Pemuda Umno dan Utusan Malaysia wajib buktikan dakwaan mereka bahawa 'The New Village' mengagung PKM dan memburukkan polis dan tentera

Dalam laporan Malaysiakini hari ini yang berjudul "Unfair to ban 'New Village' on trailer alone, says Shabery", Menteri Komunikasi dan Multimedia Ahmad Shabery Cheek menyebut bahawa beliau tidak terkejut filem berkenaan diprotes oleh Pemuda Umno dan akhbar milik Umno Utusan Malaysia memandangkan saya sendiri telah "memberi reaksi berlebihan" terhadap sebuah lagi filem kontroversi, iaitu "Tanda Putera", setelah sedutan filem itu ditayangkan.

Menurut beliau, tidak adil untuk mengadili "The New Village" berasaskan hanya sedutan filem itu dan keputusan "rasional" perlu dibuat untuk menentukan nasib filem berkenaan.

Saya mempelawa Shabery untuk menunjukkan secara jelas bila saya "memberi reaksi berlebihan" terhadap "Tanda Putera" selepas tayangan sedutan filem tersebut keraa saya tidak pernah pun menyaksikannya.

Kenyataan pertama saya berkenaan Tanda Putera boleh didapati di blog saya, bertarikh 4 Ogos 2012, dan ia seperti berikut (terjemahan):

Babak kencing dalam Tanda Putera - pembohongan terang-terangan dan pendustaan yang berbahaya

Walaupun menggunakan slogan 1Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus membiarkan jentera kempen pilihanraya Umno/Barisan Nasional menyebarkan pembohongan terang-terangan dan pendustaan yang berbahaya yang dibuat untuk mengapi-apikan semangat perkauman dan menjejaskan perpaduan kebangsaan menjelang Hari Kebangsaan ke-55 dan perayaan Hari Malaysia ke-49.

Salah satu "pembohongan terang-terangan dan pendustaan yang berbahaya" yang membanjiri media sosial Umno/BN dan dieksploit oleh 10,000 orang cybertrooper Umno/BN menyebut bahawa saya telah menyebabkan rusuhan 13 Mei pada tahun 1969 dengan melaungkan slogan-slogan perkauman di jalanan Kuala Lumpur pada 11, 12, dan 13 Mei 1969.

Walaupun saya telah menafikan dengan tegas dakwaan liar ini dalam ucapan di Parlimen pada 22 Mac 2012 dengan menjelaskan bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969, "pembohongan terang-terangan dan pendustaan yang berbahaya" ini terus disebarkan secara meluas di ruang siber.

Pada 20 Julai 2012, Malaysiakini telah menerbitkan laporan "New May 13 movie courts controversy":

New May 13 movie courts controversy

Tanda Putera, the latest offering from local director Shuhaimi Baba, has received flak over what some say is a skewed re-telling of what happened during the 1969 race riots.

A few film critics have accused the RM4.8 million movie of demonising early leftist movements and more hero-worship than tribute to former premier Abdul Razak Hussein, who is Prime Minister Najib Abdul Razak's father.

The trailer for the movie - fully funded by the National Film Development Corporation (Finas) and the Multimedia Development Corporation (Mdec) - showed scenes of Chinese mobs marching through the streets of Kuala Lumpur after the success of the opposition parties in municipal elections.

One group was depicted bearing the Labour Party flag, while that scene and others also showed Chinese Malaysians bearing banners proclaiming anti-Malay slogans.

The banners written in Chinese characters depicted slogans that translated into 'Malays go back to the village', 'Malays go die' and 'Take revenge'.

Garnering more serious brickbats are snippets from the movie's official Facebook page which detailed scenes apparently slated to be included in the final cut of the movie.

One apparent scene was that of DAP parliamentary leader Lim Kit Siang purportedly urinating on a flagpole in front of the then-Selangor menteri besar's residence.

"Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris, (Lim Kit Siang had urinated at the foot of the flagpole bearing the Selangor flag at the then Selangor MB's Harun Idris' house)" read the caption of a photo of the actor portraying Lim being manhandled.

The photo was posted in the album titled 'Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan di dalam filem ini' (Events depicted in this movie).

However, the photo and caption has since been removed from the movie's official page, though Malaysiakini had captured a screenshot of the earlier posting.

Those in the industry who have watched the movie in a special preview on Wednesday to focus groups also said that no urinating scene was included in the preview cut.

There was also no mention of the scene in the movie's script, a copy of which was obtained by Malaysiakini.

Lim had vehemently denied that the DAP was involved in instigating the race riots of 1969, and had said that he was not in Kuala Lumpur on May 13 when the initial violence took place.

Director: Better for people to watch it first

When contacted, Tanda Putera's director refused comment on the matter, arguing that the movie should be screened to the public first before it can be reviewed.

"I am loath to answer that question as people have not watched the film yet. It is better for them to have watched it first," said Shuhaimi.

Scheduled for release two months from now on Sept 13, Finas has however had put off the release of the movie until a later date, yet to be announced.

While earlier it was reported that the postponement was because of the impending general election, Finas later clarified that it was because they wanted to prolong promotional activities.

Some netizens has also attacked the movie's storyline for apparently being an attempt at brown-nosing to the powers-that-be and a propaganda piece to drum up support for the ruling coalition.

The movie has been screened to focus groups since last week, gaining brickbats from some and praise from others such as Umno-linked blogger Papagomo, who posted a glowing review of the movie after watching it with fellow bloggers.

"We who have watched the movie shed tears several times and truly I feel that the film shall touch the hearts of not only the Malays about May 13, but also all races in Malaysia," wrote the blogger in a posting.

Shuhaimi told the media that the movie focused on what she claimed is a special relationship between Razak and his then deputy Dr Ismail Abdul Rahman, both aristocrats who sacrificed a lot to work together to save Malaysia from radicals and communists.

Hence, she said, that was the message behind the title of the movie, Tanda Putera, or signs of the greatness of princes or the legacy of princes.

Speaking to the media, Shuhaimi has defended her depiction of the scenes as being from the official version of history and from interviews with personalities who were present then.

Saya berada di Sabah pada 20 Julai dalam lawatan tiga hari bersama Ahli Parlimen DAP untuk Segambut Lim Lip Eng. Pada malam yang sama dalam ceramah DAP Inaman Sepanggar saya telah menyebut tentang laporan Malaysiakini tentang filem 13 itu dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya telah "kencing di kaki tiang bendera yang mengibarkan bendera Selangor di rumah MB Selangor Harun Idris" seperti yang didakwa dalam laman awal Facebook untuk filem tersebut dan menafikan bahawa saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969!

Malah foto yang digunakan dalam laman Facebook awal filem tersebut bukan diambil pada tahun 1969, sebaliknya ia adalah gambar berkaitan peristiwa lain di Sabah 15 tahun selepas rusuhan tersebut, iaitu pada tahun 1984!

Sejak dua minggu lalu, para cybertrooper Umno/BN telah menggiatkan penyebaran pembohongan terang-terangan dan pendustaan yang berbahaya berasaskan babak "kencing" dalam filem berkenaan untuk mengapi-apikan semangat perkauman dan menjejaskan perpaduan kebangsaan - tanpa menghiraukan bahawa di bulan ini seharusnya semua rakyat Malaysia mengadakan usaha khusus untuk bersatu sebagai satu bangsa tanpa mengira kaum, agama, atau daerah, bagi menegaskan dan menonjolkan jatidiri bersama sebagai bangsa Malaysia.

Jurucakap filem Tanda Putera mengatakan bahawa filem itu berdasarkan banyak kajian, termasuk mengkaji dokumen-dokumen dan foto-foto dalam simpanan untuk memastikan babak-babak yang ditampilkan disokong oleh fakta sejarah.

Mana dokumen atau foto yang membuktikan saya telah kencing "di kaki tiang bendera di rumah MB Selangor Harun Idris" pada 11, 12 atau 13 Mei 1969 sedangkan saya tidak berada di Kuala Lumpur pun waktu itu? Dan di mana pula dokumen dan foto untuk membuktikan kejadian tersebut benar-benar berlaku dan bukan satu khayalan?

Kertas Putih yang diterbitkan oleh Majlis Gerakan Negara pada 9 Oktober 1969, berjudul "Tragedi 13 Mei" tidak menyebut tentang kejadian kencing seperti itu.

Jika filem Tanda Putra mengemukakan cerita yang berat sebelah dan tidak seimbang tentang tragedi 13 Mei 1969, ia akan menimbulkan salah-faham di seluruh negara dan perbalahan di waktu kita hendak menyambut Hari Kebangsaan ke-55/Hari Malaysia ke-49, selain mempersendakan matlamat 1Malaysia untuk membina sebuah negara Malaysia yang bersatu!

Boleh Shabery tunjukkan di mana saya memberikan "reaksi berlebihan" terhadap filem "Tanda Putera"?

Tentang "The New Village", saya belum menontonnya, tetapi tiada babak dalam sedutan filem ini yang dapat membenarkan dakwaan Pemuda Umno dan Utusan Malaysia bahawa ia "mengagungkan" Parti Komunis Malaya sebagai pahlawan dan meletakkan Rejimen Askar Melayu, polis dan tentera British sebagai "musuh dan orang jahat."

Pemuda Umno dan Utusan Malaysia dengan itu wajib memberikan bukti bagi dakwaan mereka bahawa "The New Village" mengagungkan PKM dan memburukkan polis dan tentera.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah