Akhirnya pekung terdedah �C sistem pengambilan pelajar ke universiti awam berasaskan ��meritokrasi�� sebenarnya ��lebih kuota daripada sistem kuota��

Akhirnya pekung terdedah �C sistem pengambilan pelajar ke universiti awam berasaskan ��meritokrasi�� yang diperkenalkan pada tahun 2002 bagi menggantikan sistem kuota menurut kaum sebenarnya ��lebih kuota daripada sistem kuota��.

Menurut Ketua Pemuda MCA Datuk Dr. Wee Ka Siong, pengambilan pelajar Cina untuk lapan jurusan utama �C perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan elektronik dan elektrikal, kejuruteraan kimia, undang-undang, perakaunan �C di universiti-universiti awam semakin merosot kebelakangan ini dari 26.2% pada tahun 2001 ke 25.3% pada 2001 dan 20.7% tahun ini.

Pujian patut diberikan kepada Wee kerana akhirnya mengakui secara terbuka bahawa sistem yang kononnya berasaskan merit yang menggantikan sistem kuota pada tahun 2002 pada hakikatnya adalah satu bentuk sistem kuota yang lebih buruk dan telah membawa kepada kemerosotan kadar kemasukan pelajar Cina ke dalam lapan bidang kritikal di universiti-universiti awam, iaitu dari 30 peratus sewaktu sistem kuota baru dihapuskan ke 19 peratus sekarang, selain kemerosotan kadar kemasukan pelajar bukan-Melayu secara umum.

Pada bulan Mei 2002, saya telah mengirim satu email mustahak kepada semua Menteri Kabinet, meminta mereka untuk meneliti ketidakadilan yang berlaku dalam sistem pemilihan ke universiti ��berasaskan merit��, kerana rumus yang digunakan untuk membandingkan keputusan matrikulasi dan gred STPM adalah ��tidak profesional, tidak saksama, dan mencemarkan istilah meritokrasi keraja ia dibuat tanpa sebarang merit profesional,�� seperti membandingkan enggang dengan pipit.

Ketika itu saya menghujahkan bahawa keputusan STPM tidak sepatutnya dibandingkan dengan keputusan kursus matrikulasi kerana kedua-dua sistem itu berbeza sama sekali dan kedua-duanya menggunakan prosedur penilaian yang berbeza.

Berikut adalah yang saya tulis pada tahun 2002: ��STPM adalah sistem yang teruji, terbuka, dan berpiawaian, lengkap dengan kawalan luaran dan bersekutu dengan Cambridge Local Examinations Syndicate, sedangkan sistem matrikulasi yang berasaskan sistem yang dipakai di Amerika adalah sistem yang sama sekali berbeza, di mana penilaiannya tidak hanya berasaskan pada peperiksaan akhir, tetapi juga kehadiran, tugasan, pembentangan, dan dengan pensyarah yang lebih berperanan menentukan gred di 22 pusat matrikulasi. Musa Mohamad (Menteri Pendidikan ketika itu) sendiri telah mengesahkan bahawa gred matrikulasi ditentukan berasaskan kerja kursus (30%) dan peperiksaan (70%).��

Dalam email yang saya kirim sebelas tahun lalu itu saya menggesa Menteri-menteri Kabinet untuk ��memastikan bahawa sistem meritokrasi yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke universiti adalah telus dan profesional �C sistem yang tidak mengenal latar kaum dan diasaskan pada tahap persaingan akademik yang rata, semata-mata berasaskan keputusan peperiksaan untuk memastikan kecemerlangan akademik, dan ditokok dengan pertimbangan sosio-ekonomi bagi memastikan keadilan untuk kumpulan yang tidak bernasib baik.��

Selepas tiga Perdana Menteri, empat Presiden MCA, 12 Menteri MCA, dan selepas lima tahun seorang pemimpin MCA menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi, iaitu dari tahun 2008 hingga 2013, Malaysia kini diberitahu oleh bekas Timbalan Menteri Pendidikan dari MCA bahawa ��sistem merit�� untuk pengambilan pelajar ke universiti awam yang diperkenalkan pada tahun 2002 pada hakikatnya telah membawa kepada ketidakadilan dan merupakan rumus yang lebih buruk daripada sistem kuota yang menetapkan nisbah 55:45 untuk pelajar bumiputera dan bukan-bumiputera yang dipakai sejak tahun 1972 hingga 2002.

Persoalannya, mengapa fakta dan angka ini tidak didedahkan kepada orang ramai walaupun berulangkali tuntutan dikemukakan, di dalam dan di luar Parlimen, supaya ia didedahkan; mengapa 12 Menteri MCA dan lebih tiga puluh Timbalan Menteri MCA di dekad yang lalu bersekongkol menyembunyikan fakta ini sejak 11 tahun lalu, dan bagaimana kerajaan Umno/Barisan Nasional serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak mengatasi masalah ketidakadilan ini jika mereka benar-benar serius tentang dasar 1Malaysia serta untuk meningkatkan tahap pendidikan Malaysia di mata dunia, selain untuk meningkatkan daya saing Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Saya telah mencadangkan satu penyelesaian 11 tahun lalu, iaitu dengan merombak sistem kemasukan pra-universiti agar menjadi sistem merit yang berasaskan keperluan dan buta-warna kulit di mana 75% tempat diperuntukkan berasaskan merit dan 25% lagi diperuntukkan untuk pelajar-pelajar yang datang dari latar sosioekonomi yang mundur. Dengan itu kemasukan ke pusat pengajian tinggi awam akan dibuat berdasarkan pencapaian dalam satu ujian kemasukan ke universiti yang umum.

Saya sekali lagi mengemukakan cadangan ini kepada Kabinet dan Perdana Menteri.

Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Gelang Patah