitu:
- Jelajah ceramah dan makan malam seluruh negara untuk memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP
- Kempen tidak bertanggungjawab dan tidak berprinsip yang besar dan berpanjangan menyebarkan pembohongan dan penipuan di dalam media yang dikawal/dimiliki UMNO/BN, Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star, untuk memburuk-burukkan dan memusnahkan DAP serta pemimpin DAP; dan
- Penipuan Besar dongeng 3,000 tentera siber ��Red Bean Army�� yang dibiayai DAP dengan bajet RM100 juta sehingga 1 bilion sejak enam tahun lalu.
Pasukan DDD ini mempunyai beberapa objektif, termasuklah:
- Memastikan DAP tewas dan MCA dipilih semula di dewan undangan negeri Sungai Pelek Selangor,
- Membantu BN menawan semula kerajaan negeri Selangor; dan
- Menjejaskan usaha DAP dalam pilihan raya umum negara.
Namun, Pasukan DDD adalah satu kegagalan teruk, kerana MCA/BN bukan saja tewas di kawasan Sungai Pelek, malah calon DAP Lai Nyuk Lan berjaya memperoleh kemenangan besar, menukar majoriti 1,572 undi MCA pada 2008 menjadi majoriti 1,972 undi DAP dalam pilihan raya umum 2013.
Di Selangor DAP memenangi satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 13 pada 2008 menjadi 15 pada 2013 manakala di peringkat nasional kerusi parlimen DAP meningkat daripada 28 pada 2008 kepada 38 pada PRU13.
Analisa terhadap pembohongan dan penipuan yang digerakkan oleh Pasukan DDD menunjukkan kebejatan yang ��Bilik Perang�� UMNO/BN sanggup sokong demi merobohkan dan memusnahkan DAP, benar-benar mereka telah hilangan semua penghormatan ke atas kebenaran, keadilan dan etika. Tetapi itu akan disentuh pada hari yang lain.